Salam
kepada semua sahabat.Semoga Allah memberkati kehidupan kita dan menganugerahkan
kehidupan yang baik buat kita.
Amma
ba’d.
Kelmarin
saya terbaca satu berita di akhbar Sinar Harian mengenai tawaran RM 1000 bagi
mereka yang dapat menangkap penyokong bola sepak yang bertindak liar (baca di
sini). Kita tahu bahawa di mana-mana sahaja pasti wujud sebilangan penyokong fanatik
yang akan bertindak di luar batasan apabila pasukan mereka kalah, meraikan
kemenangan pasukan mereka atau memang sengaja menimbulkan kekecohan. Antara tindakan
liar yang dimaksudkan adalah membawa mercun ke dalam stadium, membaling botol
air mineral ke dalam stadium, dan merosakkan harta benda awam di perkarangan
stadium.
Dari
satu sudut tawaran ini seolah-olah menarik bagi membenteras salah laku
sebahagian penyokong fanatik bagi mana-mana pasukan bola sepak di tanah air.
Namun saya terfikir akan suatu perkara. Sampai bila masyarakat kita harus
disogokkan dengan imbuhan untuk melakukan perkara-perkara baik? Apa jadi kepada
pendidikan sivik yang diajar di sekolah-sekolah? Tidak adakah perasaan cintakan
keamanan dalam jantung hati rakyat Malaysia? Jika mereka cintakan keamanan dan
keharmonian, tidak perlu lagi tawaran RM 1000 untuk mereka membanteras tindakan
liar ini.
Sebab
itu kuncinya hanya balik menghayati ajaran Islam yang syumul. Islam mengajar
umatnya agar memelihara ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat. Islam
juga amat menekankan amar maaruf dan nahi munkar. Jika dua perkara ini,
benar-benar dihayati oleh peminat bola sepak tanah air yang majoritinya adalah
Melayu Muslim, saya yakin tawaran RM1000 tidak lagi perlu diberikan.
Persatuan
Bola Sepak Negeri Kelantan mengeluarkan tawaran ini. Saya tidak tahu berapa banyak
kos pengurusan bagi KAFA tetapi bagi Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis, kos
pengurusan bagi sebulan adalah RM 220,000 termasuk membayar gaji pemain dan
pegawai. Saya jangkakan Negeri Kelantan lebih lagi memandangkan mereka turut
terlibat dengan perlawanan di luar Malaysia. Maka, jika tawaran ini dilaksanakan
bukankah makin bertambah kos pengurusan?
Masalahnya
bukan pada pengurusan, masalahnya adalah sejauh mana pendidikan Islam di negara
kita benar-benar memberi kesan kepada rakyat Malaysia amnya dan Muslim
khususnya? Pendidikan tentang intipati ajaran Islam sepatutnya diterapkan di
dalam mana-mana organisasi atau persatuan yang wujud di Malaysia. Jika orang
yang benar-benar faham agama berada dalam organisasi dan memainkan peranan
sebaiknya, saya yakin semua orang akan terdidik dengan didikan agama. Makanya tidak
perlu lagi kepada pengeluaran wang tambahan bagi memberi imbuhan kepada mereka
yang berjaya menangkap penyokong fanatik yang melakukan tindakan liar semasa
perlawanan berlangsung.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment