Salam
kepada sahabat semua. Semoga dinaungi rahmat dan kasih sayang Allah selalu.
Amma
ba’d.
Setelah
sekian lama menunggu, akhirnya DS Najib mengumumkan pembubaran parlimen yang
bermula 3 April 2013. Setiap minggu saya menelefon emak saya. Selalu saya
bersembang dengan emak pasal perkembangan politik tanah air. Emak yang merupakan
Muslimat PAS kawasan Kepala Batas dan juga ahli JKKN (Jawatankuasa Kemajuan
Kampung Negeri) Kampung Bakau Tua sering bercerita masalah penduduk kampong dan
juga aktiviti Muslimat PAS setiap minggu. Atas beberapa perkara, emak
menasihati saya supaya jangan tinggal di kampong bila dah bekerja dan berkahwin
nanti.
Secara
peribadi, saya melihat bahawa regime Barisan Nasional (BN) tidak dapat menjadi
contoh sebagai kerajaan yang baik. Saya tidak menafikan bahawa mereka juga
memberi sumbangan dalam pembangunan negara, namun dalam masa sama pemerintahan
mereka gagal membentuk satu gagasan rakyat Malaysia yang boleh hidup tanpa
prejudis dan prasangka. Saya tidak mahu sentuh isu peribadi yang membabitkan
skandal menteri dengan artis tetapi apabila ia melibatkan kepentingan awam,
maka ia harus ditegur. Menggunakan peruntukan demokrasi, maka ruang kebebasan
bersuara patut digunakan untuk menerangkan yang Haq. Sedikit teguran buat
mereka yang sering melaungkan kebebasan bersuara. Manifestasi kebebasan
bersuara adalah kebebasan bertindak. Ramai hari ini saya lihat mereka begitu
taksub mengangkat slogan kebebasan bersuara, namun apabila diajak bekerja,
diajak berbincang tentang idea, mereka jadi kaku. Jadi inilah masalah kita
apabila sudu terlebih daripada kuah.
Ada
satu hadith yang jelas di sini:
Rasulullah
S.A.W pernah mengungkapkan : "Bantulah saudaramu yang zalim dan dizalimi
".Para sahabat kehairanan,lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu
saudara kita yang dizalimi,tetapi bagaimana pula kita membantu mereka apabila
mereka melakukan kezaliman?"Maka jawab Rasulullah S.A.W: "Engkau
mencegahnya daripada melakukan kezaliman,itulah caranya membantu saudaramu yang
zalim.".(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Kita
sedar, sama ada dari PAS atau UMNO, mereka adalah saudara seislam kita. PAS
bagi saya begitu konsisten ingin melaksanakan undang-undang Islam, sedangkan
UMNO walaupun sudah diberi mandate 55
tahun, mereka masih gagal menerangkan Islam itu apa kepada rakyat Malaysia
khususnya kaum melayu. Oleh sebab ini, wajar jika kita bagi UMNO dan persepakatannya berehat sebentar dari menerajui negara. Daripada cerita-cerita yang saya dengar, ada yang di
dalam IC nya jelas menunjukkan agamanya Islam, tetapi tidak tahu mengucap. Ada yang
tidak tahu solat yang merupakan tiang agama (fundamental) dalam agama Islam. Rentetan
tidak tahu bersyahadah dan solat, timbul pelbagai kebejatan sosial seperti
zina, buang anak, lari dari rumah, merompak, meragut, mencuri, penagihan dadah
serta seribu satu macam lagi masalah sosial. Tidak perlu saya sertakan link
mengenai masalah sosial di sini, cukuplah saya sarankan agar sahabat semua
membaca akhbar metro. Setiap hari pasti ada masalah sosial yang dilaporkan.
Inilah
yang menjadi kebimbangan saya. Jika UMNO bersungguh-sungguh ingin banteras
masalah sosial ini, saya tiada masalah untuk menyeru rakyat Malaysia agar
mengundi BN pada pilihan raya kali ini, namun setelah sekian kalinya diberi mandat,
ternyata mereka tidak berhajat untuk membanteras gejala sosial ini. Saya selalu
bersembang dengan Imam Ismet, imam di Islamic Center of Rochester. Beliau sudah
12 tahun menjadi imam di masjid sekitar US ini, beliau mendoakan Allah
mengekalkan PAS di Kelantan dan memberi kejayaan kepada PAS di Malaysia. Beliau
yang pernah tinggal di Kelantan selama empat bulan sangat kagum dengan suasana
Islam di Kelantan. Beliau kagum dengan anak-anak muda yang mampu bangun solat subuh berjemaah di Masjid semasa di Kota Bharu.Inilah hasil didikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selama hampir 23 tahun memerintah Kelantan.
Imam Ismet dan saya
Saya
menyeru bagi mereka yang berpeluang mengundi agar memberi undi kepada parti
yang ingin menjalankan agenda Islam. Ingatlah, setiap undi kita adalah saksi
yang pasti dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Jadikan kematian sebagai
paksi kehidupan kita agar setiap tindakan yang kita lakukan hanyalah mencari
redha Allah. Suka saya memetik kata-kata Dr Mazslee Malik yang dipetik dari
laman Twitternya:
“Bagi
yang beriman, jangan lupa istikharah sehingga hari mengundi nanti agar Allah
bimbing nak buat keputusan.ini keputusan besar.”
Sebagai
pengakhiran, ingin saya ingatkan kepada a’milin islam (pekerja Islam) agar berkempen dan
menerangkan Islam dengan penuh adab dan akhlaq islamiyah. Pastikan sebarang
berita yang ingin disebarkan berasal daripada sumber yang sahih. Marilah
sama-sama mempertingkatkan munajat dan doa kita kepada Allah, berqiyamullail, berpuasa
sunat, solat sunat dhuha, membaca alquran serta memberi infaq agar nusrah
(bantuan) Allah turun buat hamba-hambaNya yang ikhlas ingin melihat sebuah
negara Islam tertegak di muka bumi Malaysia. Marilah memenangkan Islam serta
pejuangnya di Malaysia. Selamat mengundi.
No comments:
Post a Comment