Salam
kepada semua sahabat yang saya kasihi, semoga Allah mengampunkan semua dosa
kita yang telah lepas.
Amma
ba’d.
Agak
lama saya tidak menulis, mungkin semangat menulis yang sudah meluntur (semangat
bercakap membuak-buak mungkin). Antara perkara yang saya suka bercakap
tentangnya adalah perkara berkenaan pernikahan, baitul muslim dan terminologi yang
seangkatan dengannya. Saya akui, memang jarang saya perkongsikan berkenaan hal
ini di facebook dan blog tetapi dalam percakapan seharian dengan
sahabat-sahabat di sini dan juga dalam usrah, memang topik ini selalu
diselitkan. Saya yakin dan pasti, bagi mereka yang berumur sebaya dengan saya
(20-an) pasti topik ini antara topik yang sering menjadi bahan bual bicara.
Berbicara
mengenai cinta tidaklah salah dalam Islam bahkan Islam sangat meraikan fitrah
insani yang satu ini. Atas sebab ini, ditunjukkan jalan pernikahan.
Uniknya penciptaan manusia selain dijadikan roh dan jasad, insan dianugerahkan perasaan yang pelbagai. Antaranya ialah perasaan cinta. Cinta mempunyai pelbagai tafsiran. Namun, antara tafsiran yang paling saya tertarik mengenai cinta adalah, ia satu arus yang mengalir dalam hati dan sanubari insan tanpa mampu disekat. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah jatuh cinta kepada seseorang. Kita boleh menafikan kepada teman sekeliling, hakikatnya hati kita tidak dapat dibohongi. Apakah salah untuk kita jatuh cinta sebelum bernikah? Insan bukanlah mesin atau robot yang tidak mempunyai perasaan. Menghalang cinta bermaksud membunuh fitrah insan itu sendiri yang akan membawa kepada keburukan yang lebih parah; kekecewaan,kemurungan,kesedihan melampau dan sebagainya. Sabda Nabi Muhammad SAW:
Uniknya penciptaan manusia selain dijadikan roh dan jasad, insan dianugerahkan perasaan yang pelbagai. Antaranya ialah perasaan cinta. Cinta mempunyai pelbagai tafsiran. Namun, antara tafsiran yang paling saya tertarik mengenai cinta adalah, ia satu arus yang mengalir dalam hati dan sanubari insan tanpa mampu disekat. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah jatuh cinta kepada seseorang. Kita boleh menafikan kepada teman sekeliling, hakikatnya hati kita tidak dapat dibohongi. Apakah salah untuk kita jatuh cinta sebelum bernikah? Insan bukanlah mesin atau robot yang tidak mempunyai perasaan. Menghalang cinta bermaksud membunuh fitrah insan itu sendiri yang akan membawa kepada keburukan yang lebih parah; kekecewaan,kemurungan,kesedihan melampau dan sebagainya. Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Aku
tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat
al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih)
Melalui
hadith ini, jelas nabi memperakui bahawa pernikahan adalah manifestasi bagi dua
insan yang berlainan jenis bercinta. Dimana tercipta cinta, disitu rindu
bermula. Api kerinduan tidak dapat dipadamkan melainkan setelah melangkah ke
gerbang pernikahan. Timbul persoalan lain, sebelum bernikah, apakah
batasan-batasan yang perlu dijaga sebelum sentuhan antara dua insan ini menjadi
halal?
Saya
akui, saya memang mengetahui beberapa kisah sahabat-sahabat yang bercinta
sebelum bernikah, dan Alhamdulillah sekarang sebahagian mereka telah halal
untuk saling bersentuhan. Ada yang pertunangannya memakan masa empat tahun, ada
yang dua tahun, dan ada yang hanya beberapa bulan sahaja.
Laman
sosial seperti facebook dan twitter terutamanya, merupakan medium terpantas
untuk tersebarnya berita-berita mengenai pernikahan rakan-rakan. Di kesempatan
ini, saya menasihati diri saya dan rakan-rakan, agar menjaga batasan pergaulan
dengan teman berlainan jantina. Berbincang hanya sekadar perkara yang perlu,
tidak perlu hanyut ke lembah gossip yang pasti mengundang dosa dan kemurkaan
Allah. Di laman sosial, selain Allah dan malaikat, ada lagi mata-mata yang
memerhati. Kita tidak tahu, apa yang tersembunyi di hati insan. Andai dia insan
yang baik, pasti dia akan mendoakan kebahagiaan kita, namun jika dia insan
sebaliknya, berkemungkinan untuk dia mencetuskan sesuatu yang akan membawa
kebinasaan dalam perhubungan kita. Jika bakal pasangan kita itu soleh dan
solehah, sudah pasti diri ini terasa zalim andai mengkhianatinya dengan tidak
menjaga batas-batas ikhtilat sedangkan dia sangat menjaga batasan pergaulan
demi kita.
Persediaan
dari segi ilmu dan material amat penting dalam tempoh menghitung hari menuju ke
alam pernikahan. Tanpa persediaan yang rapi, impian inginkan sebuah rumah
tangga muslim, hanyalah angan-angan tanpa makna. Jangan hanya dipandang
manisnya pasangan itu dan ini, tetapi lihatlah segala kesukaran yang mereka
tempuhi sebelum mengungkapkan lafaz sakinah di hadapan wali si muslimah. Saya akui,
saya masih dalam tempoh persediaan dan saya merasai sukarnya untuk menjaga
batasan-batasan ini terutama apabila kita menjadi titik rujukan sebahagian
teman-teman. Namun, saya sentiasa bersitighfar agar Allah menjauhi saya dan
orang yang berurusan dengan saya daripada bisikan syaitan ke arah kejahatan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kaum mukminin.
Sebagai
penggulungan, saya juga ingin menyedarkan diri saya dan sahabat semua, bahawa
pernikahan yang ingin kita melangkah ke dalamnya, biarlah dengan kesedaran
bahawa tanggungjawab selepas akad itu adalah berat. Tambahan pula, kita adalah
orang yang diberi kefahaman lebih sedikit berbanding orang lain, perlu
menyedari dan beriman kepada kewajipan berdakwah dan menyeru orang agar kembali
kepada Islam. Kepada muslimah, sila mudahkan bakal suami kalian dengan
menguasai dan memahami ilmu-ilmu fiqh kewanitaan seperti haidh,nifas, dan
wiladah. Didiklah diri menjadi insan yang matang dan mampu berdikari serta
pupuklah sifat keibuan sebelum bernikah. Kepada bakal-bakal suami, sila fahami
bahawa pernikahan bukan sekadar memenuhi tuntutan fitrah dan batin, namun
penting untuk mengembeleng gerakan dakwah islamiyah.
Saya
doakan semoga Allah mengurniakan saya dan semua sahabat yang membaca entri ini
agar dikurniakan pasangan hidup yang soleh dan solehah, menjadi penyejuk mata
hati seperti mana firman Allah:
“Dan
juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan
berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan
zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan
jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Al Furqan
25:74)
Wallahua’lam.
Kredit Gambar: Syabab Musafir Kasih
No comments:
Post a Comment