Salam
kepada sahabat ikhwah akhawat yang saya kasihi kerana Allah. Semoga Allah
menerima segala amal soleh dan amal kebajikan kita. Allahu akbar! Allahu akbar!
Allahu akbar walillahil hamd.
Amma
ba’d.
Terlalu
banyak kemungkinan dalam kehidupan sehingga adakalanya menyesakkan minda dan
jiwa. Hanya satu menjadi kepastian, itulah kematian. Menyedari hakikat bahawa
kita wajib mati, apakah kehidupan di dunia ini masih menjadi buruan? Saya sering
terfikir, di hadapan Allah, apa jawapan yang akan saya berikan jika saya
didakwa.
Solat
yang masih belum sampai tahap kekhusyukan sebenar, puasa yang tidak benar-benar
membentengi diri, dakwah yang adakala masih sambil lewa, di tambah dengan
dosa-dosa yang sengaja dan tidak sengaja, pelbagai amanah yang tidak
disempuranakan dengan baik, semua ini sering menjadikan saya termenung. Untuk
menyesali hakikat kehidupan bukanlah sifat mukmin sejati kerana telah banyak
nikmat Allah berikan kepada kita.
Hidup
kita ini hanya menumpang kasih dan simpati Allah, andai hilang rahmat Allah,
kehidupan yang senang lenang, harta yang melimpah ruah, dan pengaruh yang kuat
tidak langsung akan memberi makna. Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila
seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah
jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh
yang berdoa untuknya." (Sahih Muslim)
Mati
satu kepastian. Mati bukanlah perkara besar andai kita faham namun perkara yang
besar adalah kehidupan selepas mati yang
kita imani. Adanya soalan munkar dan nakir di dalam kubur, adanya hisab di hari
al mahshar, adanya syurga dan neraka.
Saya
terfikir, apakah bekalan yang ingin saya persembahkan di hadapan Rabbul Jalil
kelak? Saya berharap supaya saya mampu menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah
buku yang dapat memberi manfaat buat saya di alam barzakh dan alam akhirat kelak.
Bayangkan, buku-buku jika saya dapat hasilkan, masih di baca dan dirujuk
selepas seratus tahun yang akan datang, sudah pasti membahagiakan saya di alam
sana. Saya sentiasa berharap, apa sahaja ilmu dan kebaikan yang didapati di
blog saya disebar luaskan. Mudah-mudahan Allah merahmati saya dan orang yang
menyebarkan ilmu di blog ini dengan rahmat yang banyak dan berpanjangan. Segala
kesilapan dan kesalahan harap diperbetul dan ditegur. Saya juga insan biasa
yang tidak maksum. Boleh jadi saya benar, boleh jadi saya salah.
Kehidupan
terlalu singkat untuk kita bersuka ria, sedangkan amanah Allah kepada kita agar
mentaati perintahnya serta menyebarkan Islam masih belum tertunai. Satu muhasabah
buat diri saya dan semua sahabat, ambillah dunia seadanya. Fikirkanlah tentang
kehidupan kita di alam sana, hiduplah dengan berlandaskan Alquran dan Assunnah,
dan jadilah insan yang bermanfaat kepada alam sarwajagat.
Wallahualam
Selamat hari raya aidiladha, kullu ‘am wa antum bikhair.
1 comment:
seeru 'ala barakatillah akh..bab nak tulis buku tu very inspiring! keep on working for Allah.
Post a Comment