Salam
kepada sahabat semua. Semoga Allah menganugerahkan kepada kita rezeki yang
bersih dan halal.
Amma
ba’d.
Saya
mendengar lagu ini di radio Kedah fm semasa memandu pada mulanya. Mula-mula dengar
saya rasa liriknya menceritakan tentang diri si penyanyi ini sendiri. Jadi bila
balik ke rumah saya cari lagu ini di youtube. Rupanya memang sudah ramai
berkongsi lagu ini di FB.
Penyanyi
cilik ini namanya Tegar dan berasal dari Subang, Jawa Barat. Pada asalnya, dia
hanyalah seorang pengemis (pengamen) di kota Subang. Sambil mengemis, dia akan
bermain ukulele (gitar kecil). Satu hari, ketika sedang mengemis dan bermain
ukulele, seorang awam lalu di situ dan merakam Tegar yang sedang menyanyi, lalu
di muat naik ke laman youtube. Ternyata, bakat anak cilik itu sangat bagus,
lalu dia dipanggil oleh sebuah sayrikat rakaman. Sejak itu, kehidupannya
berubah mendadak. Dia sudah mempunyai kewangan, rumah, dan banyak perkara lagi
yang dia inginkan dalam kehidupan. Untuk mengetahui kisah Tegar lebih lanjut,
boleh menonton video di bawah ini.
Saya
cuba memikirkan bahawa hakikat rezeki kita sememangnya dijamin Allah. Mungkin
suatu masa dahulu, orang memandang kita hina, tiada class dan lekeh tetapi masa hadapan sesungguhnya milik Allah. Dia
boleh memberi nikmat kesenangan dari arah yang paling tidak kita sangka.
Keseluruhan khazanah alam ini di bawah kekuasaan Allah. Maka tidak sepatutnya
bagi orang-orang mukmin itu bimbang akan nasib dan rezekinya. Kuncinya Iman,
berusaha, berdoa dan bertawakkal.
Mungkin
kita juga pernah berada dalam dead-lock
situation yang mana kita tidak nampak lagi jalan keluar. Maka tunduklah
kita kepada Allah sambil mengadu:
“Ya
Allah, kasihanilah diriku ini”
Kita
akan dapati keajaiban akan berlaku. Allah akan membawa kita keluar daripada
kesusahan yang kita hadapi. Tetapkan hati mengikhlaskan diri hanya kepada
Allah, Sesungguhnya Allah sesekali tidak akan mensia-siakan kita. Allah
berfirman:
“Dan
tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah
jualah yang menjamin rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia
disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada
malaikat-malaikat yang berkenaan)” (Hud 11:6)
Percayalah
dan pasakkanlah keimanan, selagi mana kebergantungan kita mutlak kepada Allah,
sekali-kali kita tidak akan dibiarkan.
“Ya
Allah, aku memohon kepadaMu agar dikurniakan kebaikan kepada diriku serta
orang-orang yang aku sayangi. Terimalah permintaanku.”
No comments:
Post a Comment