Salam
kepada semua sahabat yang saya kasihi kerana Allah. Semoga Allah melimpahkah
taufiq dan hidayahNya kepada kita.
Amma
ba’d.
Masa
begitu pantas berlalu. Sedar tidak sedar, sudah hampir tiga tahun perkelanaan
saya di bumi Uncle Sam. Insha Allah lagi kurang lebih sebulan, saya akan grad (May 18,2013). Saya fikir baki-baki
kehidupan di bumi Amerika Syarikat yang tidak sampai lagi dua bulan ini, ada
moleknya saya kembali bermuhasabah tentang apa yang telah saya buat dan capai. Saya
juga ingin mengajak semua rakan-rakan yang akan grad agar kembali berfikir dan bermuhasabah.
Adakah
kita cukup kuat dan bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan di bumi
sendiri? Adakah masa kita di bumi asing telah digunakan sebaiknya untuk membina
karakter diri? Apakah pengalaman yang kita punyai di bumi asing dapat digunakan
apabila pulang ke Malaysia kelak?
Jadi,
biarkan persoalan ini menghantui minda kita. Secara jujur, saya akui kehidupan
di bumi asing tidak semudah yang disangka. Walaupun dikelilingi pelbagai
kemudahan, namun ada masa tertentu kesusahan mesti dihadapi. Derita dan bahagia
tak pernah jemu bertamu silih berganti. Saya tidak mahu menceritakan kisah
peribadi di sini, cukup saya katakan bahawa dalam kehidupan pasti kita akan
menghadapi kesusahan, namun sunnatullah tetap berlaku; selepas kesusahan
pastinya ada kesenangan. Every cloud has
a silver lining. Setiap yang terjadi ke atas diri, telah terungkai
hikmahnya sedikit demi sedikit.
“Oleh
itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan,” (As Sharh 94:5)
Atas
setiap mehnah, jangan pernah mengalah. Dalam setiap susah, pasti terselit
hikmah. Jangan pernah menyerah, kerana masa depan kita cerah. Teruskan kaki
melangkah, yakini adanya Allah.
Rochester yang sentiasa tenang.
No comments:
Post a Comment