Alhamdulillah sudah dua hari di Malaysia. Bersyukur dapat
bertemu ahli keluarga yang sentiasa dirindui. Saya juga sudah melapor diri
secara atas talian kepada JPA, hanya menunggu panggilan daripada mereka sahaja
(doakan saya sahabat semua).
Saya akui kerinduan kepada bumi Uncle Sam terutamanya
Rochester sedang dirasai. ICR, IFM (Turkish restaurant), tasik-tasik
sekitarnya, dan masyarakatnya. Entah bila akan kembali ke sana. Apapun pengalaman
itulah yang mengajar apa erti kehidupan. Pesanan saya, kepada mereka yang masih
di luar negara sana, persiapkanlah diri kita dengan ilmu yang bermanfaat.
Masyarakat di Malaysia perlukan perubahan. Untuk melakukan perubahan, kita
perlu kepada kekuatan. Kekuatan ilmu, kekuatan material, kekuatan spiritual dan
kekuatan mental kerana tidak lagi akan berada dalam dunia idealism. Semuanya adalah
reality yang memerlukan kepada KEKUATAN.
Ontario Beach yang sentiasa mendamaikan
Senja berlabuh di Park Point
Pohon epal di hadapan rumah
Tempat mengeratkan ukhuwah
Halal Cheeseburger di RITZone
Usah hidup atas kenangan silam, tetapi binalah kehidupan atas pengalaman lalu..:)
2 comments:
Somehow grass always seems greener on the other side. However I believe Allah has greater plans for you here in Malaysia. May His guidance always be with you.
Jazakillahukhair sis for the du'a. Indeed, he always has a greater plans for all of us, His servants.
Post a Comment