Salam
buat sahabat yang saya kasihi kerana Allah. Semoga Allah memberkati dan
merahmati kita semuanya.
Amma
ba’d.
Insha
Allah esok, 6 Jun 2013 saya akan bertolak balik ke Malaysia tanah tumpah darah.
Saya kira ini ialah entri terakhir sebelum meninggalkan bumi United States yang
penuh warna warni mewarnai kehidupan saya. Adakah saya akan kembali ke sini semula? wallahua'lam.
Allah berfirman:
“Dan
bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang
tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat
pula mereka didahulukan.” (Al A’raf 7:34)
Tempoh
keberadaan saya di United States telah tamat. Saya harap junior-junior yang
masih tinggal dapat meneruskan legasi menyambungkan silaturahim bersama
komuniti Rochester yang telah kami, senior-senior bina. Bukan kami ingin
mendabik dada membangga diri, cuma sekelumit harapan kami agar nama baik rakyat
Malaysia di mata umat Islam di United States terus dipelihara. Mereka sangat
menyanjung keluhuran dan budi pekerti umat Islam dari Malaysia. Begitu banyak
pujian dihamburkan apabila bergaul bersama mereka. bukanlah pujian yang dicari,
tetapi bersyukur kerana kehadiran kita dalam kehidupan mereka menjadi qudwah
hasanah serta memberi impak positif buat mereka.
Saya
bukanlah siapa-siapa yang terlepas dari silap dan salah, maka sepuluh daktil
saya susun memohon kemaafan. Saya juga mohon dihalalkan segala makan dan minum
serta mohon dituntut hutang jika ada. Alhamdulillah, saya terlepas daripada
satu fasa kehidupan dan sedang memasuki satu lagi tingkatan liku kehidupan.
Semoga Allah sentiasa bersama saya dalam susah dan senang. Selamat berjuang
sahabat semua, sesungguhnya hidup kita mengutip pahala untuk menuju ke negeri
akhirat yang abadi.
2010
2013
How fast time flies. Ya Allah, kurniakanlah kebaikan dan keberkatan dalam umurku. amin ya rabb
2 comments:
anda sangat bertussh.. :)
*bertuah!
sori.. ;)
Post a Comment