Monday, September 9, 2013

Coretan Buat Bakal Suami...

“Abang, lepas subuh tadi darah sayang dah kering. Baru tiga hari. So, sayang sembahyang zohor dan asar. Tup tup, before maghrib darah keluar balik. Darah yang keluar tu darah ape eh? Haid ke istihadhah? Then,  sembahyang zohor dan asar tu haram ke macam mane?” Soal si isteri kebuntuan.

“Ala, bab ni hal orang perempuan, mane la abang nak tahu. Senang-senang, sayang google je. Semua ade kat dalam Internet tu” Jawab si suami acuh tak acuh.

Jelas! Saya tidak pernah lagi mengalami situasi sebegini. If you know what I mean..:P

Fiqh wanita merupakan urusan yang rumit yang bukan hanya perlu difahami oleh kaum hawa tetapi wajib diketahui oleh suami dan juga bakal suami. Jika suami tidak mampu menjawab persoalan si isteri berkenaan fiqh wanita, WAJIB bagi isteri untuk keluar menuntut ilmu berkenaan hal ini walaupun suaminya melarang keluar rumah. Haram bagi suami menghalang isterinya keluar rumah untuk menuntut ilmu ini jika si suami tidak mampu menjawab soalan isterinya.

Kenapa fiqh wanita penting? Ibadah merupakan perkara tunjang utama dalam kehidupan seorang insan bergelar muslim. Bagi setiap muslim yang mukallaf, mereka mesti melaksanakan ibadah yang diperintahkan Allah. Antara syarat penerimaan sesuatu ibadah oleh Allah adalah mereka mesti suci daripada sebarang najis dan hadas (besar dan kecil).  Bab haid, nifas, dan istihadhah ini merupakan bab yang terkandung dalam kategori thaharah (kesucian) yang dibincangkan oleh ulama-ulama.

“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu” (Al Baqarah 2:222)

Salah satu buku berkenaan fiqh wanita

Sejujurnya saya juga baru mula belajar mengenai fiqh wanita dan insha Allah akan terus belajar kerana isteri saya kelak adalah amanah saya. Saya mencari buku berkenaan fiqh wanita di kedai buku. Alhamdulillah saya menemui buku yang dikarang oleh ulama terkenal nusantara, Tuan Guru Shiekh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjarri. Kupasan buku ini sangat bagus. Namun ilmu ini sangat perlu kepada berguru. Membaca hanyalah supplement. Saranan kepada semua bakal suami dan yang telah menjadi suami, pelajarilah fiqh wanita ini kerana ia adalah tanggungjawab seorang lelaki.

Wallahualam.


P/S: Harap bakal isteri saya sudah menguasai asas-asas fiqh wanita. Meringankan tugas suami adalah amalan mulia..:)

No comments: