Salam buat semua, apa khabar kalian semua?bagaimana cuti? Saya rasa serik menghabiskan summer di US. Apa-apa pun inilah pengalaman yang merupakan tarbiyah daripada Allah buat hamba-hambaNya. Pengalaman di rantau orang merupakan satu anugerah Allah buat saya.
Amma ba’d.
Tadarruj.pernahkah kalian dengar perkataan ini?bunyinya seakan-akan tabarruj yang bermaksud berhias berlebih-lebihan bagi perempuan. Tadarruj ini bermaksud proses pembaik pulihan secara beransur-ansur.
Dalam kita ingin membawa tarbiyah dan mewujudkan biah solehah di suatu tempat yang asing dengan dua perkara tersebut, kita tidak boleh melakukannya secara drastik. Tadarruj ini lebih utama daripada melakukan perubahan secara drastik.
Tidak dapat dinafikan bahawa ada orang yang mampu melakukan perubahan kearah kebaikan secara drastik. Orang begini sebenarnya mempunyai hammasah (kesungguhan dan tekad) yang begitu jitu untuk melakukan perubahan. Saidina Umar Abdul Aziz radhiallahu anh berkata kepada anaknya:
“Jangan tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak di dalam al-Quran dua kali, dan mengharamkannya di kali yang ketiga, dan aku bimbang kiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara sekaligus (drastik) , maka mereka meninggalkannya juga sekaligus, maka berlakulah fitnah.”
Untuk memahami lebih lanjut tentang tadarruj ini sila ke laman ini.
Mudah-mudahan kita tidak mudah melatah atau gopoh dalam menghukum sesuatu perkara.
Wallahua’lam
6 comments:
lagu best, post best.
:)
thanks 4 sharing
br tahu.
thanks nisah for visiting..lame tak update blog nisah,nak tau jugak perkembangan di ohio..:)
embun hidayah!! :D
baru tau pasal tadarruj ni.thanks for sharing.ingatkn lebih kurg dengan tabarruj
sedap n mendalam maksud lagu ni wahid..thanks for sharing kat fb hari tu..tu la,nama nak dekat same je..btw, selamat bercuti di Malaysia..:)
saya baru tahu ttg istilah tadarruj ni ustaz. thanks for sharing.
Thanks again untuk nota sebelum ni. Thanks. Thanks. Post la bebanyak lagi. selamat menikmati summer di sana ^^
terima kasih ustazah akmar..erk,ustaz?awkward sangat.saye tak layak digelar ustaz..^^
Post a Comment