Salam
kepada sahabat yang saya kasihi kerana Allah. Semoga sentiasa dalam rahmat dan
kasih sayang Allah.
Amma
ba’d.
Agak
lama saya tidak mencoret di sini. Hendak dikatakan saya sibuk, saya malu kerana
lebih ramai para asatizah di luar sana lebih sibuk jadual dan masa namun masih
sempat mencoretkan sesuatu di laman maya buat tatapan pembaca. Namun, itulah
hakikat hidup; semakin meningkat dewasa tugas dan tanggungjawab tidak pernah
berkurang. Semoga Allah membantu hambaNya yang penuh kedahifan ini.
Alhamdulillah
sebulan telah berlalu saya di US ini dalam tahun akhir. Sehingga sekarang,
semuanya masih berjalan mengikut perancangan yang saya rancang sejak di Malaysia semasa
cuti summer lepas. Semoga Allah membantu dan mempermudahkan segala urusan saya
dan sahabat semua.
Rancanglah
demi kebaikan masa depan kita. Sesungguhnya orang yang gagal merancang adalah
mereka yang merancang untuk gagal.
Kak long tiada dalam gambar
P/S: Kak long saya dijangka melahirkan anak sulongnya pada hujung bulan ini. Semoga Allah memudahkan urusan kak long saya.
No comments:
Post a Comment