Salam
kepada sahabat semua. Agak lama membiarkan blog ini tidak dikemas kini, terasa
untuk mencoretkan sesuatu.
Amma
ba’d.
Usrah
adalah medium di mana kita boleh mendapat manfaat yang begitu banyak. Berukhuwah,
menambah ilmu dan kefahaman, mengisi masa lapang dan mengubah paradigma. Usrah juga
bagi saya adalah medium untuk menenangkan diri dari stress, mencari solitude
dan medium kita boleh membina jaringan kenalan dengan lebih rapat.
Elemen
yang terdapat dalam usrah adalah dakwah dan tarbiyah merupakan asas kepada
pembentukan peribadi individu. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang
elemen-elemen usrah. Cuma persoalan yang timbul, bagaimana harus kita
menjadikan setiap perkara yang dibincangkan dapat mengubah paradigma kita dalam
kehidupan ke arah lebih baik? Harapan saya dalam setiap usrah, bukanlah untuk
mengubah keadaan dalam kerangka yang besar, tetapi cukuplah setiap kali selepas
usrah ia mampu menyedarkan tentang tangungjawab, peranan, pemikiran serta
tindakan yang mampu saya lakukan untuk kemajuan diri dan sekeliling saya.
Berbalik
kepada bagaimana menjadikan usrah itu sampai dan lekat isinya di hati. Untuk
menjawab persoalan ini, saya berpendapat bahawa tempat-tempat kita berusrah
harus divariasikan. Sebagai contoh jika minggu ini, kita berusrah di dalam
rumah, minggu depan mungkin boleh bertukar di tepi tasik, di kedai makan, di
masjid, di dalam dewan kuliah, atau di
tepi pantai. Saya secara peribadi, lebih suka usrah diadakan di luar bangunan,
misalnya di tepi tasik, tepi pantai,di atas padang bola (setelah bermain bola)
atau di mana-mana sahaja yang dekat kepada alam semula jadi.
Kenapa? Bagi saya
setiap tempat-tempat yang saya nyatakan
tadi, ia lebih menenangkan dan mendamaikan. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa,
kicauan burung serta desiran pohon yang ditiup angin, ia melahirkan satu
suasana yang cukup harmoni. Jika usrah pula diisi dengan sesuatu perkara yang
mahu kita memikirkan tentang sesuatu keadaan, ia lebih mudah di hadam dan
diingati.
Di tempat-tempat
yang dekat dengan alam, kita akan mudah teringat moments yang indah, lantas mudah teringat pengisian yang
dibentangkan. Jadi, kepada naqib dan naqibah, variasikan tempat-tempat usrah
kalian, harapannya agar segala ilmu, pandangan, nasihat serta teguran akan
lebih sampai ke lubuk hati.
Wallahualam.
Usrah di tepi pantai
Usrah di tepi tasik
No comments:
Post a Comment