Salam
jumaat kepada semua sahabat. Semoga hari yang mulia ini diisi dengan
memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW dan membaca surah al kahfi.
Amma
ba’d.
Manusia
adalah makhluq sosial yang mustahil untuk hidup bersendirian. Kita perlukan
teman sekeliling untuk kita berinteraksi dengannya. Kewujudan kita di muka bumi
begitu kompleks kerana dianugerahi oleh Allah dengan aqal dan perasaan. Jadi perlunya
manusia kepada teman atau sahabat untuk mengharmonikan sinergi di antara kita.
Kawan
ada pelbagai ragam. Ada yang datang dalam kehidupan kita untuk menguji kita. Ada
yang hadir mereka membuahkan bahagia. Ada yang muncul menimbulkan keserabutan
dalam hidup kita. Sebelum kita menuding jari tentang fiil kawan-kawan kita,
mari kita bermuhasabah tentang diri kita. Adakah kewujudan kita dalam kehidupan
rakan kita menyenangkan mereka atau menyusahkan mereka. adakah hadirnya kita
dalam hidup mereka meringankan beban atau menambah derita?
Kawan
yang baik bukanlah kawan yang membenarkan segala kata-kata dan tindakan
sahabatnya tetapi kawan yang baik adalah mereka yang berkata benar kepada
sahabatnya. Kadang-kadang kita berada dalam dilemma di antara menjaga hati
kawan atau menyatakan kebenaran. Usahkan ragu untuk menyatakan kebenaran dan
menegur sesuatu yang kita lihat kurang elok dari segi agama dan norma
masyarakat yang ada pada sahabat kita.
Kenangan winter 2012.
Allah
SWT berfirman:
“Pada
hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada
setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan
taqwa (iman dan amal soleh).” (Az Zukhruf 43:67)
Pesanan
buat diri saya dan sahabat semua, bersahabatlah atas dasar taqwa. Sesunguhnya sebaik-baik
bekalan menuju akhirat adalah bertaqwa kepada Allah.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment