Wednesday, June 15, 2011

Hai Makhluk! Jangan Kau Lupa...

Salam buat semua, semoga kita dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah.
Amma ba’d.

Allah berfirman

".... itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim." (Al baqarah:229)

Wahai sahabat, ingatlah kita menumpang di bumi Allah. Setiap hari kita sedut oksigen yang Allah beri, kita makan hasil bumi yang Allah ciptakan, dan  kita bekerja mencari rezeki atas rahmat Allah. Tiba-tiba kita tidak mahu melakukan perintah Allah. Ini mungkin tidak mengapa lagi tetapi bayangakan kita tidak mahu melakukan perintah Allah bahkan menyindir atau mempermain-mainkan pula hukum Allah. Apakah gelaran yang paling layak digelar buat makhluk sebegini. Lupa daratan, pengkhianat, ataupun waliyazubillahi minzalik digelar munafiq yang seksaan keatasnya di akhirat kelak adalah neraka yang paling bawah selama-lamanya.

Beringatlah kita hanya menumpang di muka bumi Allah. Hiduplah dengan cara orang menumpang dengan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh tuan kepada bumi ini. saya hanya sekadar mengingatkan saya dan sahabat-sahabat agar tidak terjatuh ke tahap kufur. Apa yang menyebabkan saya menulis entri ini adalah apabila terlihat karikatur di bawah ini.

Allah berfirman lagi

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al hujurat:6)

Lagi pesanan buat diri saya dan sahabat sekalian, hari ini kita terdedah dengan berita dan maklumat baik dari media massa, blog, facebook dan sebagainya. Nasihat saya, sebarang berita perlulah kita tapis agar kita tidak terjerumus ke lembah kefasiqan. Kadang-kadang kita boleh lihat ada sesetengah akhbar di Malaysia menyiarkan berita tentang tuduhan seks, berita fitnah sana sini dan berita yang tidak patut diberitakan (lihat contoh di bawah). 

Kalau kita takut terpengaruh dengan berita-berita fitnah ini, disarankan agar jangan membaca bahan-bahan bacaan tersebut. Kalau kita baca juga, cukup sekadar berita itu terhenti setakat kita (tidak disebarkan andai berita itu berbaur fitnah) kerana khuatir di akhirat kelak kita ‘sangkut’.

Secara personal setiap hari saya memang membaca akhbar online berita harian, harakah daily, dan harian metro. Jadi, melalui pembacaan akhbar arus perdana dan menentang arus perdana, kita boleh melakukan judgement tentang berita mana yang lebih reliable. Kepada orang yang menulis berita, ilmu atau maklumat pastikan  ia sahih dan tepat. Janganlah kita lupa bahawa kita hanya menumpang di muka bumi Allah.

Wallahua’lam

4 comments:

el.hiffzunnuri said...

Seriously, bored with the dirt of politikus in Malaysia but how come ? I have to read them .

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

‎"Islah nafsak wad'u ghairak" (Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain)..ini rasanya formula untuk melihat sebuah masyarakat islami.:)

Aizat Azizan said...

akhbar kat malaysia makin x sensitif ~.~ selamber je mempermainkan hukum agama.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

islam tinggal pada nama..bala bala