Salam
kepada semua sahabat yang saya kasihi kerana Allah, semoga Allah memberkati
kita semua.
Amma
ba’d.
Alhamdulillah
atas segala nikmatnya, baru terasa boleh bernafas sikit.Blog ini pun sudah
berhabuk. Ya Allah ampunilah dosa hambaMu ini andai tidak menyumbangkan sesuatu
buat sahabat-sahabatnya. Antara perkara yang saya suka bicarakan adalah
persoalan tentang kehidupan. Kehidupan ini sebuah misteri. Bagi mereka yang
hidup hanya memburu duniawi, mereka tidak akan Nampak betapa misterinya hidup. Namun,
bagi mereka yang menjadikan akhirat sebagai buruan, mereka akan Nampak kehidupan
ini sesuatu perjalanan yang penuh misteri dan ajaib. Kenapa? Kerana bagi mereka
yang memburu akhirat, dibentang segala ujian, mehnah dan tribulasi bagi
pembuktian iman yang haq.
“Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami
beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang
orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya
tentang orang-orang yang berdusta.” (Al An’kabut 29:2-3)
Bagi
mereka yang menjadikan akhirat sebagai matlamat pasti diuji dengan ujian yang
berat. Ada yang melalui detik sukar apabila gagal dalam peperiksaan, gagal
dalam hubungan, gagal dalam perniagaan dan gagal dalam kerjaya walaupun
semuanya telah dibuat mengikut kehendak syariat. Allah maha adil, bersamanya kesusahan
itu adanya kesenangan.
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan.” (Al Sharh 94:5-6)
Selaku orang beriman, apabila diuji, percayalah akan ada
sesuatu perkara yang lebih baik di masa hadapan cuma apa yang penting, kita mesti tetap
yaqin dan istiqamah dengan amalan soleh. Allah tidak pernah bermaksud
mempermainkan kita hambaNya. Dia Cuma ingin menunjukkan kepada kita bahawa Dia
amat menyanyangi kita. Kehidupan lebih bermakna dan menjadi manis apabila ujian
dan nikmat datang silih berganti. God
works in mysterious ways. Kita sendiri tidak terjangkau dek akal memikirkan
bagaimana kita boleh keluar daripada permasalahan yang kita rasa begitu berat
ketika kita diuji. Itulah cara Allah ingin membawa kita lebih dekat kepadaNya. Kita
mungkin sedih tatkala diuji, itu fitrah! namun janganlah sampai membawa kepada
hilang kebergantungan hidup kepada Allah.
Apabila Allah menunjuk jalan atau membawa kita keluar
daripada permasalahan hidup barulah kita sedar bahawa Allah bersama kita. Pokoknya,
kebergantungan hidup kepada Allah menjadi nadi kepada kita untuk meneruskan kehidupan
yang serba rencam. Marilah kita berazam untuk istiqamah dan mempertingkatkan
amal soleh dan amal kebajikan agar jiwa kita lebih dekat dengan Allah.
Wallahua’lam
Trials will come
but surely they will fade away. Senyum
No comments:
Post a Comment