Friday, June 3, 2011

Paradigma Kita...

Salam buat semua, semoga Allah membimbing kita kearah jalan yan diredhaiNya.
Amma ba’d.

Alhamdulillah setelah tujuh hari roadtrip, sedar tidak sedar cuti summer berbaki lagi tiga hari. Insya Allah,minggu depan saya akan memulakan kelas summer. Ramai sahabat-sahabat saya bertanya sama ada saya balik ke Malaysia atau tidak; jawapannnya TIDAK. Tahun ini akan saya akan gunakan untuk jalan-jalan dan sertai program di US summer ini. antara program dan aktiviti menarik ialah Summer Training Camp di Hickory State Run Park yang saya terlibat sebagai AJK pengankutan dan logistik, Berries picking, Picnic di Ontario Beach dan insya Allah akan beraya di Kedutaan Malaysia di Washington DC tahun ini. Semoga segala perancangan yang baik ini diredhai dan diberkati Allah.
Tasik Belakang ICR

Ontario Beach
Entri kali ini bukanlah untuk bercakap tentang Summer saya di US tetapi tentang paradigma kita terhadap orang lain. Paradigma atau perspektif merujuk kepada cara kita memandang orang lain baik dari segi pemikiran dan tingkah lakunya.

“Eleh, ustazah tu nak nasihat orang konon.anak sendiri pun teruk jugak.”

“mamat tu bajet bagusla.ingat dia budak sekolah agama,dia hebat la”

“Pakai tudung labuh konon alim la.”

Pernah terdengar kenyataan-kenyataan ini? Ya,sudah pasti kita pernah mendengarnya dan yang lebih teruk jika kita sendiri yang melafaznya. Saya ada satu soalan, siapakah yang ma’sum sepanjang sejarah yang kita ketahui? Tidak lain tidak bukan hanyalah Rasulullah SAW sahaja yang terhindar daripada segala dosa. Ya, kita semua insan berdosa. Habis, kenapa kita perlu condemn orang ni jahat, orang itu bajet baik, dia poyo, dan sebagainya?

Kadang-kadang kita tidak boleh menerima nasihat seseorang disebabkan mungkin kita ini higly educated person dan orang yang menasihati itu hanya lepasan SPM. Inilah penyakit hati yang dikenali sebagai takabbur dan ego yang berlebihan. Ingat! Kerana takabbur dan merasakan mulia, iblis diusir dari syurga. Ya, kita manusia sering melakukan dosa dan maksiat kepada Allah tetapi bukankah Allah al Ghafur meyediakan ruang taubat buat kita? sebagai contoh,ada orang tidak boleh menerima hakikat kehadiran bekas penagih dadah dalam komunitinya. Bekas penagih tersebut sentiasa dicaci,dipandang sinis, dan ditohmah dengan pelbagai pandangan negatif sedangkan dia telah bertaubat dan telah tinggalkan dunia gelapnya. Mulia sangatkah kita?

“Setiap anak adam pasti pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang-orang yang bertaubat” (HR.Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Anas)

Allah mengasihi  orang yang bertaubat atas dosa-dosanya, kenapa kita pula sibuk mencanangkan kepada orang lain bahawa si fulan itu jahat, si fulan itu dan ini?

Mungkin entri kali ini agak keliru tetapi point yang ingin saya sampaikan, jika kita ditegur kearah kebaikan oleh seseorang yang mungkin kurang (kurang serba serbi seperti akademik,kepandaian, harta dan sebagainya) daripada kita, terimalah nasihat dan teguran itu dan berlapang dadalah.

Kata-kata saidina Ali Karamallahu wajhah “Lihatlah pada apa yang diperkatakan,janganlah melihat kepada siapa yang mengatakannya.”

Point yang kedua, jangan kita ungkit dosa dan kesalahan silam seseorang kerana kita juga berdosa dan Allah telah menutup dosa kita daripada pengetahuan orag ramai.

Akhir kalam, ubahlah paradigma kita selaku mu’min dan muslim.
Wallahua’lam.

2 comments:

siputsedut said...

all the best for summer classes..nice entry..amek kelas apa summer ni?

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

you too..amik chem sep,chem sep lab n biochem confo..