Monday, June 27, 2011

Ceritera Jun..

Salam buat semua.harap-harap kita semua sihat dan diredhai Allah
Amma ba’d.

Entri ini dipublishkan apabila tidak ada aktiviti yang boleh dilakukan dek kerana ramai kawan-kawan kat RIT ni dah balik Malaysia.  Cadangnya nak pergi strawberry picking sekitar Monroe County ini tetapi dek kerana lab report yang boleh membuatkan saya berasa nausea, maka hanya menanti apple picking pada awal September ini sahaja. Cerita Jun saya bermula selepas baliknya kami dari Wisconsin bulan lepas.

Aktiviti Pertama-Tadabbur Alam di Ontario Beach

Alhamdulillah saya sangat suka berdamping dengan alam kerana ia mendamaikan hati dan menenangkan fikiran. Allah berfirman:

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar Ra’d:28)

Selangkah kita mendekati alam, kita akan dapat melihat kebesaran Allah yang menciptakan pohon menghijau, angin membayu, burung berkicauan dan ombak menghempas pantai. Kombinasi kesemua ini, sungguh menenangkan jiwa. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 30 minit. 

Jom kita tengok gambar-gambar dibawah.




Hati yang ingin dibasahi







main frisbee





main futsal

main Volley-kami kan juara di US..hehe







Saturday, June 25, 2011

Aku Seorang CEO...

Salam buat semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat dan kurniaanNya.
Amma ba’d.

Cerita CEO

Chief Executive Officer atau singkatannya CEO. Pernahkah terfikir bahawa pada suatu hari kita akan jadi CEO di salah sebuah syarikat gergasi peringkat antarabangsa? Saya hanya sekadar memikirkan bahawa saya akan jadi CEO di salah sebuah syarikat GLC di Malaysia.^__^

Katakanlah suatu masa nanti selepas grad, anda hanya bekerja sebagai office boy di salah sebuah syarikat gergasi di Malaysia yang kerja anda hari-hari adalah menghantar surat (kerja macam mat dispatch). Kemudian pada suatu hari CEO tempat anda bekerja memangggil anda ke pejabatnya.

“Mat, awak boleh ganti tempat saya sekejap tak sebab saya kena pergi kursus di London tiga bulan. Awak hanya perlu mempengerusikan meeting syarikat kita dan mencari peluang untuk memajukan syarikat kita. saya harap awak sudilah terima tawaran ini. jangan risau, gaji untuk tiga bulan ini adalah seperti yang saya dapat setiap bulan.”

Anda mahu terima atau tidak? Saya pasti menerimanya. Sebenarnya untuk entri kali ini saya ingin mengaitkan bahawa dakwah adalah tugas orang yang berkedudukan tinggi di sisi Allah. Orang yang melakukan dakwah adalah orang yang mulia dan mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah.

Saya Bangga Menjadi Umat Rasulullah SAW

Kenapa saya bangga menjadi umat Rasulullah SAW? Sudah tentu sebab hanya kita umat yang diwajibkan berdakwah. Umat-umat selain umat Rasulullah SAW tidak diwajibkan berdakwah kerana dakwah hanya dilakukan oleh Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada mereka sahaja. Tetapi kita umat Rasulullah SAW, selepas kewafatan baginda SAW, kewajipan berdakwah perlu digalas oleh umatnya. Bayangkan Islam itu sebagai syarikat gergasi antarabangsa dan Rasulullah SAW adalah CEO nya. Kita pula adalah office boy atau custodian sahaja dalam syarikat ini. Kemudian CEO kita pergi meninggalkan kita dan mewarisi kerja-kerja dakwah kepada kita. apakah itu bukan satu penghargaan kepada kita? kalau itu satu penghargaan, kenapa perlu kita takut untuk berdakwah menyatakan kebenaran. Kita telah diberi petunjuk Al Quran dan As Sunnah dalam kehidupan. Apa lagi yang perlu dikhuatirkan?

Pahala orang menyeru ke jalan Allah sangat tinggi. Jangan risau andai orang menolak seruan kita kerana sesungguhnya Allah tidak memandang kepada hasil dakwah kita tetapi Allah memandang kepada usaha kita dalam melakukan dakwah. Tetapi harus diingat bahawa usaha yang kita lakukan haruslah selari dengan manhaj nubuwwah. Allah berfirman:

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (Al Qasas:56)

Teruskan usaha kita demi melihat sebuah masyarakat islami seperti yang pernah Rasulullah SAW hasilkan. Sekarang pertanyaan saya, tidak mahukah jadi pengganti CEO kita?
Wallahua’lam.

P/S: gaji CEO petronas sebulan adalah RM 800 000, gaji CEO Syabas (syarikat bekalan air Selangor) adalah RM 5 100 000 setahun bersamaan RM 425 000 sebulan. Gaji custodian di RIT adalah +- 300 USD sebulan.hehe

Friday, June 24, 2011

I Believe...

This is a new song from Maher Zain-I Believe




When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day






I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
I believe I believe, I believe I believe
Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

Thursday, June 23, 2011

Program Oriented vs Objective Oriented...

Salam buat semua, bagaimana keadaan kita hari ini?iman kita,mudah-mudahan sentiasa dalam pemeliharaan Allah.
Amma ba’d.

“Jeles betul aku tengok students UK. Banyak betul program diorang. Dalam sebulan ada tiga empat program. Kita kat US ni, tiga empat program setahun.”  Saya berkata kepada salah seorang sahabat saya.

“hurm, apa yang penting? Program oriented  atau objective oriented. Kita objective oriented. Tak gune program banyak tapi tak mencapai atau kurang mencapai matlamat” balas sahabat saya ini.

“betul jugak tu. Lagipun kat UK, university diorang dekat-dekat. Sejam dua jam perjalanan dah sampai. Kite nak pergi muktamar hari tu pun, sehari suntuk drive, tu pun tak sampai lagi”

Begitulah senario yag berlaku di dua buah negara yang terdapat ramai pelajar Malaysia; UK dan US. Saya akui, di US ini program yang berbentuk menyeluruh (kebanyakan rakyat Malaysia berkumpul) hanya ada dua iaitu Muktamar MISG yang diadakan pada musim sejuk dan Midwest Games pada musim panas. Adapun program-program seperti Islamic Spring Retreat (ISR), Ini Sejarah Kita (ISK), dan Shahadatul Haq (SH) lebih bersifat regional  dan locality.

Berbalik kepada persoalan tadi, secara jelasnya kita harus menumpukan kepada sesuatu program itu bukan pada banyaknya program diadakan tapi haruslah pada kualiti atau matlamat program itu. Untuk mengetahui sejauh mana berkualiti sesuatu program tersebut, kita harus melihat natijah selepas program tersebut apakah sudah ramai yang mendapat kesedaran akan peri pentingnya pentarbiyahan kepada dirinya, apakah tindakan susulan individu-individu yang menghadiri program-program selepas mendapat kesedaran, dan apakah dia juga ingin menjadi penggerak bagi mewujudkan tarbiyah dan biah solehah di tempatnya. Perkara ini harus menjadi benchmark­ untuk menilai sama ada matlamat sesuatu program itu tercapai  atau tidak.
picture courtesy by Google

Jadi, bercakap mengenai waqi’ atau situasi di US ini, dengan mengambil kira faktor geografi , faktor perbezaan waktu (eastern time, central time and western time), dan faktor orang (peserta dan pelaksana), kita harus merancang dan menggariskan matlamat yang ingin dicapai dengan begitu jelas. Bak kata Stephen Covey dalam bukunya “The 7 Habits of Highly Effective People”, let’s begin in the end of mind.

Buat ikhwah dan akhawat yang berada di US ini, marilah sama-sama mengembeleng tenaga untuk menyuburkan dakwah di muka bumi US ini. Sesungguhnya, kita dan sahabat-sahabat yang dikasihi di sekeliling kita perlukan suntikan tarbiyah. Masa yang kita ada di US ini sangat singkat.

Kesimpulannya, rancanglah program-program yang ingin dilaksanakan dengan penuh hikmah agar kualiti dan matlamat kita untuk melihat setiap jiwa merasai manisnya tarbiyah tercapai.

Islah nafsak wad’u ghairak (perbaiki dirimu dan serulah yang lain)

Wallahua’lam.

Monday, June 20, 2011

Tadarruj...

Salam buat semua, apa khabar kalian semua?bagaimana cuti? Saya rasa serik menghabiskan summer di US. Apa-apa pun inilah pengalaman yang merupakan tarbiyah daripada Allah buat hamba-hambaNya. Pengalaman di rantau orang merupakan satu anugerah Allah buat saya.
Amma ba’d. 

Tadarruj.pernahkah kalian dengar perkataan ini?bunyinya seakan-akan tabarruj yang bermaksud berhias berlebih-lebihan  bagi perempuan. Tadarruj ini bermaksud proses pembaik pulihan secara beransur-ansur.
Dalam kita ingin membawa tarbiyah dan mewujudkan biah solehah di suatu tempat yang asing dengan dua perkara tersebut, kita tidak boleh melakukannya secara drastik. Tadarruj ini lebih utama daripada melakukan perubahan secara drastik. 

Tidak dapat dinafikan bahawa ada orang yang mampu melakukan perubahan kearah kebaikan secara drastik. Orang begini sebenarnya mempunyai hammasah (kesungguhan dan tekad) yang begitu jitu untuk melakukan perubahan. Saidina Umar Abdul Aziz radhiallahu anh berkata kepada anaknya:

“Jangan tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak di dalam al-Quran dua kali, dan mengharamkannya di kali yang ketiga, dan aku bimbang kiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara sekaligus (drastik) , maka mereka meninggalkannya juga sekaligus, maka berlakulah fitnah.”

Untuk memahami lebih lanjut tentang tadarruj ini sila ke laman ini.

Mudah-mudahan kita tidak mudah melatah atau gopoh dalam menghukum sesuatu perkara.
Wallahua’lam

Implikasi Fitnah...




Assalamualaikum, video ini memang ada sangkut paut dengan politik Malaysia memandangkan penceramahnya adalah Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan ketua penerangan PAS pusat. Abaikan sudut politik bagi sesiapa yang tidak berminat dengan situasi politik negara. Apa yang menarik dalam video ini adalah Ustaz Tuan Ibrahim menyatakan implikasi kita melakukan fitnah. Antaranya, jika kita menuduh seorang itu berzina, meliwat dan sebagainya, kita hendaklah membawa saksi bagi tuduhan kita itu. Andai kita tidak membawa saksi, kita hendaklah disebat sebanyak 80 sebatan. implikasi fitnah ini juga menjatuhkan hak kesaksian seorang wali dalam erti kata lain seorang bapa yang melakukan fitnah tidak boleh menjadi saksi perkahwinan anaknya. Jika pasangan itu berkahwin, perkahwinan itu tidak sah walaupun ada walimahnya. Implikasi perkahwinan tidak sah, hubungan intim suami isteri sehingga melahirkan zuriat, taraf bayi yang lahir itu adalah anak zina. maafkan saya andai tersilap, bolehlah menonton video ini untuk kefahaman lebih lanjut. Pokok pangkalnya jauhi budaya fitnah memfitnah kerana ia merosakkan hubungan silaturrahim dalam sesuatu masyarakat. Nabi bersabda "sesungguhnya fitnah itu tidur, Allah melaknat barangsiapa yang mengejutkan (menyebarkan atau membuat) fitnah dari tidurnya" (maksud hadis)
wallahua'lam..

Friday, June 17, 2011

Wasiat Luqman Al Hakim...


1)Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

2)Hai anakku, janganlah engkau terus menelan sesuatu makanan kerana manisnya, dan janganlah engkau terus memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.

3)Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bila mana dalam kemarahan itu, dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau, maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

4)Perbaikilah tutur katamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu kerana engkau akan disukai oleh orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.

5)Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu, dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.

6)Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu dan nafkahkanlah selebihnya untuk akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak dirimu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain.  Sebaliknya, jangan engkau rangkul dunia  ini dan meneguk habis airnya, kerana semua itu bertemankan orang yang bodoh dan bermuka dua, kerana akan membahayakan dirimu. Yang engkau pakai dan makan itu adalah tanah belaka. Dan janganlah engkau bertemankan orang yang bodoh dan bermuka dua, kerana ianya membahayakan dirimu.

7)Hai anakku, apabila engkau berteman, jadilah engkau orang yang tidak mengharapkan sesuatu darinya. Namun, biarlah dia mengharapkan sesuatu darimu.

8)Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai seseorang yang tidak berhajatkan  pujian atau menagih sanjungan orang lain, kerana penguasaan riya’ akan menyebabkan dirimu beroleh kecelakaan.

9)Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina, melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata mata.

10)Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata busuk, kotor, dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu mendatangkan manfaat kepada orang lain.

11)Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul, dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih mengumpulnya.

12)Janganlah engkau makan atau minum berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu dan alangkah baiknya makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13)Barangsiapa penyanyang sudah tentu akan disayangi, sesiapa yang berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun dan barangsiapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata perkara kotor, sudah pasti akan menyesal.

14)Hai anakku, bergaullah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana akan sejuk hatimu mendengarkan nasihatnya. Akan hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah dari kata alim ulama bagai tanah yang subur disirami air hujan.

15)Hai anakku, bila engkau menghadapi dua pilihan, menjenguk orang mati atau menghadiri majlis perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih untuk menjeguk orang mati kerana  menjenguk orang mati akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kesenangan dunia.

16)Makanlah makananmu bersama-sama orang yang taqwa dan bermusyawarahlah segala urusan mu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.

17)Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah SWT.

18)Hai anakku, seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.

19)Jauhilah dirimu daripada berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan hina di malam hari.

20)Selalulah berharap kepada Allah agar menjauhkan kamu daripada sesuatu yang menyebabkan kamu mnederhaka kepadanya.  Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar ketakutan, tentulah engkau akan terlepas daripada sifat putus asa daripada rahmat Allah SWT.

21)Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat tetapi adalah yang lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran yang jahat.

22)Hai anakku, janganlah sesekali engkau mengutuskan utusan melalui orang yang bdoh dan jahat. Apabila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sahajalah yang menjadi utusan.

23)Jauhilah sejauh-jauhnya sifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali dilakukan bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta itu dilakukan, akibatnya dan bahayanya amat besar.

24)Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawaddhuk kepada Allah. Dia akan ebih dekat kepada Allah dan menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.

25)Hai anakku, seorang pendusta itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang  yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah memindahkan batu besar itu adalah lebih mudah daripada memberi pengertian daripada orang yang tidak mahu mengerti.

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."(Luqman:13)  
All those pictures were taken from Amirah Azhar photo album with permission.

Wednesday, June 15, 2011

Hai Makhluk! Jangan Kau Lupa...

Salam buat semua, semoga kita dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah.
Amma ba’d.

Allah berfirman

".... itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim." (Al baqarah:229)

Wahai sahabat, ingatlah kita menumpang di bumi Allah. Setiap hari kita sedut oksigen yang Allah beri, kita makan hasil bumi yang Allah ciptakan, dan  kita bekerja mencari rezeki atas rahmat Allah. Tiba-tiba kita tidak mahu melakukan perintah Allah. Ini mungkin tidak mengapa lagi tetapi bayangakan kita tidak mahu melakukan perintah Allah bahkan menyindir atau mempermain-mainkan pula hukum Allah. Apakah gelaran yang paling layak digelar buat makhluk sebegini. Lupa daratan, pengkhianat, ataupun waliyazubillahi minzalik digelar munafiq yang seksaan keatasnya di akhirat kelak adalah neraka yang paling bawah selama-lamanya.

Beringatlah kita hanya menumpang di muka bumi Allah. Hiduplah dengan cara orang menumpang dengan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh tuan kepada bumi ini. saya hanya sekadar mengingatkan saya dan sahabat-sahabat agar tidak terjatuh ke tahap kufur. Apa yang menyebabkan saya menulis entri ini adalah apabila terlihat karikatur di bawah ini.

Allah berfirman lagi

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al hujurat:6)

Lagi pesanan buat diri saya dan sahabat sekalian, hari ini kita terdedah dengan berita dan maklumat baik dari media massa, blog, facebook dan sebagainya. Nasihat saya, sebarang berita perlulah kita tapis agar kita tidak terjerumus ke lembah kefasiqan. Kadang-kadang kita boleh lihat ada sesetengah akhbar di Malaysia menyiarkan berita tentang tuduhan seks, berita fitnah sana sini dan berita yang tidak patut diberitakan (lihat contoh di bawah). 

Kalau kita takut terpengaruh dengan berita-berita fitnah ini, disarankan agar jangan membaca bahan-bahan bacaan tersebut. Kalau kita baca juga, cukup sekadar berita itu terhenti setakat kita (tidak disebarkan andai berita itu berbaur fitnah) kerana khuatir di akhirat kelak kita ‘sangkut’.

Secara personal setiap hari saya memang membaca akhbar online berita harian, harakah daily, dan harian metro. Jadi, melalui pembacaan akhbar arus perdana dan menentang arus perdana, kita boleh melakukan judgement tentang berita mana yang lebih reliable. Kepada orang yang menulis berita, ilmu atau maklumat pastikan  ia sahih dan tepat. Janganlah kita lupa bahawa kita hanya menumpang di muka bumi Allah.

Wallahua’lam

Thursday, June 9, 2011

Futur...

Salam buat semua, semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam.
Amma ba’d.

Rupa-rupanya summer di US ini agak boring. Mungkin sebab ramai yang balik Malaysia dan saya tinggal di sini tidak ada apa sangat yang boleh dilakukan melainkan pergi kelas dan lab, main Frisbee pada waktu petang, cycling (juga waktu petang) dan pergi walmart malam-malam untuk borong aiskrim. (habis boring la ni..hehe)

Futur.pernahkah sahabat-sahabat sekalian dengar perkataan ini? bagi sahabat-sahabat yang join usrah, saya yakin kalian pasti pernah mendengarnya. Futur bermaksud lemah,tumpul, putus asa dan lain-lain yang semaksud dengannya. Dalam kita berjuang atau mengharungi kehidupan, kadang-kadang penyakit futur  ini datang menyerang. Jadi bagi sesiapa yang ditimpa futur, cepat-cepatlah merawat rasa lemah diri ini. bertemulah sahabat-sahabat seperjuangan, basahilah lidah dengan berzikir kepada Allah, bangunlah di pagi hari bermunajat memohon petunjuk dan kekuatan agar sentiasa thabat (tetap) dalam perjuangan.
Sebenarnya bukan maksud futur  ini yang ingin saya cakapkan tetapi futur yang satu lagi. Maksud futur (فطور) yang satu lagi adalah sarapan pagi (breakfast). Di sini sarapan saya tidak macam di Malaysia. kalau di Malaysia, nasi lemak, nasi lemuni, nasi dagang dan nasi campur memang menjadi kebiasaan sarapan. Mungkin bagi orang KL, mereka biasa bersarapan dengan roti dan biskut sahaja tetapi bagi orang utara, nasi itu adalah sepanjang masa. Dari pagi, tengah hari, petang dan malam, makanan kami mesti ada nasi. Namun, di sini sarapan saya tidak lagi nasi tetapi…
Cereal bersama Kit Kat

Cereal bersama Snickers

Cereal bersama M&M

Pizza Sweet Buffalo Chicken

Ini sebahagian daripada sarapan pagi saya. Selain itu, roti bersama coleslaw, roti bersama aiskrim dan roti bersama hashbrown juga menjadi santapan pagi. Bukan saya tidak bersyukur dengan apa yang ada kerana saya tahu saudara saya di Palestin ada yang tidak makan pun tetapi saya rindukan Malaysia. Rindu nak bersarapan di warung-warung di tepi bendang.huhu
Padan muka, sapa suruh tak nak balik..

Tuesday, June 7, 2011

Aku Lebih Beruntung..




DI saat kecil aku dibelai dan dijaga ibu bapaku dengan penuh kasih sayang, dia tidak pernah merasa kasih ibu dan ayah.

Di saat makanku sedap dan tidurku di atas tilam, makannya di jalanan dan tidurnya di tepi tandas awam.

Di saat aku bergerak kesana sini menaiki kereta, dia hanya berkelana tanpa tahu kemana hendak dituju.

Di saat aku pergi ke kelas dengan dibayar, dia berusaha ke kelas dengan sendirinya.

Di saat aku mempunyai ramai sahabat yang sering bersama saat suka dan duka, dia hanya bersendirian menempuh badai dan gelora dunia.

Maka, apakah yang menghalang aku untuk bergerak lebih maju ke hadapan apabila semuanya telah tersedia buatku sedangkan dia bangun tanpa sesiapa menemani disisi.

Ya Allah, kadang-kadang Alhamdulillah sekadar di bibirku namun menyaksikan cerita dia, aku adalah insan yang berjuta kali lebih beruntung daripada dia. Ya Allah, janganlah aku dibiarkan sesat ke lembah kekufuran. Ampunilah dosa HambaMu ini dan cucuri rahmat dan kasih sayangMu kepada kedua ibu bapaku yang memelihara dan mendidikku sejak kecil…

Duhai sahabat ayuhlah kita bersyukur kepada Allah atas rahmat dan kurniaaNya. Sesungguhnya, kita jauh lebih beruntung daripada manusia-manusia yang ada di atas muka bumi ini.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (14:7)

Friday, June 3, 2011

Paradigma Kita...

Salam buat semua, semoga Allah membimbing kita kearah jalan yan diredhaiNya.
Amma ba’d.

Alhamdulillah setelah tujuh hari roadtrip, sedar tidak sedar cuti summer berbaki lagi tiga hari. Insya Allah,minggu depan saya akan memulakan kelas summer. Ramai sahabat-sahabat saya bertanya sama ada saya balik ke Malaysia atau tidak; jawapannnya TIDAK. Tahun ini akan saya akan gunakan untuk jalan-jalan dan sertai program di US summer ini. antara program dan aktiviti menarik ialah Summer Training Camp di Hickory State Run Park yang saya terlibat sebagai AJK pengankutan dan logistik, Berries picking, Picnic di Ontario Beach dan insya Allah akan beraya di Kedutaan Malaysia di Washington DC tahun ini. Semoga segala perancangan yang baik ini diredhai dan diberkati Allah.
Tasik Belakang ICR

Ontario Beach
Entri kali ini bukanlah untuk bercakap tentang Summer saya di US tetapi tentang paradigma kita terhadap orang lain. Paradigma atau perspektif merujuk kepada cara kita memandang orang lain baik dari segi pemikiran dan tingkah lakunya.

“Eleh, ustazah tu nak nasihat orang konon.anak sendiri pun teruk jugak.”

“mamat tu bajet bagusla.ingat dia budak sekolah agama,dia hebat la”

“Pakai tudung labuh konon alim la.”

Pernah terdengar kenyataan-kenyataan ini? Ya,sudah pasti kita pernah mendengarnya dan yang lebih teruk jika kita sendiri yang melafaznya. Saya ada satu soalan, siapakah yang ma’sum sepanjang sejarah yang kita ketahui? Tidak lain tidak bukan hanyalah Rasulullah SAW sahaja yang terhindar daripada segala dosa. Ya, kita semua insan berdosa. Habis, kenapa kita perlu condemn orang ni jahat, orang itu bajet baik, dia poyo, dan sebagainya?

Kadang-kadang kita tidak boleh menerima nasihat seseorang disebabkan mungkin kita ini higly educated person dan orang yang menasihati itu hanya lepasan SPM. Inilah penyakit hati yang dikenali sebagai takabbur dan ego yang berlebihan. Ingat! Kerana takabbur dan merasakan mulia, iblis diusir dari syurga. Ya, kita manusia sering melakukan dosa dan maksiat kepada Allah tetapi bukankah Allah al Ghafur meyediakan ruang taubat buat kita? sebagai contoh,ada orang tidak boleh menerima hakikat kehadiran bekas penagih dadah dalam komunitinya. Bekas penagih tersebut sentiasa dicaci,dipandang sinis, dan ditohmah dengan pelbagai pandangan negatif sedangkan dia telah bertaubat dan telah tinggalkan dunia gelapnya. Mulia sangatkah kita?

“Setiap anak adam pasti pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang-orang yang bertaubat” (HR.Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Anas)

Allah mengasihi  orang yang bertaubat atas dosa-dosanya, kenapa kita pula sibuk mencanangkan kepada orang lain bahawa si fulan itu jahat, si fulan itu dan ini?

Mungkin entri kali ini agak keliru tetapi point yang ingin saya sampaikan, jika kita ditegur kearah kebaikan oleh seseorang yang mungkin kurang (kurang serba serbi seperti akademik,kepandaian, harta dan sebagainya) daripada kita, terimalah nasihat dan teguran itu dan berlapang dadalah.

Kata-kata saidina Ali Karamallahu wajhah “Lihatlah pada apa yang diperkatakan,janganlah melihat kepada siapa yang mengatakannya.”

Point yang kedua, jangan kita ungkit dosa dan kesalahan silam seseorang kerana kita juga berdosa dan Allah telah menutup dosa kita daripada pengetahuan orag ramai.

Akhir kalam, ubahlah paradigma kita selaku mu’min dan muslim.
Wallahua’lam.

Wednesday, June 1, 2011

Midwest Games @ Madison-Dalam Kenangan..

Salam kepada semua yang saya kasihi,moga cuti ini dapat dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.
Amma ba’d.

Saya rasa macam dah lama tidak menulis dan entri kali ini hanyalah berkisar tentang Midwest Games International 2011 Madison. Alhamdulillah,kami warga RIT selamat pergi dan selamat kembali semula ke desa Rochester yang tecinta ^^. Uniknya perjalanan kami ini adalah (bagi saya lah), satu kereta hanya ada seorang driver sedangkan perjalanan ini memakan beribu-ribu batu. Sebanyak empat buah kereta begerak menuju ke Wisconsin pada hari Rabu lepas (25/5/2011). Satu kereta terus menuju ke Madison dan tiga lagi kereta menuju ke East lansing (bermalam di Michigan State University). Dalam perjalanan ke East Lansing,sesuatu yang tidak dijangka berlaku,iaitu hujan batu.subhanallah antara takut dan kagum; takut kerana ia merupakan pengalaman pertama saya mengalami hujan batu ditambah langit yang begitu hitam pekat bagaikan hendak runtuh dan angina yang sangat kencang. Semua kereta sudah mula berhenti di tepi dan tengah jalan kerana memang tidak nampak apa-apa untuk meneruskan pemanduan. Memang menakutkan,namun sikap tenang sentiasa saya amalkan walaupun dalam situasi genting. Hujan batu tersebut menyebabkan keretakan pada cermin depan Toyota Camry yang saya pandu itu. Namun saya bersyukur  kerana saya dan kawan-kawan lain dalam kereta tersebut selamat. Alhamdulillah. Selepas lima minit hujan batu, ia pun berhenti dan kami meneruskan perjalanan ke East Lansing dan lebih kurang pukul 8.30 malam, kami selamat tiba di East Lansing.