Monday, June 27, 2011

Ceritera Jun..

Salam buat semua.harap-harap kita semua sihat dan diredhai Allah
Amma ba’d.

Entri ini dipublishkan apabila tidak ada aktiviti yang boleh dilakukan dek kerana ramai kawan-kawan kat RIT ni dah balik Malaysia.  Cadangnya nak pergi strawberry picking sekitar Monroe County ini tetapi dek kerana lab report yang boleh membuatkan saya berasa nausea, maka hanya menanti apple picking pada awal September ini sahaja. Cerita Jun saya bermula selepas baliknya kami dari Wisconsin bulan lepas.

Aktiviti Pertama-Tadabbur Alam di Ontario Beach

Alhamdulillah saya sangat suka berdamping dengan alam kerana ia mendamaikan hati dan menenangkan fikiran. Allah berfirman:

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar Ra’d:28)

Selangkah kita mendekati alam, kita akan dapat melihat kebesaran Allah yang menciptakan pohon menghijau, angin membayu, burung berkicauan dan ombak menghempas pantai. Kombinasi kesemua ini, sungguh menenangkan jiwa. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 30 minit. 

Jom kita tengok gambar-gambar dibawah.




Hati yang ingin dibasahi







main frisbee





main futsal

main Volley-kami kan juara di US..hehe











Izzat Comel







Aktiviti Kedua- Berlibur di Darien lake
Darien Lake ini merupakan water & ride theme park. Tiket bagi seorang individu adalah 36.99 USD tapi bagi kumpulan yang melebihi 15 orang, seorang hanya perlu membayar 15.99 USD sahaja dan ia sangat berbaloi memandangkan kita boleh main air dan naik semua ride. Kedudukannya terletak di dalam kampung menyebabkan perjalanan ke sana sangat mudah. Ia mengambil masa lebih kurang 45 minit dari rumah saya.
Peringatan sebelum pergi ke Darien Lake.
Malam sebelum kami bertolak ke sana, telah diadakan usrah di rumah saya (setiap malam jumaat,selepas maghrib.jangan ponteng ye). Dalam usrah hari tu, kami diperingatkan untuk mengaplikasikan ayat ke 30 dari surah An Nur. Ia berbunyi
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (An Nur:30)
Jom kita tengok gambar-gambar di bawah.
warm up dulu









the predator








ferris wheel



motocoaster





viper


the mind eraser





boomerang






Insya Allah ceritera Julai saya bermula dengan Summer Training Camp US 2011 yang akan diadakan di Hickory State Run Park pada 1 hingga 4 Julai ini. Perjalanan ke sana memakan masa selama 4 jam setengah walaupun New York ini berjiran dengan Pennsylvania.
Seeru a’la barakatillah..

4 comments:

abid™ said...

ingatkan durian td.slamat berSTC! :)

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

haha..darien lake..name pun macam durian..selamat juga kat malaysia..selamat JOM,selamat WOW, selamat REMPIT, dan selamat BERSIH..:)

Akmar Nabila Ramli said...

tak pernah imagine US dengan pantai, what a very nice place. nice shot :) alam juga satu hiburan. subhanallah ^^

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

oh name je pantai,sebenarnya ontario ni tasik kedua terbesar yang separatekan canada n US..yup i agree, alam can entertain us better than human can..maharaja lawak pun buat lawak kadang2 menyakitkan hati but nature never fails to entertain me..:)