Wednesday, August 28, 2013

Rezeki Kita...

Salam kepada sahabat semua. Semoga Allah menganugerahkan kepada kita rezeki yang bersih dan halal.
Amma ba’d.


Saya mendengar lagu ini di radio Kedah fm semasa memandu pada mulanya. Mula-mula dengar saya rasa liriknya menceritakan tentang diri si penyanyi ini sendiri. Jadi bila balik ke rumah saya cari lagu ini di youtube. Rupanya memang sudah ramai berkongsi lagu ini di FB.

Penyanyi cilik ini namanya Tegar dan berasal dari Subang, Jawa Barat. Pada asalnya, dia hanyalah seorang pengemis (pengamen) di kota Subang. Sambil mengemis, dia akan bermain ukulele (gitar kecil). Satu hari, ketika sedang mengemis dan bermain ukulele, seorang awam lalu di situ dan merakam Tegar yang sedang menyanyi, lalu di muat naik ke laman youtube. Ternyata, bakat anak cilik itu sangat bagus, lalu dia dipanggil oleh sebuah sayrikat rakaman. Sejak itu, kehidupannya berubah mendadak. Dia sudah mempunyai kewangan, rumah, dan banyak perkara lagi yang dia inginkan dalam kehidupan. Untuk mengetahui kisah Tegar lebih lanjut, boleh menonton video di bawah ini.


Saya cuba memikirkan bahawa hakikat rezeki kita sememangnya dijamin Allah. Mungkin suatu masa dahulu, orang memandang kita hina, tiada class dan lekeh tetapi masa hadapan sesungguhnya milik Allah. Dia boleh memberi nikmat kesenangan dari arah yang paling tidak kita sangka. Keseluruhan khazanah alam ini di bawah kekuasaan Allah. Maka tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu bimbang akan nasib dan rezekinya. Kuncinya Iman, berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Mungkin kita juga pernah berada dalam dead-lock situation yang mana kita tidak nampak lagi jalan keluar. Maka tunduklah kita kepada Allah sambil mengadu:

“Ya Allah, kasihanilah diriku ini”

Kita akan dapati keajaiban akan berlaku. Allah akan membawa kita keluar daripada kesusahan yang kita hadapi. Tetapkan hati mengikhlaskan diri hanya kepada Allah, Sesungguhnya Allah sesekali tidak akan mensia-siakan kita. Allah berfirman:

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menjamin rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)” (Hud 11:6)

Percayalah dan pasakkanlah keimanan, selagi mana kebergantungan kita mutlak kepada Allah, sekali-kali kita tidak akan dibiarkan.


“Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar dikurniakan kebaikan kepada diriku serta orang-orang yang aku sayangi. Terimalah permintaanku.”

Sunday, August 25, 2013

Reminiscing The Past...



I still remember my very last day in Rochester. It was June 6th 2013. Like usual, I attended ICR (Islamic Center of Rochester) to say my fajr prayer with muslim community in Rochester. As most of my friends had gone back already, I was just alone going to the ICR that morning. After fajr’s lecture (kuliah subuh) by Imam Ismet, I met the people there to tell them that I would be going back to Malaysia for good. Indeed, it was a very melancholy day in my entire life. The sun rose brightly in the morning, but at about 10 am in the morning, it started to rain the whole day as if Rochester did not want me to leave her…:P

Back in the ICR that morning, I met Dr Irsyad, the professor of criminal justice in RIT. He said to me:

“So are you leaving today? It is a very sad day for us in Rochester. Surely we will miss you. I pray to Allah, may you become successful person in the future, and may He grant you beautiful and solehah wife. I pray to Allah, may He gather us back here. If not here, may we gather in jannah.”

That morning, along the way home, I was driving alone and I never felt such feeling in my life. It was indescribable feeling that I had that morning. To be accurate, it was a mixed feeling. I was happy as I would go back home as a successful degree holder to meet my family, but in the meantime I would leave these lovely people, community, and place.


Actually, there were a few uncles who always advised me on the same matter. Marriage. Usually, we will have a short conversation after fajr or maghrib prayer. The point that they always insist, if I wanted to seek for a spouse, make sure religion (deen) is the priority. I miss those people in Rochester who always gave me advices, who always encouraged and supported me to do good deeds. I pray may Allah accept all their du’a upon me and may Allah bless the entire Muslim community in Rochester.

Leaving Rochester for good.

Tuesday, August 20, 2013

Ragam PTPTN...


"Awat cek nak pinjam PTPTN?
"Sebab cek nak masuk U la"

"Awat cek nak masuk U?"
"Sebab nanti cek senang dapat gheja"

"Awat cek pulun sangat gheja lepas habih U ni?
"Sebab cek nak bayaq duit PTPTN la"

Nampak tak permainan dia di situ?

Kredit gambar: Milo Suam

Monday, August 19, 2013

The Fragility of Muslim Marriage Institutions...

Salam kepada sahabat yang dikasihi kerana Allah. Semoga kita semua terpelihara daripada pelbagai bentuk fitnah akhir zaman.
Amma ba’d.

Tahniah saya ucapkan kepada sahabat yang telah selamat membina baitul muslim. Semoga ianya berkekalan sehingga ke syurga. Semoga Allah merahmati kalian. Ujian selepas berumah tangga sememangnya berat. Namun jangan lupa untuk memohon kepada Allah, agar menjauhkan kita dari krisis rumah tangga yang meruncing. Jika rumah tangga yang dibina kerana ingin mencari redha Allah dan berusaha ke arahnya, yakinlah bahawa Allah akan mempermudahkan urusan kalian.

Lanjut berbicara mengenai topik alam rumah tangga ini, ada satu kes minggu lepas di mana suami memukul isteri di dalam lif dan di hadapan anak-anak yang berusia empat dan lima tahun (klik di sini). Saya lihat di laman sosial ramai mencerca dan menohmah lelaki ini dengan melabel sebagai dayus. Saya juga memandang perbuatan lelaki itu keterlaluan dan ia tidak sepatutnya berlaku. Namun untuk terus menerus mencerca lelaki tersebut saya tidak rasakan perlu kerana kita tidak tahu perkara yang sebenar-benarnya berlaku. Malaysia Kini melaporkan,mengikut statistic yang di keluarkan JAKIM, didapati purata tiga perceraian yang berlaku dalam tempoh sejam (klik di sini). Kadang-kadang sebab perceraian adalah disebabkan perkara yang sangat remeh. Isteri terlupa siapkan makanan, minuman kurang manis, dan sebagainya. Namun ada juga kes yang berlaku disebabkan suami atau isteri melayan orang lain di media sosial, menceritakan masalah rumah tangga kepada teman berlainan jantina di tempat kerja dan Kurangnya bertolak ansur dalam rumah tangga. Saya nampak dua faktor penyebab berlakunya jenayah dan krisis dalam rumah tangga.

Pertama, semestinya kurangnya pendidikan dan penghayatan agama dalam melayari bahtera rumah tangga. Penghayatan Islam adalah teras dalam mewujudkan sakinah dalam rumah tangga.Mencontohi Rasulullah SAW dalam setiap tindakan adalah jaminan untuk mengecapi kebahagiaan berumah tangga insha Allah. Saya tidak mahu komen lebih dalam bab penghayatan Islam.

Kedua, faktor inilah yang saya akan bincangkan dengan lebih mendalam. Berapa ramai daripada kita bila terbaca mengenai krisis rumah tangga, dapat menghubungkaitkannya dengan keadaan ekonomi negara atau kedudukan kewangan keluarga terbabit? Saya membaca laporan oleh United Nation Offices on Drug and Crime (UNODC) mengenai hubung kait krisis ekonomi dan peningkatan kadar jenayah di  15 buah negara. Ini adalah dapatan utama daripada kajian yang dilakukan:

-Whether in times of economic crisis or non-crisis, economic factors may play an important role in the evolution of crime trends. Out of fifteen countries examined in total, a statistical model identified an economic predictor for at least one crime type in twelve countries, suggesting some overall association between economic changes and crime in these countries.

-Of the fifteen countries included in the analysis, visualization of data suggests that eleven countries showed significant changes in economic indicators during the period 2008/2009 that may tentatively be termed economic ‘crises. Both visual inspection of data series and statistical modeling suggest that in eight of these eleven ‘crisis’ countries, changes in economic factors were associated with changes in crime, leading to identifiable increases in at least one crime type during the period of crisis.

-Violent property crime types such as robbery appeared most affected during times of crisis, with up to two-fold increases in some contexts during a period of economic stress. However, in some contexts, increases in homicide and motor vehicle theft were also observed. In no case where it was difficult to discern an increase in crime in response to crime was any decrease in crime observed. The available data do not therefore support a hypothesis that economic crisis can lead to crime downturns.

-Where an association between one or more economic variables is identified by statistical modeling, the model frequently indicates a lag time between changes in the economic variable and resultant impact on crime levels. The average lag time in the contexts examined was around four and half months.

-Statistical modeling at the national and city level proved useful for the generation of forecasts in crime trends up to around 3 months in advance, using information from the previous crime trend and changes in economic variables. The accuracy of forecasts in many cases was suitable for use in practice.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa jika berlaku krisis ekonomi, jenayah pasti meningkat. Berbalik kepada situasi di Malaysia, krisis rumah tangga berlaku disebabkan juga ketidak stabilan ekonomi dalam rumah tangga tersebut. Kemungkinan juga berlaku disebabkan ketidak cekapan pengurusan kewangan dalam rumah tangga tersebut. Namun jangan kita lupa situasi semasa di Malaysia sememangnya tidak begitu kondusif. Saban hari, ada sahaja barang asasi yang meningkat. Ia melibatkan keperluan asas seperti minyak masak, gula, sayur-sayuran, petrol serta pelbagai kenaikan tariff utility (air, eletktrik, telefon dan internet). Harga rumah juga melambung tinggi walhal rumah adalah perkara asas dalam kehidupan manusia sebagai tempat berlindung. Kereta pula yang merupakan satu keperluan bagi tujuan mobilisasi terutama bagi yang tinggal selain di Kuala Lumpur (yang tiada pilihan menggunakan pengangkutan awam yang efisien seperti LRT dan Monorail), juga dibebankan dengan pelbagai cukai dan eksais. 

Ditambah pula dengan gaji rakyat marhaen yang kebanyakkannya cukup makan, terpaksa berhempas pulas demi memastikan keperluan isteri dan anak-anak terjamin. Dalam konteks kekeluargaan, hal ini menyebabkan stress dalam kalangan suami kerana mereka ini adalah bread winner dalam sesebuah keluarga. Jadi apabila stress melanda, mangsa keadaan bagi masalah ini adalah isteri dan anak-anak. Jadi saya menyokong hasil dapatan ini bahawa, krisis ekonomi akan menyebabkan berlakunya jenayah.

Inilah perkara yang mesti diambil perhatian serius oleh kerajaan yang memerintah. Mereka mesti merangka plan bagaimana membantu rakyat dengan menyediakan peluang pekerjaan yang baik dengan gaji yang setimpal serta tempat kerja yang kondusif. Di samping itu, mereka mesti memastikan bahawa barang-barang asas, rumah serta harga kenderaan sentiasa mampu dimiliki oleh segenap lapisan rakyat. Perkara ini sangat penting sekurang-kurangnya bagi saya, untuk memastikan kelestarian keharmonian institusi rumah tangga. Berlakunya krisis rumah tangga akan menyebabkan pelbagai lagi gejala sosial bercambah terutama dalam kalangan remaja. Semoga krisis institusi rumah tangga yang berlaku di Malaysia dipadang serius oleh pihak-pihak berkuasa.

Wallahualam.



Nota Kaki: Namun sebagai orang beriman, saya percaya kepada janji Allah. Jika kita bertaqwa kepadaNya serta berusaha, Dia akan hadirkan kepada kita rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Sudah banyak kisah yang dilihat daripada pengalaman sahabat-sahabat. Percaya dan yakinlah.

Friday, August 16, 2013

Khabar Ardul Kinanah...

Salam kepada sahabat semua. Semoga Allah mengurniakan kita taufiq dan hidayahNya, agar kita senantiasa di atas landasan Islam.
Amma ba’d.

Saya membaca tulisan Dr Maszlee Malik di akhbar sinar harian. Satu tulisan yang holistik bagi menggambarkan situasi yang berlaku di Mesir. Bacaan lanjut tulisan beliau boleh dibaca di blog beliau. Klik di sini.

Sehingga kini melalui sumber-sumber yang terdapat di laman sosial FB seperti, Mesir Kini melaporkan bahawa jumlah mereka yang syahid telah melebihi 2500 orang dan jumlah mereka yang cedera melebihi 10000 orang. Angka ini sememangnya sangat besar kerana ia hanya berlaku dalam tempoh dua hari.

Mesir Kini

Ulasan ringkas yang saya boleh katakan tentang apa yang berlaku di Mesir adalah, wujudnya golongan-golongan yang begitu busuk dan jahat hati mereka. Mereka ini tidak mahu melihat Islam didaulatkan. Siapakah mereka? mereka adalah fulul Mubarak yang kesemuanya kalah dalam pertandingan calon Presiden Mesir pada tahun lepas. Dari sumber-sumber FB jugak, mereka mendapat dana yang besar dari kerajaan UAE dalam usaha memburukkan Dr Mursi terutama melalui media. Media Awani melaporkan bahawa, Kerajaan Saudi memberikan $5 billion dollar kepada kerajaan kudeta Mesir, manakala kerajaan UAE menyuntik dana sebanyak $3 billion dollar selepas kerajaan Dr Mursi digulingkan. Di sini sudah menjelaskan hipokrasi sesetengah golongan aristokrat Arab yang mempunyai hati yang jahat. Semoga Allah membalasnya dengan balasan yang setimpal.

Saya tidak menyalahkan rakyat Mesir secara keseluruhannya. Hal ini disebabkan, berada dalam tekanan selama lebih 30 tahun di bawah regim Hosni Mubarak, menyebabkan mereka hilang harapan untuk hidup. Apabila Dr Mursi naik menjadi presiden, harapan mereka sangat besar untuk melihat perubahan kearah yang lebih baik. Namun sayang, sikap kurang bersabar dalam ingin melihat perubahan telah membawa kepada kacau bilau yang sedang berlaku. Keadaan sekarang sangat tidak terkawal sehingga sebuah masjid, Masjid Rabiatul Adawiyah dibakar oleh puak regim. Ini perbuatan yang sangat terkutuk dan melampau. Semoga Allah membalas kejahatan mereka yang membakar rumahNya.

Ada ura-ura yang mengatakan kerajaan Malaysia akan membawa pulang rakyat Malaysia yang ada di sana. Hal ini juga membinmbangkan mereka yang masih menuntut di sana. Dikhuatiri, mereka tidak dapat menamatkan pelajaran yang telah berjalan selama beberapa tahun. Ada yang masih mempunyai satu tahun sahaja lagi untuk tamat. Jadi, doa kita agar Allah mengembalikan keamanan kepada bumi Mesir dan seluruh ahlinya.

Ada pelajaran penting yang kita boleh ambil tentang apa yang berlaku di sana. Pertama, dalam ingin melihat perubahan, kita harus menjalaninya dengan sabar dan tekun. Kesabaran dalam membawa agenda kebaikan serta tidak tergesa-gesa membawa perubahan (tadarruj), merupakan perkara penting untuk melihat perubahan. Hal dapat dilihat dalam dalil pengharaman arak yang dilakukan sebanyak tiga peringkat dalam Alquran. 

Kedua, Pendidikan haruslah ditekankan sedari peringkat bayi. Saya mengutarakan pendidikan kerana, pengamatan saya mendapati negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun dan Korea Selatan, seolah-olah tidak wujud demonstrasi sehingga membawa kepada tembak menembak. Hal ini pada hemat saya, mereka merupakan golongan terpelajar yang mampu mengawal emosi dalam perbezaan pendapat, mengutamakan hujah berbanding sentimen serta mampu bekerjasama dengan siapa sahaja asal mereka tahu apa isu yang diperjuangkan. Berbalik kepada situasi Mesir, disebabkan kebanyakkan rakyatnya masih tidak mendapat pendidikan yang sempurna, mereka bertindak atas dasar sentimen. Mereka mungkin dengan mudah mempercayai berita-berita dari akhbar arus perdana di Mesir tanpa mengkaji terlebih dahulu. Seperti saya katakan di awal tadi, media arus perdana di Mesir masih dikawal oleh puak fulul Mubarak.

Banyak lagi yang perlu diperkatakan tetapi saya ingin tumpukan kepada dua aspek ini dahulu. Ini bukan tulisan akademik, tetapi satu penulisan untuk buat kita semua berfikir atas permasalahan yang menimpa umat. Selagi mana kita bernama Umat Islam, kita akan diuji sehinggalah terbukti bahawa kita benar-benar beriman kepada Allah dan apa yang diturunkanNya.

Wallahualam


Allahummansuril Islam wal muslimeen fil misr. 

Monday, August 12, 2013

Bersyukur...

Salam kepada sahabat semua. Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan rahmatNya dalam hidup kita. Amma ba’d.

Bersyukur. Tajuk yang agak klise. Mudah melafazkan perkataan syukur namun hakikat menjiwai makna syukur kadangkala kurang ditekankan dalam kehidupan insan. Bila kita bersyukur? Kadang-kadang kita hanya bersyukur kepada perkara-perkara yang kita minta dan kita dapat sahaja. Sebagai contoh, kita meminta dan berdoa supaya dapat beli kereta baru. Apabila Allah memakbulkan doa kita, baru kita hendak bersyukur. Banyak perkara yang tanpa kita tetapi Allah tetap memberinya. Contohnya nikmat kesihatan, keluarga yang baik, kawan-kawan yang baik, hati yang tenteram, jiwa yang tenang, makanan yang sedap. Kita jarang mensyukuri perkara yang setiap hari kita perolehi.

Kadang-kadang musibah juga merupakan nikmat yang tertangguh. Semuanya dalam rahsia Allah. Kata orang putih, A blessing in disguise. Mungkin kita minta supaya Allah memberi kecemerlangan dalam peperiksaan yang awal, namun Allah tangguhkan kejayaan kepada peperiksaan yang kedua. Mungkin kita minta dijodohkan dengan si A, namun Allah dengan sifat maha mengetahuiNya menganugerahkan kita si B dan ternyata yang kemudian itu lebih baik malahan terbaik yang kita dapat. The latter the better.

Manifestasi syukur itu adalah dengan kita kembali menyerahkan diri kepada Allah. Dengan penuh keinsafan kita perlu menyedari bahawa diri kita lemah dan terbatas penetahuan kita.


Marilah menjadi hamba yang bersyukur…J

Monday, August 5, 2013

Kembali Kepada Fitrah...

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Walillahil hamd. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam kerana telah menemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Masa pantas berlalu. Ramadhan berbaki lagi dua hari. Bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan, tidak akan sama beribadah dalam bulan ini berbading bulan lain kerana setiap amal dilipat gandakan pahala serta ganjarannya.

Ramai kaum muslimin dan muslimat kembali mencari makna diri, menghayati hakikat kehidupan dan mula menginsafi betapa singkatnya hidup di dunia ini. Namun, di celah manusia yang ramai, masih terdapat mereka yang belum insaf. Terus menerus melanggar perintah Tuhan walau sudah masuk ke dalam bulan yang mulia ini. Inilah mereka yang lalai dan tenggelam dalam fatamorgana duniawi.

Saya mengambil kesempatan memohon maaf atas segala khilaf kepada seluruh sahabat yang mengenali diri saya. Semoga Allah menerima amalan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita. Selamat pulang ke kampung halaman bagi yang pulang beraya di kampung. Hati-hati ketika memandu dan ingatlah orang yang tersayang.


Ya Allah, janganlah Engkau keluarkan kami dari bulan Ramadhan ini dalam keadaan dosa kami tidak diampun dan dari doa yang tidak dimakbulkan. Amin ya rabb.

Mari kembali kepada fitrah bahawa hidup kita bertuhan dan berperaturan.