1)Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.
2)Hai anakku, janganlah engkau terus menelan sesuatu makanan kerana manisnya, dan janganlah engkau terus memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.
3)Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bila mana dalam kemarahan itu, dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau, maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.
4)Perbaikilah tutur katamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu kerana engkau akan disukai oleh orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.
5)Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu, dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.
6)Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu dan nafkahkanlah selebihnya untuk akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak dirimu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya, jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis airnya, kerana semua itu bertemankan orang yang bodoh dan bermuka dua, kerana akan membahayakan dirimu. Yang engkau pakai dan makan itu adalah tanah belaka. Dan janganlah engkau bertemankan orang yang bodoh dan bermuka dua, kerana ianya membahayakan dirimu.
7)Hai anakku, apabila engkau berteman, jadilah engkau orang yang tidak mengharapkan sesuatu darinya. Namun, biarlah dia mengharapkan sesuatu darimu.
8)Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai seseorang yang tidak berhajatkan pujian atau menagih sanjungan orang lain, kerana penguasaan riya’ akan menyebabkan dirimu beroleh kecelakaan.
9)Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina, melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata mata.
10)Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata busuk, kotor, dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu mendatangkan manfaat kepada orang lain.
11)Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul, dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih mengumpulnya.
12)Janganlah engkau makan atau minum berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu dan alangkah baiknya makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13)Barangsiapa penyanyang sudah tentu akan disayangi, sesiapa yang berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun dan barangsiapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata perkara kotor, sudah pasti akan menyesal.
14)Hai anakku, bergaullah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana akan sejuk hatimu mendengarkan nasihatnya. Akan hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah dari kata alim ulama bagai tanah yang subur disirami air hujan.
15)Hai anakku, bila engkau menghadapi dua pilihan, menjenguk orang mati atau menghadiri majlis perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih untuk menjeguk orang mati kerana menjenguk orang mati akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kesenangan dunia.
16)Makanlah makananmu bersama-sama orang yang taqwa dan bermusyawarahlah segala urusan mu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.
17)Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah SWT.
18)Hai anakku, seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.
19)Jauhilah dirimu daripada berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan hina di malam hari.
20)Selalulah berharap kepada Allah agar menjauhkan kamu daripada sesuatu yang menyebabkan kamu mnederhaka kepadanya. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar ketakutan, tentulah engkau akan terlepas daripada sifat putus asa daripada rahmat Allah SWT.
21)Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat tetapi adalah yang lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran yang jahat.
22)Hai anakku, janganlah sesekali engkau mengutuskan utusan melalui orang yang bdoh dan jahat. Apabila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sahajalah yang menjadi utusan.
23)Jauhilah sejauh-jauhnya sifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali dilakukan bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta itu dilakukan, akibatnya dan bahayanya amat besar.
24)Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawaddhuk kepada Allah. Dia akan ebih dekat kepada Allah dan menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.
25)Hai anakku, seorang pendusta itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah memindahkan batu besar itu adalah lebih mudah daripada memberi pengertian daripada orang yang tidak mahu mengerti.
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."(Luqman:13)
All those pictures were taken from Amirah Azhar photo album with permission.
2 comments:
saya minta izin nak rujuk nasihat2 ni untuk pembuatan bookmark untuk adik2 program motivasi. mesti boleh kan saudara empunya blog? :)
kalau rasa bermanfaat,silakan..:)
Post a Comment