Saturday, December 27, 2008

Ya Rasulullah Ana UhibBuka....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Rabbul Izzati kerana masih mengekalkan Iman & Islam dalam hati kita.

Diringkaskan ucapan

Sekali lagi kita sebagai Umat Islam terpalu dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi & junjungi melalui satu blog yang sangat jijik tulisannya.Nama yang digunakan menunjukkan seolah-olah orang Islam sendiri yang melakukan perkara terkutuk ini.Namun bukanlah sifat umat Islam menuduh seseorang melakukan sesuatu tanpa menyiasatnya terlebih dahulu kerana firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6" Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan"

Disini saya tidak ingin menuduh mana-mana pihak kerana saya pun tidak tahu siapa penulis blog jijik ini tetapi disini saya ingin memperingatkan kepada orang-orang jijik ini agar segera bertaubat balik dan tarik semula segala kutukan terhadap Baginda Nabi SAW.Mari kita renungi sejarah di Zaman Rasullullah SAW:

Pada suatu hari Rasulullah mengumpulkan orang-orang Mekah di bukit Uhud(maaf kalau saya tersilap tempat),lalu baginda bersabda"percayakah sekalian kamu jika aku katakan ada musuh yang ingin menyerang kamu dari belakang kamu?"maka dijawab sekalian penduduk Mekah"kami percaya kerana kamu adalah Al-Amin(orang yang jujur) " maka baginda Nabi SAW bersabda lagi" percayakah kamu jika aku katakan aku adalah utusan Allah yang menyampaikan segala risalah kebenaran dan aku adalah utusan terakhir di kalangan para nabi dan rasul"maka dijawab Abu Lahab"celaka kamu wahai Muhammad!Adakah kerana ini kami semua dikumpulkan?"

Apa yang saya ingin bawa daripada cerita ini adalah apabila Abu Lahab berkata begini maka Allah sesekali tidak membiarkan kekasih-Nya dicerca sedemikian rupa.Berfirman Allah dalam surah Al-Lahab ayat 1" celakalah kedua-dua tangan abu lahab, dan celakalah ia bersama!" Dapat kita fahami bahawa bahawa celaka yang difirmankan Allah dan celaka yang diucapkan tidaklah sama.Apabila Allah berkata celaka bermaksud Allah menghina dan menyiksanya dengan keras di dalam neraka.Tidak cium bau syurga bagi sesiapa yang ingkar dan menghina Nabi Muhammad SAW sedangkan jarak perjalanan ke syurga ialah bersamaan 500 tahun akhirat(1 hari di akhirat ialah 1000 tahun dunia)

Insaflah wahai orang-orang yang melakukan perkara terkeji ini kerana semua insan akan ke balik ke kampong akhirat cuma bezanya balik dalam keadaan husnul khatimah ataupon suul khatimah wanau'zubillahiminzalik.

Wallahua'lam

Thursday, December 25, 2008

Malaysiaku.....


Assalamualaikum saya mulai bicara kali ini mudah-mudahan kita mendapat berkat & rahmat dari-Nya.Baru-baru ini negara kita dukejutkan dengan isu Hudud.Saya rasa tertarik akan isu yang kita hadapi ini.Sesetengah pihak berpendapat isu ini adalah retorik politik semata-mata manakala sesetengah berpendapat isu ini wajar diperhalusi.

Jadi,pandangan peribadi saya mengatakan perkara ini menarik untuk diketengahkan.Bukan saya cuba 'memanaskan ' keadaan yang sedia panas tetapi sebagai seorang Muslim isu ini adalah isu umat Islam seluruh dunia amnya & Malaysia khususnya.

Kita sedia maklum undang-undang Hudud tidak terdapat dalam kitab-kitab melainkan dalam Al-Quran sahaja.Allah berfirman dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 229".... itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim."Hudud yang dimaksudkan di sini adalah hukum hukum yang telah Allah tetapkan dalam Al-Quran.Dalam ayat ini jelas bahawa sesiapa yang melanggar hukum-hukum Allah adalah zalim dan tempat kembalinya adalah neraka.

Di sini kita mempersoalkan tentang keimanan.Adakah kita beriman kepada separuh kitab & kufur kepada separuh yang lain?Adakah kita sembahyang,puasa,zakat tetapi kita kufur dalam bidang perundangan?ingatlah firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 85"..... sesudah itu maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan."Dalam ayat ini Allah mengatakan tentang kitab Taurat secara khusus tetapi bagi kita Umat Islam yang beriman dengan Al-Quran dan 3 kitab sebelumnya faham bahawa mengingkari sebahagian daripada kitab ini(Al-Quran) juga tergolong dalam kumpulan yang hina yang Allah maksudkan.

Wahai saudara-saudara yang saya kasihi,sebagai umat Islam marilah sama-sama kita bersatu untuk menegakkan perundangan Islam negara kita.Ketahuilah bahawa Allah mencipta kita & Dia Maha Mengetahui apa yan g terbaik untuk hamba-hamba-Nya.Tidak kira samada pihak memerintah atau pihak yang diperintah,kita haruslah bersatu dan sedar perpecahan sesama Islam hanya mengembirakan pihak musuh kita yang sebenar(yahudi & Nasrani).Ingatlah satu lagi Firman Allah." orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar.....".<2:120>

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita akan kembali

Wallahua'lam

Friday, December 19, 2008

JatUh cInTa LaGi...

Assalamualaikum buat semua sahabat yang saya kasihi mudah-mudahan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat serta dijauhi segala ma’siat & kemungkaran.


Posting saya kali ini adalah tentang isu yang melanda remaja khususnya remaja Islam berkenaan masalah couple. Bukanlah nak mengatakan diri ini baik ataupun lebih layak memperkatakan hal ini tetapi diri ini mempunyai sedikit kesedaran untuk memperbetulkan keadaan ini khususnya buat rakan-rakan yang saya kasihi.

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya kebiasaannya walaupun tidak semestinya memasuki sebuah biduk pernikahan.
Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia,MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firmanNya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (syurga) (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripadawanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

.Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalahperhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telahmengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.


ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
1. Menundukkan pandangan.ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya:Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30).Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH erfirman: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 31).
2. Menutup aurat.ALLAH berfirman: Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31). Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59).Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita.Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAWbersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).
5.Tidak melunakkan ucapan (percakapan).Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT: Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalamhatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
6.Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis.Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).HUKUM BERCOUPLE
Secara jelasnya hukum ber’couple’ adalah HARAM. Haramnya couple bukanlah dihukum oleh ulama’ yang mu’tabar secara melulu buta. Mereka(ulama’) duduk dan berbincang(berijma’) untuk mencapai kesepakatan(consensus) dalam memutuskan hukum couple.
Hukum haram ini berdasarkan surah Al-Isra’ ayat 32”dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk” Allah tidak berfirman bahawa”jangan melakukan zina”tetapi “jangan mmenghampiri zina”.mafhum firman Allah bukan setakat tak boleh berzina tetapi menhampiri zina itu pon haram.ada satu kaedah feqah”setiap perkara yang membawa kepada haram hukumnya haram”

Kebiasaannya muqaddimah couple dimulakan dengan sms,surat cinta, dan bertegur sapa antara laki perempuan.Mengikut Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majalah I keluaran oktober 2008 bahawa menulis surat cinta,SMS atau mengahantar e-mel walaupun niat asalnya baik tetapi tiada jaminan bahawa hal itu tidak mendatangkan tindakan susulan yang akhirnya boleh mendatangkan mudarat kepada kedua belah pihak selepas itu.

Wahai saudara-saudara yang saya sayangi,marilah sama-sama kita kembali meletakkan cinta kita kepada tempat yang sebenarnya seperti sebuah bait lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Mestica
“cinta yang sejati hanya cintakan illahi cinta ayah bonda tulus suci selamanya cintakan saudara masa berada hanya sementara Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan..”

Oleh itu saya berharap kepada semua sahabat-sahabat yang saya kasihi agar 'menebing' daripada melakukan perkara fasad(buruk) yang dimurkai Allah Rabbul Jalil. Adakah terjamin jika ber'couple' dengan seseorang menjamin mereka sehingga ke jinjang pelamin?? Rasulullah SAW telah bersabda"dikahwini seseorang wanita itu kerana kecantikkannya,hartanya,keturunannya dan agamanya.maka pilihla yang beragama supaya kamu tidak menyesal kemudian hari". inilah mafhum sebuah hadis yang Sahih.Muslim yang benar-benar faham akan agamanya tidak sesekali ber'couple' kerana dia sedar perkara ini akan menjerumuskannya kearah zina melainkan Muslim itu tunduk kepada nafsu amarahnya.
Saya sedar sebagai makhluk Allah yang hina,terdapat banyak kekurangan pada diri saya justeru saya memohon ampun dan maaf daripada Allah Rabbul Ghafur agar mengekalkan Iman, Islam, dan Hidayah-Nya kepada kita kerana hanya iman & taqwa dapat membentengi diri kita daripada terjerumus ke lembah yang hina ini.Harapan saya kepada rakan-rakan yang telah ber'couple', tinggallah pasangan anda secara baik dan mohonlah ampun daripada Allah. Janganlah bimbang kerana jodoh,ajal,maut dalam kekuasaan Allah.
WALLAHUA'LAM

Wednesday, December 17, 2008

MUSLIM SCHOLAR VS MUSLIM SECULAR

Muslim Scholar in the future

Muslim Scholar : kita mesti belajar ilmu dunia & akhirat.
Muslim Secular : belajar agama nak jadi apa nanti?(dangkalnya fikiran begini...)

Muslim Scholar : Wajib kita mengikut Al-Quran & As-Sunnah kalau nak berjaya.
Muslim Secular : kalau ikut Al-Quran susahla nak maju.itu tak kena ini tak kena
(Islam hanya pada nama.ish3...)

Muslim Scholar : Pengaruh barat berleluasa meracuni fikiran remaja kita. tak boleh jadi ni!
Muslim Secular : alah!budak tu nak berhibur.biarlah!tau la dia taubat tua nanti
(mati tak tunggu tua sheikh.........)

Muslim Scholar : Remaja hanya sekali. jom pi mengaji!
Muslim Secular :Mengaji?? wei! lepakla bila lagi nak enjoy kalau bukan waktu muda
(Mengaji waktu muda sebab dah tua nak jalan pi majlis ilmu pun dah tak larat)

Muslim Scholar : Ish2..aku sedih dengan nasib saudara kita kat Palestin.tiap-tiap hari perang
Muslim Secular : Hangpa kira apa dengan depa.negara kita aman sudah.toksah duk jaga tepi
kain orang(Sesungguhnya setiap mu'min itu bersaudara.....<49:10>)

The power is in your hands, which one you want to be???There is an interminable life after your death.Lets go back to our GUIDANCE

Tuesday, December 16, 2008

Assalamua’laikum kepada semua rakan-rakan saya yang berada di dalam dan di luar negara diharapkan kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat.Bagimanakah cuti saudara/I sekalian? Sluggish,mundane,excited or cheerful?anyway, I hope all of you will enjoy your holidays joyfully.




ini adalah hasil tangkapan pada malam tersebut,seekor udang galah

Keesokan paginya kami ke pantai pula untuk mencari kepah, sejenis makanan laut yang rasanya seperti siput. Mencari kepah tidak sesusah mana kerana kita hanya perlu megorek pasir dan akan terus menjumpainya.

Tidak kisah apa yang kawan-kawan sekalian lakukan di rumah asalkan ia member manfaat kepada masa depan kita. Sebenarnya terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan selain memancing dan mencari kepah. Sahabat-sahabat sekalian boleh menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid berhampiran,bertadarus,berkelah bersama keluarga dan menolong orang kampong ketika kenduri kendara.






Dalam surah Al-Asr, Allah telah bersumpah dengan masa.Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu perkara, ini menunjukkan benda itu amatlah penting dan besar di sisi Allah. Oleh itu, hargailah masa kerana mmasa itu emas.

Tuesday, December 9, 2008

tHe TotAl DebAclE.....

Newly, there was a great fiasco in Bukit Antarabangsa. We know that all the residents in Bukit Antarabangsa are affluent people and it is undeniable about their richness when we see their gargantuan domiciles, luxurious mobiles, and expensive attires that they wear. Some claim that the edifice of the land is weak while the others claim that rain is the factor for the landslide.

Marilah sama-sama kita menghayati pimpinan kita(dusturna) yakni Al-Quran & Sunnah Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang berbunyi”. telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).pada pendapat saya, struktur tanah hanyalah asbab untuk kejadian tanah runtuh itu dan pada hakikatnya adalah kesan disebabkan tangan-tangan(kuasa) manusia yang rakus dalam mengejar wang. Selain itu,saya berpendapat bahawa kejadian ini adalah untuk Allah merasakan bagaimana rasanya orang yang susah di luar negara dalam menghadapi sesuatu krisis seperti kebuluran,peperangan,rusuhan dan sebagainya supaya orang-orang kaya ini sedar bahawa kekayaan harta benda tidak dapat menyelamatkan mereka dari sebarang bencana.

Oleh itu,saya berharap semua rakyat Malaysia insaf dan bertaubat sebelum kita dijemput Rabbul Izzati

GOD IS FAIR......

Monday, December 8, 2008

SAT...DON't TaKe For GRantEd



breakfast tu penting.
eh danial!sejak bile main basket.sebelum ni x pernah nampak pun.he he



SAT.. What’s that???SAT is a test conducting by College Board which is an acronym for Scholastic Aptitude Test.Those who sit for this test mainly will further their study in USA.

Orang kedah selalu kata”hang mai sat” ataupun “tunggu sat,satgi aku mai”. Sat dalam slang kedah bermaksud sekejap.

Orang kata SAT tidaklah sesusah mana tapi bagi saya yang menduduki ujian itu merasakan agak susah kerana ia menggunakan English Literature sebagai teksnya.jadi kesempatan ini dapatlah saya rakamkan gelagat rakan-rakan yang sama menduduki SAT pada 6/12/2008 lepas.
ahhhh!stress.let's talk puas-puas sambil baca paper


rajinnya mamat ni.anak sapa ni!boleh jadi calon menantu ni.bertuahla perut ibu yang mengandungkan mamat ni



Betapa bersungguhnya mereka untuk Berjaya dalam SAT.lihatlah betapa berseleraknya katil dan meja mereka.Dalam kita menghadapi sesuatu ujian,sudah pasti kita inginkan kejayaan maka jangan kita lupakan pada Pemberi Kejayaan,ALLAH AR-RAZAQ.



Selain itu kami juga mempelajari kitab safinatun naja yang mengupas ilmu-ilmu feqah yang menjadi Fardhu Ain bagi setiap individu yang begelar Muslim. Wajiblah ke atas kita untuk mengetahui hukum-hukum seperti solat,puasa,thoharah,sehinggalah ke bab pengurusan jenazah.penting juga untuk kita mengetahui bagaimana keadaan ketika nak sembahyang dalam flight(for those who will be studying oversea soon).

Sekali lagi saya sebagai Hamba Allah yang ‘zalil’ ini mengajak rakan-rakan agar sentiasalah mencari majlis ilmu samada ilmu duniawi dan lebih-lebih lagi ilmu ukhrawi kerana kehidupan di perkampungan akhirat adalah kekal selama-lamanya(perpetual)





Harapan saya kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat agar sentiasalah mencari majlis seumpama ini kerana musuh-musuh Islam tidak pernah leka untuk menjatuhkan Agama Islam yang kita cintai. Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara lagilah penting untuk memahami ilmu ini supaya tidak hanyut dan sesat ketika di oversea kelak.Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120”tidak sesekali redha akan Yahudi dan Nasrani sehinngalah kamu mengikuti jejak langkah mereka……

Odyssey Towards Excellent



Recently I had a trip to Malacca. It was so a cheerful moment as I met my friends there but this was not my story. Actually, what I want to tell is my experience learning ‘Risalah Tauhid’


Sebenarnya kitab ni adalah sebuah kitab yang membahaskan tentang ilmu-ilmu tauhid yang amat penting untuk kita sebagai umat Islam. Melalui kitab ini kita dapat mengenal keagungan Allah melalui sifat 20.kupasan ilmu ini sangat penting bertujuan memantapkan Aqidah umat Islam khususnya remaja yang kian rapuh dek pengaruh duniawi dan desakan nafsu yang sentiasa bergelojak. Dalam ilmu ini kami juga mempelajari tentang perbahasan ilmu kalam seperti aqidah ahlul sunnah wal Jamaah,muktazilah,qadariah dan jabariah secara terperinci.



Sunday, December 7, 2008

Harga Sebuah Pengorbanan......





Firstly i would like to thank God for all His giving i am still given an opportunity to post my blog as i did not post for almost 3 months.opps sorry! i suppose to use my mother tongue rather than English as i am at my domicile now. Actually i feel relief as i had finished my SAT yesterday. SYUKUR ALHAMDULILLAH.



sebenarnya saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha bersempena raya korban hari ini.Diharapkan saudara/i yang belajar di dalam dan oversea agar sentiasa sabar dalam menghadapi ujian hidup.Hidup ini penuh pancaroba. Tanpa IMAN di dada, kita mungkin melakukan sesuatu yang di luar norma kehidupan. there a re many criminal cases such as commit suicide,fornication, corruption and many more.Marilah kita sama2 hayati kisah agung yang berlaku kepada NAbi Ibrahim Alaihissalam di mana Baginda diperintahkan oleh Allah mengorbankan anak yang Baginda sayangi yakni Nabi Ismail Alaihissalam.Namun dek kerana IMAN yang mantap merelakan anak yang dikasihi untuk dikorbankan.namun keajaiban berlaku apabila Allah menggantikan Nabi Ismail Alaihissalam dengan seekor kibas.Inilah sebuah pengorbanan yang agung yang patut kita ambil iktibar dan jadikan pedoman hidup.



Selamat Hari Raya Aidil Adha,Maaf Zahir & Batin

Friday, September 5, 2008

SAT,TOEFL,PRE CALCULUS, & many

more.when i can revise all of these subjects????

The solutions is easy.Verily! it is very easy.

first of all you need to do is, identify your Priority.

As a Muslim we know that our Priority is to

worship Allah.Second is step you must have a good

relationship with people surrounding you(parents,

lecturers,friends). please avoid coupling because it vividly forbidden by our

Omnipotent God. To succeed is not an easy task in life, but Allah had stated that the triumph is

only in the truth religion(Islam).So take back our prophet heritages, Al-quran & As-sunnah as our

guidance in life. easy right?

Thursday, September 4, 2008

MusLim FoR LiFe















Now…
If we don't change society
Then we are part of the cause
on the Day of Judgment
We are going to stand
in front of Allah
There will be no excuses
For being useless

Without Islam in our lives
Our lives are fruitless
Leaving behind
all things
taking nothing
but our deeds
On the last day it will be
too late to repent
We will be accountable

For every minute &
cent that we spent
Islamically intact
My brothers got my back
Shaitan can't attack
because were always in a pack

M-U-S-L-I-M
MUSLIM 4 LIFE
& WE WILL NEVER GIVE IN
WE STAND UP AND SPEAK OUT
AGAINST THOSE WHO OPPRESS
WE TAKE ISLAM &
WE TAKE NO LESS

Prophet showed us
how to be a statesman
a father, a leader
Amir of jihad
a husband, a judge
and a friend

A messenger
that Allah has send
that’s the example
that we content
He cultured
The Sahabas personalities
Built Islamic mentalities
gave them the bigger scope

to spread Islam
All over the globe
they say your too young
to change this world
to young to understand
Look at Ali (RA)
At 8 he was mature
like a man
Carrying this
message of Islam

Khalid Ibn-Waleed
Conquering land
Liberating kufar
to Islam
Abu Bakar
politically sharp
was side by side
with the Prophet
from the start

We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again

M-U-S-L-I-M
MUSLIM 4 LIFE
& WE WILL NEVER GIVE IN
WE STAND UP AND SPEAK OUT
AGAINST THOSE WHO OPPRESS
WE TAKE ISLAM &
WE TAKE NO LESS

Carrying Islam
is like carrying a hot coal
pure pressure surrounds us
but we won’t fold
when time become tough
remember Jannah

It was difficult
even for the Sahabas
No success
without struggle
Keep our best friends Muslim
So we're always out of trouble
checking our ideas
the way we think

Based on Islam
Because Islam is our Deen
Bonded by our ideas
Islamically connected
Days of Jahillah
Alhamdulillah we left it
Islamic as a yardstick
That we measure
Only for Allah
And to gain HIS pleasure

M-U-S-L-I-M
MUSLIM 4 LIFE
& WE WILL NEVER GIVE IN
WE STAND UP AND SPEAK OUT
AGAINST THOSE WHO OPPRESS
WE TAKE ISLAM &
WE TAKE NO LESS

Much props to my sisters
Carrying this Deen
& to my brothers
With the same mean
We will never idolize
It’s no surprise
The youth realize
Jannah is the only prize

Standing together
Kafirs worst nightmare
Muslim united
And not scared
Following only Qur'an
& and the Sunnah
an Ummah
who loves Allah
More than this dunnyah

M-U-S-L-I-M
MUSLIM 4 LIFE
& WE WILL NEVER GIVE IN
WE STAND UP AND SPEAK OUT
AGAINST THOSE WHO OPPRESS
WE TAKE ISLAM &
WE TAKE NO LESS

Monday, September 1, 2008

The MeRciFul oF Allah


Allah : Oh my servant, who created you?

The worshipper : Oh Allah you have created me.

Allah : Were you created because of your good deed that you have done @ because of My Mercy?

The worshipper : Of course because of Your Mercy.

Allah :who granted you the ability to worship for 500 years?

The worshipper : Oh the Almighty! you have granted me.

Allah : Who placed you on the mountain that surrounded by the ocean? Who cause a stream of sweet water to flow between the salty water? Who caused a pomegranate tree to grow for you?
Who granted your death while in the state of prostration?

The worshipper : Oh the Sustainor of the Worlds! You have done all of these.


......Then Allah will say." All these have happened due to My Mercy and you too will enter paradise only through My Mercy

Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan

183. O ye who believe! Fasting is prescribed to you As it was prescribed to those before you, that ye may (learn) self-restraint,-

.......Ramadhan is coming again.what are your prepration to celebrate this noble month in Islam.Now,i want to share something that can be applied in Ramadhan.

1) Please eschew from talking about the 'Lagha'

2)Try to recite the versus of the Koran as many as you can(a juzu' per day)

3)Before sahur,you may perform Tahajjud prayer

4)If you have extra money (especially who are sponsored by JPA,MARA ,etc),you can give alms to the needy

5)Don't sleep too much

6)Take this opportunity to perform Tarawih prayer because it's only once a year

7)Always advice each others [51:55)

..That only a little bit that i can share with you.hopefully you can practice all of the above.Practice make perfect.

..Allah had stated in the above versus that by fasting we can reach the level of Taqwa.....,,,,
In Adib's room:from left Hanifi(KMS), Me,Azhar(intec)

introduction

Assalamualaikum, this is my 1st time blogging.so i need somebody to help me.By having a blog,may be i can discuss a hot topic.