Thursday, December 30, 2010

IbRah daRi SaiNt LoUis...


Salam buat sahabat-sahabat sekalian,semoga kita semua dinaungi rahmat dan kasih sayang Allah hendaknya.
Amma ba’d.

Perjalanan Yang Panjang

Baru-baru diadakan satu muktamar di St. Louis, Missouri anjuran MISG  dan IMSA. MISG adalah sebuah organisasi yang memainkan peranan penting dalam usaha pentarbiahan dan penerapan nilai-nilai Islami kepada pelajar-pelajar muslim Malaysia di bumi Amerika. Perjalanan saya dari Rochester,New York ke  St Louis mengambil masa selama 14 jam jikalau tanpa berhenti. Muktamar ini diadakan selama  5 hari bermula dari hari jumaat (24/12/2010) dan berakhir pada hari selasa (28/12/2010). Namun saya dan rakan-rakan dari Rochester telah bertolak 2 hari lebih awal dari tarikh bermulanya muktamar itu (22/12/2010).

Kami bertolak pada pukul 2.30 petang dan sampai di rumah senior saya di Indiana University, Bloomington pada pukul 2.30 pagi. Disana kami menumpang tidur selama dua malam. Perjalanan selama 12 jam dari Rochester ke Bloomington mengingatkan saya kepada penerbangan saya dari Taipei ke Los Angeles namun lamanya itu tidak terasa kerana saya dapat memerhatikan keindahan salji yang memutih dan bangunan-bangunan yang serba tinggi semasa melalui lebuh raya di US ini. Pengalaman memandu di US merupakan penglaman berharga kerana di sini pemandunya amat bertoleransi kepada pemandu lain. Dari Bloomington ke St Louis pula mengambil masa selama 5 jam dan kami bertolak ke Saint Louis pada pagi Jumaat.
                                                     Indiana University, Bloomington
Melepaskan Rindu

Rombongan dari RIT sampai di Sheraton Hotel di Saint Louis lebih kurang pukul 12 tengah hari dan kami merupakan antara rombongan terawal selain pelajar–pelajar Stevens Institute of Technology. Pada malam jumaat itu, ramai lagilah sahabat-sahabat yang tiba dari MSU,Umich, Iowa state Uni, Wisconsin, UB, dan Universiti yang lain. Kami berpelukan dan bersalaman melepaskan rindu setelah berbulan-bulan lamanya tidak bersua muka. Speaker yang datang pada program muktamar tidak asing bagi saya khususnya dan pelajar lain amnya. Ustaz Hasanuddin memang dekat dengan kita kerana beliau merupakan salah seorang NGO yang menyertai kapal bantuan Marvi Marmara ke Palestin dan beliau merupakan seorang super senior saya (Ex Kolej Islam,batch 83).
                                                Ustaz Hasanuddin: dua dari kiri

Pelbagai ilmu-ilmu dan perkongsian yang saya dapat dari setiap kali ceramah dan semuanya sangat berguna untuk saya selaku muslim dan khalifah di muka bumi Allah. Speaker-speaker yang lain seperti Imam Abdul Malik, Sheikh Omar Baloch, Ustaz Shamsi Ali,  Ustaz Irfan Didiek dan Dr Hafidzi juga sama hebat seperti Ustaz Hasanuddin. Namun, dalam banyak-banyak topik, saya dapati bahawa topik yang berkaitan dengan CINTA sangat menjadi tumpuan. Kebetulan untuk ceramah “Finding The Ultimate Love” saya terlewat 15 minit kerana saya keluar dari hotel sekejap dan apabila saya sampai di dewan tempat ceramah, saya dapati dewan telah penuh. Saya hanya berdiri di belakang tetapi tidak berasa lenguh kerana kupasan Dr Hafidzi dan Ustaz Hasanuddin sangat berkesan dan merungkai kekusutan berkaitan  cinta ini.
                                                Finding The Ultimate Love
Makanan memang sedap-sedap belaka. Malam Ahad (26/12/2010) saya dan rakan-rakan keluar ambil angin di sekitar St Louis pada pukul 11.40 malam selepas tamat program (program penggerak). Kami keluar makan di Denny’s yang terkenal dengan Veggie burger nya. Banyaklah perkara yang kami bualkan dan hanya pulang ke hotel pada pukul 2.30 pagi. Saya teringat sewaktu di Cemara dahulu; kami selalu minum dan melepak di Rafi Bistro. Pada hari selasa (28/12/2010) merupakan hari yang sedih untuk saya kerana terpaksa berpisah dengan sahabat-sahabat yang sehati, sefikrah dan sehaluan bagi meneruskan perjuangan di Universiti  masing-masing.


                                                  Melepak di Denny's
Semuanya Happy



Dunia Yang Kecil     
         
Sebelum balik ke Rochester, kami bercadang ke Chicago dulu perjalanan dari St Louis ke Chicago memakan masa selama 6 jam. Bagi saya, memandu selama 6 jam ke  Chicago dapat melatih saya menjadi seorang ayah yang tabah di masa hadapan kerana hanya saya yang berjaga dan sahabat lain dalam kereta yang saya pandu tidur  keletihan semuanya. “Eh Korang, cube tengok sebelah kiri, ade orang main snowboard la” senyap tiada respon. Rupa-rupanya saya bercakap seorang diri tatkala mereka semua tidur. Sampai di Chicago kami melawat ke Lincoln Zoo Park. Sepatutnya kami bercadang untuk menumpang bermalam di Purdue University tetapi atas masalah-masalah tertentu, kami hanya menumpang tidur di rumah Dr Roslan, Pengarah MSD bahagian Chicago. Selepas makan dan berkenal-kenalan dengan keluarga Dr Roslan, 6 orang pelajar UMICH pun tiba atas tujuan yang sama; ,menumpang tidur.  Program Director untuk muktamar MISG 2010, Wan Naim Wan Mansor  yang merupakan pelajar UMICH pun ada sekali. Saya telah berkenalan dengan Wan Naim Sejak beliau datang rumah saya di Rochester lebih kurang sebulan lepas selepas balik dari tamrin di Buffalo. Tetapi perkenalan kali ini lebih mendalam dan setelah dicerita lebih lanjut,rupa-rupanya Wan Naim ini merupakan senior saya sewaktu di SMKA Nibong Tebal dahulu semasa saya di tingkatan 1 dan beliau di tingkatan 2 tetapi tidak sempat berkenal-kenalan sewaktu di SMKANT. Namun beliau berpindah ke Kuantan pada tahun 2004 sewaktu saya di tingkatan 2. Saya cuba flashback dan Alhamdulillah saya mampu ingat kembali muka beliau sewaktu saya di tingkatan satu dahulu.
Wan Naim: paling kanan
                                                Wan Naim semasa berkunjung ke rumah saya.

Wan Naim mempunyai adik yang belajar satu university dengannya, University of Michigan. Nama adiknya Wan Nuha yang muda setahun dari saya dan adiknya pula merupakan junior saya di KISAS.Subhanallah kecilnya dunia. Terdetik dalam hati saya “Ya Allah dunia ini terlalu kecil maka hilangkanlah dunia dari hatiku. Biarlah ia hanya di sekeliling tubuhku.”

Perjalanan Tarbawi Mengenal Ilahi

Jarak perjalanan ke St Louis dari Rochester yang sebanyak 1180 kilometer itu memberi pelbagai ibrah atau pengajaran kepada saya . Di sini saya berpeluang bersua muka dengan 'ahli keluarga' kalau sebelum ini banyak bertemu di alam maya sahaja. Saya dapat melihat pelbagai ragam manusia, resam budaya, dan keindahan alam ciptaan Allah lalu saya akur akan kekerdilan diri. Insaf melihat masih ada manusia yang homeless di bumi US ini, takjub dengan keluasan tanah bumi Amerika ini, kagum dengan sikap pemandu-pemandu disini yang berhemah dan bersyukur dapat melepasan rindu bertemu dengan sahabat-sahabat.
                                                         The Gateway Arch
                                                  
St Louis yang cantik


Kenangan terindah Muktamar MISG 2010 di Saint Louis akan kekal terpahat di sanubari. Insha Allah..:)

P/S: Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya. Saya memohon maaf atas segala kekhilafan yang saya timbulkan sama ada secara sengaja ataupun tidak. Semoga tahun 2011 menjadikan tahun yang lebih gemilang buat Islam dan ummatnya…J

Tuesday, December 21, 2010

InDahnYa Fall & DaMainYa WintEr...

Saya suka keindahan Fall..:)



                                                 Sekitar RIT

                                                    Warna-Warni




                                                 Depan Mall di Rochester

                                                      Sekitar Park Point

















Tetapi salji yang memutih sangat mendamaikan hati...:)
















                                          Bermain snowboard di Bristol Mountain






Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang merasai musim yang pelbagai di muka bumi Nya. Alhamdulillah. ..:)