Monday, August 12, 2013

Bersyukur...

Salam kepada sahabat semua. Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan rahmatNya dalam hidup kita. Amma ba’d.

Bersyukur. Tajuk yang agak klise. Mudah melafazkan perkataan syukur namun hakikat menjiwai makna syukur kadangkala kurang ditekankan dalam kehidupan insan. Bila kita bersyukur? Kadang-kadang kita hanya bersyukur kepada perkara-perkara yang kita minta dan kita dapat sahaja. Sebagai contoh, kita meminta dan berdoa supaya dapat beli kereta baru. Apabila Allah memakbulkan doa kita, baru kita hendak bersyukur. Banyak perkara yang tanpa kita tetapi Allah tetap memberinya. Contohnya nikmat kesihatan, keluarga yang baik, kawan-kawan yang baik, hati yang tenteram, jiwa yang tenang, makanan yang sedap. Kita jarang mensyukuri perkara yang setiap hari kita perolehi.

Kadang-kadang musibah juga merupakan nikmat yang tertangguh. Semuanya dalam rahsia Allah. Kata orang putih, A blessing in disguise. Mungkin kita minta supaya Allah memberi kecemerlangan dalam peperiksaan yang awal, namun Allah tangguhkan kejayaan kepada peperiksaan yang kedua. Mungkin kita minta dijodohkan dengan si A, namun Allah dengan sifat maha mengetahuiNya menganugerahkan kita si B dan ternyata yang kemudian itu lebih baik malahan terbaik yang kita dapat. The latter the better.

Manifestasi syukur itu adalah dengan kita kembali menyerahkan diri kepada Allah. Dengan penuh keinsafan kita perlu menyedari bahawa diri kita lemah dan terbatas penetahuan kita.


Marilah menjadi hamba yang bersyukur…J

No comments: