Salam
kepada sahabat yang dikasihi kerana Allah. Semoga kita semua terpelihara
daripada pelbagai bentuk fitnah akhir zaman.
Amma
ba’d.
Tahniah
saya ucapkan kepada sahabat yang telah selamat membina baitul muslim. Semoga
ianya berkekalan sehingga ke syurga. Semoga Allah merahmati kalian. Ujian
selepas berumah tangga sememangnya berat. Namun jangan lupa untuk memohon
kepada Allah, agar menjauhkan kita dari krisis rumah tangga yang meruncing. Jika
rumah tangga yang dibina kerana ingin mencari redha Allah dan berusaha ke
arahnya, yakinlah bahawa Allah akan mempermudahkan urusan kalian.
Lanjut
berbicara mengenai topik alam rumah tangga ini, ada satu kes minggu lepas di
mana suami memukul isteri di dalam lif dan di hadapan anak-anak yang berusia
empat dan lima tahun (klik di sini). Saya lihat di laman sosial ramai mencerca
dan menohmah lelaki ini dengan melabel sebagai dayus. Saya juga memandang perbuatan
lelaki itu keterlaluan dan ia tidak sepatutnya berlaku. Namun untuk terus
menerus mencerca lelaki tersebut saya tidak rasakan perlu kerana kita tidak
tahu perkara yang sebenar-benarnya berlaku. Malaysia Kini melaporkan,mengikut statistic
yang di keluarkan JAKIM, didapati purata tiga perceraian yang berlaku dalam tempoh
sejam (klik di sini). Kadang-kadang sebab perceraian adalah disebabkan perkara
yang sangat remeh. Isteri terlupa siapkan makanan, minuman kurang manis, dan
sebagainya. Namun ada juga kes yang berlaku disebabkan suami atau isteri
melayan orang lain di media sosial, menceritakan masalah rumah tangga kepada
teman berlainan jantina di tempat kerja dan Kurangnya bertolak ansur dalam
rumah tangga. Saya nampak dua faktor penyebab berlakunya jenayah dan krisis
dalam rumah tangga.
Pertama,
semestinya kurangnya pendidikan dan penghayatan agama dalam melayari bahtera
rumah tangga. Penghayatan Islam adalah teras dalam mewujudkan sakinah dalam
rumah tangga.Mencontohi Rasulullah SAW dalam setiap tindakan adalah jaminan
untuk mengecapi kebahagiaan berumah tangga insha Allah. Saya tidak mahu komen
lebih dalam bab penghayatan Islam.
Kedua,
faktor inilah yang saya akan bincangkan dengan lebih mendalam. Berapa ramai
daripada kita bila terbaca mengenai krisis rumah tangga, dapat
menghubungkaitkannya dengan keadaan ekonomi negara atau kedudukan kewangan
keluarga terbabit? Saya membaca laporan oleh United Nation Offices on Drug and Crime (UNODC) mengenai hubung
kait krisis ekonomi dan peningkatan kadar jenayah di 15 buah negara. Ini adalah dapatan utama
daripada kajian yang dilakukan:
-Whether in times of economic crisis or
non-crisis, economic factors may play an important role in the evolution of
crime trends. Out of fifteen countries examined in total, a statistical model identified
an economic predictor for at least one crime type in twelve countries,
suggesting some overall association between economic changes and crime in these
countries.
-Of the fifteen countries included in the
analysis, visualization of data suggests that eleven countries showed
significant changes in economic indicators during the period 2008/2009 that may
tentatively be termed economic ‘crises. Both visual inspection of data series
and statistical modeling suggest that in eight of these eleven ‘crisis’ countries,
changes in economic factors were associated with changes in crime, leading to
identifiable increases in at least one crime type during the period of crisis.
-Violent property crime types such as
robbery appeared most affected during times of crisis, with up to two-fold
increases in some contexts during a period of economic stress. However, in some
contexts, increases in homicide and motor vehicle theft were also observed. In
no case where it was difficult to discern an increase in crime in response to
crime was any decrease in crime observed. The available data do not therefore
support a hypothesis that economic crisis can lead to crime downturns.
-Where an association between one or more
economic variables is identified by statistical modeling, the model frequently
indicates a lag time between changes in the economic variable and resultant
impact on crime levels. The average lag time in the contexts examined was around
four and half months.
-Statistical modeling
at the national and city level proved useful for the generation of forecasts in
crime trends up to around 3 months in advance, using information from the
previous crime trend and changes in economic variables. The accuracy of forecasts
in many cases was suitable for use in practice.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa jika berlaku
krisis ekonomi, jenayah pasti meningkat. Berbalik kepada situasi di Malaysia,
krisis rumah tangga berlaku disebabkan juga ketidak stabilan ekonomi dalam
rumah tangga tersebut. Kemungkinan juga berlaku disebabkan ketidak cekapan
pengurusan kewangan dalam rumah tangga tersebut. Namun jangan kita lupa situasi
semasa di Malaysia sememangnya tidak begitu kondusif. Saban hari, ada sahaja
barang asasi yang meningkat. Ia melibatkan keperluan asas seperti minyak masak,
gula, sayur-sayuran, petrol serta pelbagai kenaikan tariff utility (air,
eletktrik, telefon dan internet). Harga rumah juga melambung tinggi walhal
rumah adalah perkara asas dalam kehidupan manusia sebagai tempat berlindung. Kereta
pula yang merupakan satu keperluan bagi tujuan mobilisasi terutama bagi yang
tinggal selain di Kuala Lumpur (yang tiada pilihan menggunakan pengangkutan
awam yang efisien seperti LRT dan Monorail), juga dibebankan dengan pelbagai
cukai dan eksais.
Ditambah pula dengan gaji rakyat marhaen yang kebanyakkannya
cukup makan, terpaksa berhempas pulas demi memastikan keperluan isteri dan
anak-anak terjamin. Dalam konteks kekeluargaan, hal ini menyebabkan stress dalam
kalangan suami kerana mereka ini adalah bread
winner dalam sesebuah keluarga. Jadi apabila stress melanda, mangsa keadaan
bagi masalah ini adalah isteri dan anak-anak. Jadi saya menyokong hasil dapatan
ini bahawa, krisis ekonomi akan menyebabkan berlakunya jenayah.
Inilah perkara yang mesti diambil perhatian serius
oleh kerajaan yang memerintah. Mereka mesti merangka plan bagaimana membantu
rakyat dengan menyediakan peluang pekerjaan yang baik dengan gaji yang setimpal
serta tempat kerja yang kondusif. Di samping itu, mereka mesti memastikan
bahawa barang-barang asas, rumah serta harga kenderaan sentiasa mampu dimiliki
oleh segenap lapisan rakyat. Perkara ini sangat penting sekurang-kurangnya bagi
saya, untuk memastikan kelestarian keharmonian institusi rumah tangga.
Berlakunya krisis rumah tangga akan menyebabkan pelbagai lagi gejala sosial
bercambah terutama dalam kalangan remaja. Semoga krisis institusi rumah tangga
yang berlaku di Malaysia dipadang serius oleh pihak-pihak berkuasa.
Wallahualam.
Nota
Kaki: Namun sebagai orang beriman, saya percaya kepada janji Allah. Jika kita
bertaqwa kepadaNya serta berusaha, Dia akan hadirkan kepada kita rezeki dari
sumber yang tidak disangka-sangka. Sudah banyak kisah yang dilihat daripada
pengalaman sahabat-sahabat. Percaya dan yakinlah.
No comments:
Post a Comment