Monday, August 5, 2013

Kembali Kepada Fitrah...

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Walillahil hamd. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam kerana telah menemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Masa pantas berlalu. Ramadhan berbaki lagi dua hari. Bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan, tidak akan sama beribadah dalam bulan ini berbading bulan lain kerana setiap amal dilipat gandakan pahala serta ganjarannya.

Ramai kaum muslimin dan muslimat kembali mencari makna diri, menghayati hakikat kehidupan dan mula menginsafi betapa singkatnya hidup di dunia ini. Namun, di celah manusia yang ramai, masih terdapat mereka yang belum insaf. Terus menerus melanggar perintah Tuhan walau sudah masuk ke dalam bulan yang mulia ini. Inilah mereka yang lalai dan tenggelam dalam fatamorgana duniawi.

Saya mengambil kesempatan memohon maaf atas segala khilaf kepada seluruh sahabat yang mengenali diri saya. Semoga Allah menerima amalan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita. Selamat pulang ke kampung halaman bagi yang pulang beraya di kampung. Hati-hati ketika memandu dan ingatlah orang yang tersayang.


Ya Allah, janganlah Engkau keluarkan kami dari bulan Ramadhan ini dalam keadaan dosa kami tidak diampun dan dari doa yang tidak dimakbulkan. Amin ya rabb.

Mari kembali kepada fitrah bahawa hidup kita bertuhan dan berperaturan.

No comments: