Salam
kepada semua sahabat yang saya kasihi kerana Allah. Semoga Allah memandu kita
dengan hidayah dan taufiqNya.
Amma
ba’d.
Sejarah
manusia telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja dalam kalangan manusia yang
memerintah dengan penuh keadilan pastilah semua rakyat dibawahnya hidup dalam
keadaan aman dan sejahtera serta pemimpin yang adil tersebut pasti dikenang
sepanjang zaman. Singkaplah zaman khalifah Umar Abdul Aziz yang diakatakan
sehingga serigala dan kambing boleh duduk sekali. Kenanglah juga di zaman
khalifah Umar Alkhattab di mana setiap orang mendapat hak mereka.
Tidak
seperti di Malaysia, setiap waktu solat boleh berjemaah di masjid, tetapi di
sini saya berkesempatan untuk berjemaah
sesekali di masjid hanya waktu subuh, maghrib atau isya’. Baru-baru ini, saya
sempat berbual dengan imam masjid (Islamic Center of Rochester), beliau berkata:
“once
I had been in Kelantan. I have stayed there about four months. The Emir
(leader) is very a’lim (knowledgeable) but I forgot his name”
“is
it Nik Aziz?”
“Yes!
He is. But I guess he must be very old now”
Bersama Imam Sheikh Ismet Husny Akcin
Kemudian
saya bertemu bekas perdana menteri Libya, Dr Mustafa Abushagur.Beliau betanya
kepada saya:
“You
must be from Indonesia right?”
“No,
I am from Malaysia.”
“Which
state are you?”
“I
am from penang”
“Oh,
I don’t know”
Bersama Dr Mustafa Abushagur, Ex PM Libya
Kemudian
beliau bertanya kepada sahabat saya:
“Where
are you from?”
“I
am from Malaysia too. From Kelantan”
“From
Kelantan? The Islamic State.”
Kemudian
sahabat saya bertemu dengan orang Bangladesh. Kata orang Bangladesh itu:
“There
is one Islamic state in Malaysia, the leader is very good. What is his name?
“Nik
Aziz?”
“Yes
he is! You have been blessed by having such this people brother.Masha Allah”
Ramai
lagi sebenarnya saya jumpa antaranya orang Libya, Pakistan, Turki dan banyak
lagi. Semuanya memuji Kelantan sebagai negeri Islam. Subhanallah.
Apa
yang saya cuba bawa di sini? Saya cuma mengajak kita semua berlaku adil dalam
hal ini. Di saat orang luar mengambil berat hal ehwal Negara kita dan memuji
negeri Kelantan, tetapi di dalam Negara kita dimomokkan Kelantan sebagai negeri
termiskin, Kelantan mundur, Kelantan tiada pembangunan dan rakyat Kelantan
tidak bijak memilih pemimpin. Saya tiada kepentingan dengan Kelantan kerana
saya orang Pulau Pinang, cuma yang menyebabkan saya terkilan ialah sebahagian
sahabat-sahabat walaupun belajar di luar Negara masih tiada kemampuan untuk
menilai mana satu kerajaan yang baik dan mana kerajaan yang korup. Menilailah
dengan neraca Alquran bukan melalui sumber-sumber media yang berkepentingan.
“Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,
(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (An Nisa’ 4:58)
Jika
tidak mampu melihat di antara dua yang mana lebih baik, lihatlah yang mana
lebih kurang korupnya. Saya membela Tuan Guru NIk Aziz bukan kerana jawatan
menteri besar yang beliau sandang atau parti yang beliau wakili, tetapi saya
menyanjungnya sebagai ulama’ yang gigih berdakwah sama ada kepada umat Islam
atau yang bukan Islam. Lihatlah kuliah hari Jumaat yang diadakan pada setiap
hari Jumaat di tengah-tengah bandaraya Islam Kota Bharu, ia turut dihadiri oleh
orang bukan Islam. Walaupun sudah tua, namun semangat dakwahnya bagaikan
seorang pemuda yang tidak kenal apa itu letih.
Satu
muhasabah buat kita semua, jadilah adil dalam menilai. Jangan berjuang atas sentiment
kaum dan kebangsaan, berjuanglah untuk umat Islam sejagat supaya Islam
benar-benar kelihatan rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi sekelian alam).
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment