Assalamualaikum, video ini memang ada sangkut paut dengan politik Malaysia memandangkan penceramahnya adalah Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan ketua penerangan PAS pusat. Abaikan sudut politik bagi sesiapa yang tidak berminat dengan situasi politik negara. Apa yang menarik dalam video ini adalah Ustaz Tuan Ibrahim menyatakan implikasi kita melakukan fitnah. Antaranya, jika kita menuduh seorang itu berzina, meliwat dan sebagainya, kita hendaklah membawa saksi bagi tuduhan kita itu. Andai kita tidak membawa saksi, kita hendaklah disebat sebanyak 80 sebatan. implikasi fitnah ini juga menjatuhkan hak kesaksian seorang wali dalam erti kata lain seorang bapa yang melakukan fitnah tidak boleh menjadi saksi perkahwinan anaknya. Jika pasangan itu berkahwin, perkahwinan itu tidak sah walaupun ada walimahnya. Implikasi perkahwinan tidak sah, hubungan intim suami isteri sehingga melahirkan zuriat, taraf bayi yang lahir itu adalah anak zina. maafkan saya andai tersilap, bolehlah menonton video ini untuk kefahaman lebih lanjut. Pokok pangkalnya jauhi budaya fitnah memfitnah kerana ia merosakkan hubungan silaturrahim dalam sesuatu masyarakat. Nabi bersabda "sesungguhnya fitnah itu tidur, Allah melaknat barangsiapa yang mengejutkan (menyebarkan atau membuat) fitnah dari tidurnya" (maksud hadis)
wallahua'lam..
2 comments:
saya tumpang dengar, xreti nak komen. ehem (:
semoga kite dilindungi dari budaya fitnah memfitnah..takut betul bende2 macam ni..ya Allah lindungilah kami dari budaya fitnah memfitnah..
Post a Comment