Monday, December 28, 2009

MalAng tIdak BerBaU....




Salam buat semua.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemalangan berhampiran tol Jelapang yang meragut 10 nyawa.Kita sangat bersimpati dengan mangsa-mangsa yang mati dan menganggap ia sebahagian rencana Ilahi ke atas makhluk-Nya.Pemandu bas mengaku bahawa dia terlelap.Jadi, banyaklah pihak tampil mengkritik tahap keselamatan bas dua tingkat(double-decker),waktu perjalanan,cara pemanduan dan faktor pemandu itu sendiri.


  Pada pendapat saya, perjalanan tengah malam harus dihentikan..seingat saya, sepanjang saya berulang alik dari Penang ke Shah Alam sejak tahun 2006,hanya sekali sahaja saya menggunakan perkhidmatan bas pada waktu malam.Itupun disebabkan tiket waktu siang habis disebabkan ramai ingin pulang ke kampung sempena hari raya aidilfitri pada tahun 2006(f4).Saya khuatir berlaku kemalangan seperti yang berlaku baru-baru ini. Allah berfirman:
“dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat.dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)”<78:9-10>


    Ini jelas menunjukkan yang malam Allah jadikan adalah untuk rehat.Apabila manusia cuba melanggar sunnatullah,maka berlakulah pelbagai kecelakaan hidup. Pada pendapat saya juga,bas-bas ini boleh menghentikan perjalanan pada waktu malam manakala memulakan perkhidmatan bermula seawal pukul 7 pagi dan perjalanan terakhir pada pukul 6 petang bagi jarak perjalanan yang jauh(melebihi 500KM).Mungkin ada yang mengatakan pukul 7 pagi terlalu awal tapi untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, perjalanan harian tren dari Butterworth ke Kl Sentral bermula seawal 7 pagi dan saya dapati ramai orang menggunakan khidmat tren ini(tren selalu penuh).Perjalanan pagi juga lebih segar dan tidak panas.Seharusnya,syarikat bas harus memikirkan nyawa orang awam berbanding keuntungan yang berlipat ganda.Cuba bayangkan,pemain Real Madrid sekarang,Christiano Ronaldo berharga £80 juta dan setelah menyertai Real Madrid, kakinya diinsurankan sebanyak RM 90 juta.Namun nyawa rakyat Malaysia seolah-olah tiada harga apabila maut di atas jalan raya dan hanya dibayar pampasan sejumlah wang. 


   Penggunaan bas dua tingkat juga dilihat kurang sesuai. Di London, bas ini digunakan di dalam bandar dengan kelajuan purata 20 KM/H tetapi di Malaysia ia digunakan di atas lebuh raya dengan kelajuan mencecah 100 KM/H.Dimanakah kewajarannya?


   Jadi sudah tiba masanya,pihak-pihak tertentu mengkaji semula kewajaran waktu perjalanan dan jenis bas yang digunakan supaya dapat menjamin keselamatan para penumpang.
Semoga slogan “rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan” dapat direalisasikan.


Sunday, December 27, 2009

BahTera peNyeLamaT...



Salam buat rakan-rakan yang dikasihi kerana Allah sekalian.Semoga semuanya sihat-sihat di samping keluarga,suami,isteri dan anak-anak tercinta.


Seperti mana kita tahu, kita akan melangkah ke tahun 2010 yang bakal menjelma lagi beberapa hari. Oleh yang demikian, kita harus sedar bahawa umur kita akan menginjak naik sekaligus masa kita dengan kematian semakin hampir. Baru-baru ini saya berkesempatan mendengar tazkirah maghrib oleh seorang ustaz dari Perak,Ustaz Mazlan Osman. Antara perkara yang beliau sebut dalam tazkirah beliau adalah:


“Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,lanie kita kena tiru orang puteh.depa nie kat mana-mana pon baca..baik dalam tandas,nak tunggu kereta api, dok tepi pantai..pendek kata kat mana saja depa mesti ada buku di tangan.
Tapi cuba tuan-tuan dan puan-puan tengok orang melayu kita..dia buat apa?kalau orang melayu kita dok sorang-sorang,dia kira nak tidoq. Kalau dok dua orang, dia sibuk nak mengata kat orang..kalau bertiga,dia nak makan..kalau dok tiga orang ni,sat sat dia kata.””ha,jom kita pi pekena kat warong pak maon tu””..jadi muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian kita kena  buang segala perangai-perangai lama yang tak elok nie.”
Begitulah sedikit sebanyak celoteh ustaz malam tersebut.


Ilmu merupakan cahaya yang dapat menerangi jalan hidup yang penuh dengan ujian dan cubaan. Ilmu menjadikan manusia itu mulia disisi Allah dan makhluk jika ia membawa kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai. Dengan menuntut ilmu,seluruh makhluk sama ada di lautan mahupun di daratan akan mendoakan keampunan bagi kita yang menuntut ilmu..Ingatlah, kita manusia memang tidak terlepas daripada melakukan dosa dan khilaf..jika nak diharapkan kita beristighfar sebanyak 70 kali sehari sebagaimana dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW,mungkin sedikit sahaja dalam kalangan kita yang melakukannya..Oleh itu amatlah diharapkan makhluk-makhluk lain yang tidak berdosa memohon keampunan untuk kita.
Imam Syafie Rahimahullahu Taa’la pernah mengatakan bahawa untuk menuntut ilmu, seseorang itu perlu mempunyai enam perkara.


1)   1) Mempunyai Kecerdikan
2)   2) Bersungguh-sungguh menuntut ilmu(gigih)
3)   3)Haloba dalam menuntut ilmu(ingin menguasai semua cabang ilmu)
4)   4)Mempunyai harta
5)   5)Belajar dalam tempoh masa yang lama(tidak terbatas sehingga peringkat PhD sahaja)
6)   6)Bergaul dengan para alim ulama’(menghadiri majlis-majlis ulama’)


Inilah enam perkara yang digariskan oleh Imam Syafie bagi seorang penuntut ilmu. Ilmu ini juga merupakan cahaya Allah yang menerangi diri orang-orang yang mahu berfikir(ulul albab).Oleh yang demikian,ada beberapa perkara yang perlu dijaga dalam menuntut ilmu antaranya:


1)      1) Jaga pemakanan
2)     2)  Beradab dengan guru,ilmu, tempat belajar,rakan-rakan sekuliah dan seluruh makhluk    
           yang lain.
3)     3) Berdoa dan bertawakkal.(pohon supaya Allah kurniakan ilmu yang bermanfaat dan      
             dengan  ilmu itu juga menjadikan manusia yang lebih baik disisi Allah.)
4)      4) Mengamalkan ilmu tersebut dan sebarkan.

Hari ini kita dapat lihat kesan apabila ilmu diabaikan dari peringkat tertinggi sehingga terendah..Gejala rasuah dikalangan pemimpin, penyalahgunaan kuasa, pembuangan bayi,penzinaan, melakukan syirik dan gilakan pangkat,wanita serta harta. Kita juga dapati bahawa kita umat Islam ketinggalan jauh dari sudut teknologi mahupun inovasi ciptaan terbaru akibat mengabaikan ilmu yang hakikatnya milik kita sebelum ini.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain. Dalam hadis ini jelas,akibat ketandusan ilmu kita cenderung melantik pemimpin yang tiada asas taqwa dalam dirinya.
Sememangnya dalam perundangan islam, seorang pemimpin tersebut harus membela…


1)   1) Darah
2)    2)Harta
3)    3)Maruah
4)    4)Akal
5)    5)Agama

Apa yang ingin kita bincangkan disini adalah tentang yang keempat iaitu AKAL. Seorang pemimpin sebuah negara islam harus memberi pendidikan kepada setiap rakyat agar rakyatnya merupakan rakyat yang mampu menjadi perancang kepada pembangunan negara baik dari segi material mahupun rohani..Selain itu mereka(kerajaan) harus menyediakan segala bentuk kemudahan buat rakyat bagi menuntut ilmu..Penyediaan pelbagai institusi dan penyediaan biasiswa merupakan satu tindakan bijak namun ia harus dipantau bagi mengelakkan berlakunya ketidakseimbangan antara kualiti dan kuantiti..


Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu baik yang fardhu a’in mahupun fardhu kifayah..marilah menanam tekad untuk memenangi kembali agama Allah di muka bumi yang bertuah ini.Namun kita harus sedar, menuntut ilmu merupakan perkara yang kita akan melalui banyak ujian dan cubaan tetapi kita harus ingat bahawa bantuan Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar dalam mengeluarkan diri daripada kegelapan..Nabi bersabda “Sesiapa yang Allah sayang akan dirinya,maka Allah berikan dia kefahaman dalam agama”..Untuk memahami agama,tidak lain tidak bukan haruslah melalui proses BELAJAR..


Kita juga sedia maklum bahawa ayat alquran pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah:


“bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),”<96:1>.
  perintah pertama Allah kepada makhluk bukanlah solat,zakat,menegakkan daulah tetapi membaca..Membaca ini adalah proses utama belajar ataupun menuntut ilmu.




Ingatlah bahawa umat Islam pada hari ini disuntik dengan pelbagai ideologi ciptaan manusia yang jelas merosakkan sistem kemasyarakatan itu sendiri..
"Ilmu adalah bahtera penyelamat"
Wallahualam
Alfaqir ila Rabbihi..




AlteRnatif.....

salam buat semua...


click to enlarge
Menjelang malam tahun baru ini, ramai dalam kalangan kita yang ada sensitiviti terhadap Islam sangat bimbang..hal ini disebabkan kebejatan gejala sosial yang melanda khususnya dikalangan remaja Islam..Jadi saya tidak mahu menulis panjang..biarlah gambar ini menjadi gambaran sebagai alternatif bagaimana malam tahun baru ini boleh dielakkan dari pada berlakunya gejala-gejala yang negatif..

Wednesday, December 23, 2009

BerSediaLah waHai kaum MukMiniN.....

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal."

Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang
sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.

Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.

Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun . Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah.

Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?"

Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:

"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"

Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.

Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Sabda Rasulullah : "Sebarkanlah walau seayat."

Wallahua'lam....

Tuesday, December 22, 2009

U'll fiNd YouR waY....



                                                              Maher Zain

Salam to all my friends...Hopefully all of you are fine..
For this time around, i just want to share with you my new favorite song..
This song has been sung by Maher Zain..

Title: Insha Allah
Singer:Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
 x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah
 x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
 x2
Insha Allah
 x3
Insya Allah we’ll find the way..

p/s:for those who have facebook account, you can click here and add him as your friend..you can always listen his other songs which are simply cool...

Thursday, December 17, 2009

SekaLUng TaHNiah buat MereKa......


salam buat rakan-rakan, Selamat menyambut tahun baru hijrah yang ke 1431 saya ucapkan..

    semalam (17/12/2009) telah berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak sukan SEA yang ke 25 dan Alhamdulillah seperti yang dijangka Malaysia akan melakukan kejutan..Malaysia menang 1 berbalas 0 dengan Vietnam..Bagi saya,Malaysia bermain dengan cukup menarik.Segala stratergi yang diatur sangat menjadi..Dan yang paling penting keyakinan dan optimis untuk menang itu,wujud dalam diri setiap pemain Malaysia sewaktu perlawanan..Cuma apa yang saya ingin utarakan disini adalah, pemain Malaysia kurang ketangkasan dan stamina..Mereka bermain dengan sangat baik di separuh masa pertama tetapi pada separuh masa kedua mereka kelihatan termengah-mengah mengejar bola terutama di bahagian serangan..Saya harus memuji di bahagian pertahanan terutama kepada Ahmad Muslim yang menjadi Last man dan dia bermati-matian menjaga benteng negara..

Di sini saya ingin memberi cadangan beberapa langkah supaya pasukan Malaysia lebih mantap:

1)berlatih bersungguh-sungguh bagi meningkatkan stamina..Untuk meningkatkan stamina, para pemain perlulah menjaga makanan..Makan lah makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti telur ayam,daging,ikan dan makanan laut lain..pengambilan madu juga penting untuk memberi tenaga agar dapat bertahan atas padang dalam tempoh 90 minit...

2)meningkatkan persefahaman antara satu sama lain..Saya secara jujurnya tidak ada pasukan favorite secara khusus tetapi saya sangat mengkagumi pasukan Manchester United..Ini kerana pengurusan kelab ini bagi saya merupakan yang terbaik..mereka membeli pemain muda yang masih tidak 'mahal' dan mereka melatih pemain-pemain tersebut sehingga berjaya menjadi bintang seperti Christiano Ronaldo..Kita boleh lihat apabila pemain pasukan ini (MU) menjaringkan gol,lalu rakan sepasukan yang lain datang sambil memeluk dan mengucup pipi penjaring gol..inilah yang saya maksudkan dapat meningkatkan perpaduan sesama rakan-rakan lain..memeluk dan mengucup pipi ini adalah antara Sunnah  yang diajarkan Rasulullah SAW bagi mengeratkan UKKHUWAH sekaligus dapat meningkatkan persefahaman sesama rakan sepasukan.

3)Bermain untuk negara..Apa yang saya maksudkan adalah bermain dengan bersungguh-sungguh tidak kira ketika awal atau lambat menerima gaji..saya sedia maklum bahawa duit merupakan keperluan yang sangat penting sekarang ini..Namun harus diingat bahawa tanggungjawab untuk menaikkan maruah negara juga penting..(bukan untuk menigkatkan nasionalisme tetapi cuma mempertahankan maruah negara agar tidak dipandang rendah oleh negara asing)

  Inilah sedikit sebanyak cadangan yang saya rasa perlukan diserapkan ke jiwa pemain-pemain muda kita..Semoga bola sepak di negara kita akan mencipta kejayaan yang lebih gemilang di masa depan..

Wednesday, December 16, 2009

Salam MaAL HIjRah 1431....

  "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN HIJRAH YANG KE 1431..SEMOGA BERTAMBAH ILMU & KEBERKATAN HIDUP..MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMOHON AGAR ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA SILAM KITA"





Monday, December 14, 2009

OooOO..paTuTla.....


“Eh! Name awak sape?”

“name saye bla..bla..bla”

“awak tinggal kat mane?”

“saye tinggal kat bla..bla..”

“awak sekolah kat mane dulu?”

“saye sekolah kat bla..bla..”(dalam hati:alamak,ni yang aku malas ni)

“Oh!patutla cakap tunduk2 je..malu2 je”

“err..tak la”

Perbualan di atas adalah berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui..Memang sudah menjadi kebiasaan apabila kita di tempat baru akan diadakan sesi taa’ruf ataupun ice breaking. Seronok apabila kita dapat berkenalan dengan teman baru namun ada sesuatu benda yang kalau boleh saya nak elakkan..Perkara tersebut ialah apabila ditanyakan “Kamu dulu sekolah kat mana?” Bukan tidak bangga dengan sekolah yang telah melahirkan ulama’-ulama’ di Malaysia namun malas dengan stigma-stigma daripada orang yang baru dikenali.

Soalan ini sering saya elak terutama apabila yang bertanya itu adalah girls.

    Apabila saya bercakap dengan seseorang perempuan, saya akui bahawa saya tidak akan memandang straight ke muka perempuan tersebut. Sama ada saya tunduk atau saya memandang ke tempat lain.Cuma sesekali sahaja saya akan memandang ke mukanya sebagai tanda saya mendengar apa yang diperkatakannya.Persoalannya kenapa saya berbuat begitu. Saya membuat begitu kerana memang sebagai umat Islam, saya cuba sedaya untuk menjaga hati saya daripada difitnah.Umumnya kita tahu Syaitan laknatullah akan sentiasa mencari jalan supaya bani Adam A.S lalai daripada mengingati Allah. Jadi Allah telah memberi jalan bagaimana ketika ingin bermua’malat dengan kaum hawa berdasarkan firman-Nya:

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.”<24:30>

“dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka.....; <24:31>

     Berdasarkan dua ayat dari surah an-nur ini,jelaslah kepada kita bahawa kita hendak memelihara hati dari memandang perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah..Kalimah “pandangan” yang digunakan dalam ayat ini dalam bahasa arabnya adalah “absor” iaitu yang berasal dari kata dasar “basor”.Basor ini maksudnya secara spesifik adalah pandangan hati..jika pandangan mata kasar,dalam bahasa arabnya dikenali dengan “ro a” seperti yang biasa kita dengar  hadis yang berbunyi “man ro a minkum munkaran...”.maksudnya “siapa sahaja yang melihat kemungkaran...”

     Kebiasaannya bekas budak sekolah agama sering dikaitkan dengan cakap tunduk-tunduk,malu-malu, dan sebagainya..bagi saya,amatlah malang jika perkara ini tidak diberitahu..sebenarnya pelajar sekolah agama tunduk ketika bercakap kerana sedikit sebanyak faham cara yang diajarkan alquran; bukan kerana dia budak sekolah agama.Sebenarnya tidak ada beza antara budak sekolah agama dan bukan sekolah agama melainkan pendedahan tentang agama. Saya juga mesti akui ada sesetengah budak sekolah agama yang lebih teruk daripada budak bukan sekolah agama. Sekolah tidak menentukan sama ada seseorang itu baik atau tidak tetapi penghayatan agama lah yang membentuk seseorang itu menjadi ulul albab atau dengan erti kata lain generasi modal insan..

Semoga kita menjadi generasi ulul albab...

 

Thursday, December 3, 2009

WheN mY hEArt sTartS MissiNG.......

Salam buat sahabat yang jauh mahupun yang dekat..semoga kalian diberkati Allah hendaknya..

Sedar tidak sedar, rupanya umur diri ini bakal berganjak ke angka 20 (jika dipanjangkan umur). Selaras dengan peningkatan umur, diharap agar ilmu,amalan, dan akhlak dapatlah ditingkatkan..Pada entry kali ini, saya ingin mengenang waktu-waktu indah semasa di tingkatan 5..Sebenarnya memang banyak kenangan indah ketika form 5 yang secara tidak langsung mengajar diri yang faqir ini mengenal pasti arah hidup.

Ada satu perkara yang menjadi kenangan indah ketika saya di tingkatan lima dulu...sahabat sekalian nak tahu??hehe..tak nak tahu pon tak apa..hidup ini indah jika kita dapat berkongsi sesuatu..saya tidak ada benda yang nak dikongsikan melainkan secebis kenangan yang sentiasa terbayang-bayang di ingatan ini...

Kenangan tersebut adalah berjalan ke masjid diraja sultan sulaiman pada waktu senja..macam tak menarik je? Bagi sahabat yang tak merasainya mungkin perkara ini biasa saja tapi bagi saya ia merupakan perkara yang sangat indah..

Masjid Di Raja sultan Sulaiman

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, saya ini memang jenis kaki bola..saya akan turun bermain dengan kawan-kawan yang lain setiap hari selepas sembahyang asar berjemaah dan tazkirah asar kecuali hari hujan atau kelas habis lambat..Tetapi saya akan pastikan saya balik main pada pukul 6.30 petang untuk bersiap-siap makan petang dan semestinya solat maghrib..

Lima belas minit sebelum azan maghrib dilaungkan, saya kebiasaannya seorang diri berjalan menuju ke masjid diraja tersebut..Ianya terletak bersebelahan dengan sekolah saya..cuba bayangkan ketika matahari mula melabuhkan tirainya, burung-burung bercicitan pulang ke sarang ditambah angin pelabuhan klang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa serta alunan ayat suci al-quranul karim oleh syeikh masyari rashid al-afaasi dari corong speaker masjid yang dapat didengari di kawasan kota raja; semuanya menjadikan keadaan cukup tenang dan mendamaikan..saya akan berjalan dengan kadar yang amat perlahan sekali untuk menghayati keadaan yang sangat damai..

Saya sesungguhnya sangat mengagumi dengan pengimarahan masjid ini oleh penduduk sekitarnya..Imam masjid tersebut, imam syakir merupakan seorang imam muda yang sangat menepati waktu..Pada waktu subuh,beliau akan datang ke masjid tersebut seawal 5 pagi untuk mengalunkan ayat suci al-quranul karim..Masjid ini juga akan mula memasang alunan kalamullah 10 minit sebelum masuknya azan bagi setiap kali masuknya waktu sembahyang (30 minit bagi solat subuh dan mahgrib)..selepas maghrib, biasanya diadakan kuliah maghrib oleh penceramah jemputan.

Di dalam Masjid

Biasanya pada hari minggu, saya akan menunaikan solat subuh disini..kemudian akan diadakan tazkirah subuh(biasanya saya tertidur..hehe)..Lepas tazkirah, memang pihak masjid menyediakan nasi lemak dan teh panas..Inilah yang biasanya ditunggu oleh saya dan rakan-rakan lain..haha...

Inilah sedikit sebanyak kenangan yang sentiasa indah dalam kotak fikiran saya..Kemana pelusuk dunia saya pergi, insya Allah saya tidak akan lupakan kenangan manis ini...

P/S: Pengalaman hidup mematangkan kita................

Tuesday, December 1, 2009

ToeFL & KeMaTIan......

Salam alaik,

Hopefully all my friends are fine…

Is the title of this post seems weird? I don’t think so..

Recently I have received an email from ETS that I must sit for TOEFL on certain date..For two minutes my heartbeats became so fast than usual rate…I got nervous…after thinking the rationality of sitting for TOEFL during this holidays, my heartbeats turned into normal again..TOEFL is the abbreviation for teaching of English as foreign language..This external examination is set for those who will be studying in America soon...

So, the question is…what is the relationship between the death and TOEFL?

This is what I am going to explain a little bit…

TOEFL & Kematian: Kedua-duanya perlu saya hadapi....cuma;

Bila pihak ETS menghantar emel kepada saya, sekurang-kurangnya saya boleh bersedia dan saya tahu bahawa pada tarikh sekian-sekian saya akan menduduki TOEFL. Saya akan lebih bersedia. Namun,perasaan gementar tetap dirasai. Kalaulah tidak lepas cut-off point, boleh repeat. Jadi, apa yang nak digerunkan.

Tapi cuba bayangkan kematian; tiada surat yang akan dihantar, malaikat tak akan hantar notification, dan bagi yang tidak beringat mereka akan terus lalai..Sepatutnya kita kena lebih gerun dengan ketentuan yang tiada perkhabaran tentang bila kita akan menghadapinya..Kita hanya dikhabarkan melalui hadis-hadis Rasulullah bagaimana gambaran ketika sakaratul maut,keadaan alam kubur, seksaan kubur dan sebagainya tetapi pada hakikatnya kita tetap tidak tahu bagaimana keadaan sebenar di dalam kubur kelak..

 Kematian merupakan peralihan (transition) dari alam dunia ke alam barzakh..Ramai daripada kita termasuk pemilik blog ini sering lalai dengan duniawi.Kadang-kadang bukan tidak ingat pada kematian, tetapi nafsu yang tidak pernah puas ini sering kali mengajak diri yang lemah ini supaya memenuhi tuntutan kehidupan duniawi yang singkat..

Analogi bagaimana singkatnya kehidupan ini boleh dibaca di blog sahabat saya...sangat menarik analoginya..

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja".<33:16>

Akhir kalam, bersedialah untuk menghadapi kematian kerana kematian itu sangat dekat..

 

“Allahumma inni a’uzubika min ‘ilmin la yanfaq wa min qalbin la yakhshak wa min nafsin la tashbaq wa min da'watin la yustajabulaha”.....


Monday, November 30, 2009

DeActiVatiNg........

Salam diucapkan sebagai pembuka bicara..Semoga rakan-rakan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat..

         Lebih kurang pukul 12.40 pagi pada 1/12/2009 saya telah ‘deactivate’ akaun facebook saya. Tidak dinafikan facebook merupakan rangkaian sosial (social network) yang sangat popular ketika ini. Melalui facebook kita boleh berkongsi pendapat, boleh bertemu kawan-kawan lama, mengetahui maklumat-maklumat terkini serta pelbagai lagi. Walaupun perkara ini bagus namun bagi diri saya yang sentiasa lalai ini, terdapat beberapa keburukan bagi diri saya..Kebiasaannya pada setiap kali cuti,saya akan membeli buku untuk dibaca bagi mengisi kekosongan waktu..Saya masih ingat pada tahun lepas, saya meminjam sebuah buku, Fiqh Aulawiyyat karangan Al Imam Dr. Syeikh Alqardhawi daripada kawan saya..Buku ini tidak terlalu ‘berat’ dan tidaklah terlalu ‘ringan’..Saya boleh habiskan membacanya dalam masa seminggu..Saya juga ada membeli tiga jilid buku Fiqh Assirah karangan Dr Ramadhan Albuty..buku ini memang ‘berat’ namun saya mampu menghabiskan membacanya dalam masa yang ditetapkan..Berbeza dengan cuti ini, saya ada membeli buku Bahagiakan Hatimu karangan Al Imam ibnu Qayyim Aljauzi yang telah diterjemahkan oleh seorang ustaz. Buku ini sememangnya ‘ringan’ dan amat nipis berbanding buku-buku sebelum ini..namun selepas tiga minggu, saya tidak mampu menghabiskannya kerana terlalu leka dengan facebook. Saya juga ada membeli buku kisah-kisah cinta di dalam al quran karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berbalut..Sehingga sekarang, plastik yang membaluti buku tersebut tidak lagi dibuka..

       Antara sebab lain saya deactivate akaun facebook saya adalah, saya menjadi malas untuk mengemas kini (update) blog walhal blog adalah sumber informatif yang lebih berkesan berbanding facebook..Kita boleh mengupas sesuatu isu sedalam-dalamnya di dalam blog sekaligus setiap perkara yang ingin disampaikan akan lebih difahami.

         Matlamat asal saya untuk membuka akaun facebook tercapai iaitu untuk mencari kawan-kawan yang terpisah namun ia dicemari dengan pelbagai gossip liar dan pelbagai kuiz-kuiz lucah yang tidak sepatutnya dijawab...Sebagai contoh, kadang-kadang ada di kalangan kita sengaja memuat naik (upload) gambar-gambar yang mencetuskan gossip seperti gambar seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tiada ikatan yang sah berlatarkan taman bunga atau shoppingcomplex. Hal ini membuatkan saya secara tidak langsung terlibat dengan ‘saham’ dosa.




Ada satu hadis Rasulullah SAW yang sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang mafhumnya Daripada kebaikan seseorang individu muslim itu,dia tinggalkan apa yang tidak bermanfaat bagi dirinya”.

Sebenarnya banyak lagi sebab-sebab saya deactivate akaun facebook saya namun saya tidak menulisnya disini atas sebab personal

     Apapun kepada rakan-rakan saya yang ingin berfacebook, ia tidak menjadi masalah kerana facebook ini umpama pisau..Jikalau pisau ini digunakan untuk melapah daging korban atau memotong sayur, ianya tidak menjadi masalah tetapi  jika pisau ini digunakan bagi mendatangkan mudharat kepada orang lain, maka ia sudah menjadi satu kesalahan..Bagi mereka yang ingin berfacebook bagi keep in touch dengan kawan-kawan,berkongsi pendapat ataupun mahu mempromosi barang-barang yang mereka jual, ia tidak menjadi masalah..Namun, bagi mereka yang  menggunakan facebook bagi mencari awek, atau buat sesuatu yang tidak baik...saya memperingatkan supaya memperbetul niat...

Marilah kita berubah kerana Allah menjadi khalifah-Nya yang lebih bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang bakal disoal di mahkamah Rabbul Jalil di padang mahsyar....

Wallahua’lam...

Friday, November 20, 2009

SeLamatKah kiTa?.......

Salam buat sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah SWT..

Amma ba’d..

Dunia globalisasi pada hari ini menyebabkan semua perkara harus dilakukan dengan cepat. Oleh itu,banyaklah kedai-kedai rangkaian makanan segera yang tumbuh untuk menjadikan masa makan menjadi singkat.Bercakap mengenai makanan, kita umat islam harus peka dengan sebarang benda yang hendak disumbatkan kedalam perut kerana jika perkara haram tumbuh menjadi darah daging kita maka neraka terlebih layak buat kita..Umat islam adalah umat yang hidupnya sistematik kerana adanya perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan (dos and donts). Bercakap soal makan,sudahkah anda memeriksa ramuan(ingredients) makanan anda..Hari ini umat islam diserang dari segenap pelusuk..Hakikatnya musuh-musuh islam sedar mereka tidak mampu mengalahkan Umat Rasulullah SAW dengan senjata, maka mereka menggunakan secara halus termasuk melalui makanan. Saya ada satu list kod-kod emulsifier yang mengandungi gelatin babi.

Disini saya pamerkan kod-kodnya:



contohnya jika sahabat-sahabat sekalian membeli snack,kemudian check di bahagian ingredients
ada:E476,E471...lebih baik jangan dimakan makanan itu walaupun ada logo halal.
 
Allah berfirman:

         "Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu."<2:168>


P/S: sebenarnya kod ini telah saya perolehi pada Disember 2008 tetapi memandangkan saya ingin memastikan apa yang saya dapat ini adalah sahih, jadi saya menunggu masa yang sesuai untuk menulis tentangnya.Terpulang kepada sahabat-sahabat sama ada ingin mempercayainya ataupun tidak...
Wallahua'lam...


Wednesday, November 18, 2009

.....Ya LaitaNi KunTu TUraaba!!!


Salam buat sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian..semoga di dalam lingkungan rahmat dan inayah-Nya.

Ramai kalangan sahabat-sahabat ACT3 saya mengatakan cuti sangat membosankan dan saya tidak terlepas daripada tempias kebosanan ini. Jadi, bagi mengisi masa yang kosong ini saya banyak mengikut kemana sahaja mak saya pergi. Selepas subuh, saya akan bersiap-siap lebih kurang pada pukul 6.30 pagi untuk menghantar adik-adik saya ke sekolah..selepas itu, saya akan menjadi ‘pemandu’ mak saya ke pasar hari..Adakalanya, mak saya akan mengajak ke kuliah dhuha ataupun kuliah maghrib..Saya pun mengikut mak saya..sekurang-kurangnya terisi juga rohani ini..

Pada malam selasa yang lepas, mak saya mengajak saya untuk mendengar kuliah maghrib di sebuah taman perumahan..Memandangkan malam tersebut saya tidak ada apa-apa yang hendak di buat,saya hanya mengikut ajakan mak saya..lagipun, ustaz yang memberi ceramah adalah ustaz yang agak terkenal di Pulau Pinang ini,Ustaz Abdullah Khairi bin Abdul Rahman.Ustaz ini merupakan penceramah bulanan di surau tersebut..Semua orang tahu stail ustaz ini berceramah,yakni dengan di bantu laptop,LCD projektor, dan skrin putih.

Pada malam tersebut,ustaz membincangkan tentang kehidupan dunia yang singkat dan saat-saat sakaratul maut..Video pada malam tersebut yang ditayangkan adalah sesuatu perkara yang saya hendak rencanakan....

Video ini berdurasi selama lebih kurang 43 minit dan dibuat di sebuah negara arab..Video ini sebenarnya dibuat berdasarkan sebuah kitab (maaf,saya lupa nama kitab tersebut) yang dikarang oleh seorang ulama’..ustaz abdullah khairi mengatakan bahawa manusia ni kalau kita bercakap dan terus bercakap tentang kematian,manusia tidak akan takut.kalau takut pon, sekejap sangat..jadi, orang arab ini dia buat video untuk menggambarkan bagaimana seksanya sakaratul maut bagi mereka yang hidup di dunia tidak melakukan perintah Allah al-Malik..

Video ini di mulakan dengan:

Ada seorang pemuda namanya Hassan tinggal bersama ayahnya..digambarkan bahawa ayah Hassan ini seorang yang sangat soleh, sentiasa membaca quran, sembahyang tepat pada waktunya, dan sentiasa menasihati anaknya,Hassan.Hassan ini pula merupakan anak yang lalai dengan duniawi,sentiasa berhibur dan tidak mendengar arahan ayahnya..Pada suatu malam, Hassan memanggil rakan-rakannya datang kerumahnya untuk berhibur.Diceritakan lagi selepas itu, masuklah waktu isya’.Ayah Hassan menyuruh dia dan sahabat-sahabatnya sembahyang namun hanya sahabat-sahabatnya bangun untuk menunaikan sembahyang sedangkan Hassan langsung tidak berganjak daripada tempat duduknya..melihat keadaan itu, ayahnya lantas menasihati Hassan dan lebih biadap lagi Hassan ini dia bangun dan duduk di atas sofa sambil mula memasang MP3 lalu disumbatkan headphone ke lubang telinganya..dia mendengar mp3 tersebut sampai tertidur tanpa mengerjakan solat isya’..Tetapi Allah telah merencanakan bahawa pada malam tersebut Hassan akan meninggalkan dunia yang fana ini..digambarkan lagi pada malam tersebut,tepat pukul 3.30 pagi, datanglah malaikat maut ke kampung Hassan dan mencari rumahnya..tepat pukul 3.30 pagi pada saat 37 malaikat maut datang dalam keadaan yang sangat menggerunkan memanggil namanya..Hassan!Hassan!Hassan dengan suara yang besar dan parau..Digambarkan malaikat datang dengan muka yang hitam melegam,tubuhnya besar,membawa rantai besi dan menyeru nama orang yang berdosa dengan suara yang kalau didengari oleh semua orang,nescaya pengsanlah mereka..

Hassan yang tertidur itu terjaga dan sangat terkejut dengan lembaga hitam yang sudah berada disisinya dan menunjukkan kepada dia segala amalan-amalan yang telah dilakukannya selama dia hidup sedari lahir hinggalah ke saat itu(waktu nyawanya dicabut)..Digambarkan juga malaikat datang sambil mengingatkan Hassan tentang perjanjian antara dia dengan Allah bahawa seseorang manusia itu apabila tiba masanya,maka tidak dilambatkan atau dipercepatkan walau sesaat. Kemudian malaikat merentap roh hassan dengan dahsyat sehinggakan kelihatan mukanya ketika itu cukup seksa..


Keesokan paginya,setelah berkali-kali ayahnya mengejutkan Hassan untuk solat subuh,namun Hassan tak bergerak lagi dan tahulah ayahnya hassan tidak bernyawa lagi..digambarkan juga roh Hassan masih berkeliaran di sekitar rumah juga terkejut,rupa-rupanya dia tidak boleh lagi masuk ke dalam jasad tuannya. Kemudian waktu hendak dimandikan, jasad Hassan merasakan seolah-olah dia dimandikan dengan air panas walaupun dia dimandikan dengan air sejuk..Tradisi orang arab,hanya seorang sahaja memandikan jenazah sambil si tukang mandi menyebut”ampunkan dosa-dosa dia! ampunkan dosa-dosa dia!”(dalam bahasa arab)..semasa dimandikan, roh Hassan yang berkeliaran tadi terdengar seolah-olah ada suara yang memanggilnya.roh tersebut mencari suara tersebut dan sekali lagi roh tersebut terkejut kerana suara itu datang dari sebalik pintu..orang ramai yang menguruskan jenazah Hassan langsung tidak mendengar suara tersebut..rupanya suara itu merupakan suatu makhluk yang amat hodoh mukanya lagi hitam keseluruhan tubuhnya dan merah matanya..rupanya makhluk tersebut merupakan jelmaan amalan-amalan buruk Hassan ketika di dunia..suara itu mengatakan “aku kawanmu” sedangkan roh Hassan langsung tidak mengenali makhluk tersebut..

Kemudian tibalah saat jenazah Hassan hendak dikuburkan.Ketika jenazah hassan sedang diusung,roh Hassan mengikut mereka yang mengusung jasadnya sambil berkata “aduh celakanya aku,kemana kamu nak bawa aku pergi”(dalam bahasa arab).Rohnya juga melihat seolah-olah orang ramai sebenarnya mengusung anjing kurap yang terjelir lidahnya bukan jasad Hassan..setibanya di kubur, apabila dibuka lubang kubur,yang keluar daripada lubang tersebut adalah api yang menyala-nyala..maka berkatalah roh hassan”Ya laitani kuntu turaaba! Ya laitani kuntu turaaba! Ya laitani kuntu turaaba”<78:40> tetapi amalan buruk Hassan tadi datang kepada Hassan dan merentap rohnya masuk bersama-sama jasadnya kedalam lubang kubur yang pada hakikatnya salah satu daripada lubang neraka bagi orang yang lalai daripada suruhan Rabbul Jalil...

*******************************************************

Demikianlah video yang saya saksikan pada malam tersebut sambil diterangkan oleh ustaz abdullah khairi kerana video itu dalam bahasa arab..Video ini benar-benar menginsafkan saya.Pada malam tersebut saya tidur dengan tidak menutup lampu kerana terlalu takut..jantung saya pada malam tersebut juga berdegup kencang apabila saya cuba membayangkan....

Kalaulah malam itu giliran saya pula...

“dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”<7:34>


*untuk mengetahui apakah maksud tajuk kali ini,bolehlah rujuk surah an-naba' surah yang ke 78 dan ayat ke 40(terakhir).

P/S:sesiapa yang pernah tengok atau ada video tersebut bolehlah berikan kepada saya..