Saturday, June 25, 2011

Aku Seorang CEO...

Salam buat semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat dan kurniaanNya.
Amma ba’d.

Cerita CEO

Chief Executive Officer atau singkatannya CEO. Pernahkah terfikir bahawa pada suatu hari kita akan jadi CEO di salah sebuah syarikat gergasi peringkat antarabangsa? Saya hanya sekadar memikirkan bahawa saya akan jadi CEO di salah sebuah syarikat GLC di Malaysia.^__^

Katakanlah suatu masa nanti selepas grad, anda hanya bekerja sebagai office boy di salah sebuah syarikat gergasi di Malaysia yang kerja anda hari-hari adalah menghantar surat (kerja macam mat dispatch). Kemudian pada suatu hari CEO tempat anda bekerja memangggil anda ke pejabatnya.

“Mat, awak boleh ganti tempat saya sekejap tak sebab saya kena pergi kursus di London tiga bulan. Awak hanya perlu mempengerusikan meeting syarikat kita dan mencari peluang untuk memajukan syarikat kita. saya harap awak sudilah terima tawaran ini. jangan risau, gaji untuk tiga bulan ini adalah seperti yang saya dapat setiap bulan.”

Anda mahu terima atau tidak? Saya pasti menerimanya. Sebenarnya untuk entri kali ini saya ingin mengaitkan bahawa dakwah adalah tugas orang yang berkedudukan tinggi di sisi Allah. Orang yang melakukan dakwah adalah orang yang mulia dan mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah.

Saya Bangga Menjadi Umat Rasulullah SAW

Kenapa saya bangga menjadi umat Rasulullah SAW? Sudah tentu sebab hanya kita umat yang diwajibkan berdakwah. Umat-umat selain umat Rasulullah SAW tidak diwajibkan berdakwah kerana dakwah hanya dilakukan oleh Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada mereka sahaja. Tetapi kita umat Rasulullah SAW, selepas kewafatan baginda SAW, kewajipan berdakwah perlu digalas oleh umatnya. Bayangkan Islam itu sebagai syarikat gergasi antarabangsa dan Rasulullah SAW adalah CEO nya. Kita pula adalah office boy atau custodian sahaja dalam syarikat ini. Kemudian CEO kita pergi meninggalkan kita dan mewarisi kerja-kerja dakwah kepada kita. apakah itu bukan satu penghargaan kepada kita? kalau itu satu penghargaan, kenapa perlu kita takut untuk berdakwah menyatakan kebenaran. Kita telah diberi petunjuk Al Quran dan As Sunnah dalam kehidupan. Apa lagi yang perlu dikhuatirkan?

Pahala orang menyeru ke jalan Allah sangat tinggi. Jangan risau andai orang menolak seruan kita kerana sesungguhnya Allah tidak memandang kepada hasil dakwah kita tetapi Allah memandang kepada usaha kita dalam melakukan dakwah. Tetapi harus diingat bahawa usaha yang kita lakukan haruslah selari dengan manhaj nubuwwah. Allah berfirman:

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (Al Qasas:56)

Teruskan usaha kita demi melihat sebuah masyarakat islami seperti yang pernah Rasulullah SAW hasilkan. Sekarang pertanyaan saya, tidak mahukah jadi pengganti CEO kita?
Wallahua’lam.

P/S: gaji CEO petronas sebulan adalah RM 800 000, gaji CEO Syabas (syarikat bekalan air Selangor) adalah RM 5 100 000 setahun bersamaan RM 425 000 sebulan. Gaji custodian di RIT adalah +- 300 USD sebulan.hehe

3 comments:

abid™ said...

great analogy!! *thumbs up*

el.hiffzunnuri said...

mak ai,banyak nya gaji..

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

to wahid:just crossed in my mind..:)
to el hiffzunnuri: tu la pasal..untuk sorang je..entahla..bala bala