Salam
kepada sahabat semua. Semoga Allah meredhai kita sebagai hambaNya. Marilah sama-sama
mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah.
Amma
ba’d.
Saya
setiap minggu dari US lagi saya mengikuti drama Cinta & Wahyu. Semalam adalah
episod akhir bagi drama ini. Drama ini merupakan sambungan atau sekuel kepada
drama Warkah Cinta yang berjumlah 12 episod. Cinta & Wahyu juga mempunyai
12 episod.
Mulanya
saya menonton drama Warkah Cinta hanya kerana ingin melihat sama ada drama ini
sama seperti drama cinta yang lain di kaca TV seperti Nur Kasih tetapi ternyata
drama ini unik dan lain bahkan sangat patuh syariah. Pada mulanya juga saya
juga ingin menilai apakah drama ini sebanding dengan filem-filem dari tanah seberang
seprti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Pendapat saya, filem
KCB sangat menepati syariah bermula dengan pemilihan pelakon yang menutup
aurat, penggunaan bahasa yang baik, serta disampaikan ilmu-ilmu agama menerusi
perbualan dalam lakonan tersebut. Sememangnya karya-karya cinta islamik dari
Indonesia yang ditulis oleh seorang penulis prolific, Ustaz Habiburrahman Elshirazy, sangat menarik dan berilmiah.
Saya amat meminati tulisan beliau. Antara novel beliau yang telah saya baca, Ayat-Ayat
Cinta, Bumi Cinta, dan Cinta Suci Zahrana (Saya hanya menonton KCB, tidak
membaca novelnya).
Saya bersama Ustaz Habiburrahaman berprogram di Las Vegas, 2011
Jadi,
harapan saya kepada drama Warkah Cinta adalah sebanding dengan filem cinta
islamik dari tanah seberang. Drama Warkah Cinta dan Cinta & Wahyu
sememangnya unik kerana latar belakang peggambaran yang dibuat di Mesir dan
Kelantan serta di Kemboja. Percintaan di kalangan ustaz ustazah sememangnya lagi rumit daripada
orang-orang biasa. Dalam drama Cinta & Wahyu, Ustaz Amir Mukhlis
sememangnya hanya mencari seorang, iaitu Ustazah Balqis. Sememangnya percintaan
mereka dipenuhi liku, namun itulah hakikat cinta suci demi mengejar kebahagiaan akhirat, mereka
tabah menghadapinya sehingga membawa mereka ke gerbang pernikahan juga
akhirnya.
Ketepikan
kisah percintaan mereka. apa yang uniknya tentang drama ini? Uniknya, di saat
ramai pihak memandang lekeh institusi pondok dan maahad tahfiz, drama ini
mengubah persepsi penonton agar mengetahui bahawa ilmu-ilmu yang dipelajari di
pondok penting. Buku-buku fikrah seperti Apa Ertinya Saya Menganut Islam (tulisan Almarhum Ustaz Fathi Yakan) turut diketengahkan. Dalam drama ini juga, pengarah (seorang ustaz) cuba
memartabatkan institusi pondok dengan membawa penonton melihat keadaan pondok
(di Kelantan) yang sungguh tenang dan aman. Ustaz Amir Mukhlis (lakonan Imam
Muda Nazrul) yang merupakan lulusan Mesir juga dilantik oleh seorang pengarah syarikat (lakonan Dato
Jalaludin Hasan) sebagai Human Resource Manager. Di sini, mesej yang ingin
disampaikan bahawa perlu orang yang mempunyai pendidikan agama dalam sesebuah
organisasi. Langsung saya teringat bagaimana pentingnya ulama dalam misi Sultan
Muhammad Alfateh ingin menakluki Konstantinopel. Pemakaian jubah, serban, dan
purdah oleh pelakon menunjukkan bahawa golongan ini juga mampu terkehadapan. Di akhir-akhir episode ini, diplotkan juga pertemuan Ustaz Amir dan Ustazah Balqis
atas misi bantuan kemanusiaan di Kemboja. Bagi saya ia sungguh menyentuh hati,
masyarakat Islam di Kemboja hidup di atas bot-bot di atas sungai. Sebelum ini,
saya hanya membaca sahaja kesusahan penduduk Muslim di Kemboja, tetapi menerusi
drama ini, saya dapat melihat sendiri realiti kemelaratan hidup saudara
seaqidah saya di sana. Semoga saya berpeluang menjejakkan kaki ke sana. Allahul
mustaan.
Drama
ini juga sedikit sebanyak akan mengubah persepsi penonton yang sering
menganggap Kelantan sebagai negeri miskin. Ternyata rakyat Kelantan jauh
seperti yang diperkatakan, kerana mereka berniaga sendiri. Rumah-rumah mereka
juga besar dan luas.
Inilah
sebahagian keunikan drama ini yang mampu saya coretkan. Siapa yang
berkelapangan dipersilakan menonton. Saya sudah habis menonton 12 epsiod Warkah
Cinta yang bermula pada hujung tahun lepas (di Youtube), dan telah habis
menonton 12 episod Cinta & Wahyu yang telah berakhir semalam di TV
Alhijrah.
Selamat
menonton..:)
Warkah Cinta episod 1
Cinta & Wahyu episod 1
1 comment:
ulasan yang baik dan mengesankan.
Post a Comment