Salam kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah sekalian. Di hari minggu yang tenang ini, marilah sama-sama memuji kebesaran Ilahi dengan memerhati ciptaannya yang agung. Semoga kita semua lebih menghampiri Allah jalla wa a’la.
Amma ba’d.
Membaca akhbar, blog, link-link yang dikongsikan di fb, twitter dan sebagainya sudah menjadikan kita insaf dengan keadaan umat Islam baik yang ditindas di Palestin dan Syiria terutamanya mahupun yang lalai serta jauh dari pimpinan Alquran dan Assunnah. Saban hari dan waktu kita mendengar keadaan umat semakin kritikal. Berlakunya penindasan kepada kaum lemah, eksploitasi kaum wanita dalam bidang permodelan dan pengiklanan, terjadinya penyelewengan harta dan kuasa dalam kalangan pemimpin politik, wujudnya masyarakat Muslim yang meremehkan hal sembahyang dan hukum hakam agama serta TIDAK BERJALANNYA AMAR MAA’RUF WA NAHI MUNKAR secara berterusan (istiqamah).
Buat masa sekarang ini tiada apa sangat yang mampu kita lakukan kerana kuasa bukan di tangan kita. Kata-kata Syed Qutb:
“Perlu untuk wujud jemaah yang menyeru kepada kebaikan, menguatkuasakan syariah dan mencegah kemungkaran . Tidak dapat tidak kerajaanlah yang perlu memainkan peranan itu.
Perlu difahami bahawasanya bukan menjadi kemestian dalam berda’wah untuk mempunyai kerajaan, tetapi untuk menguatkasakan syariah dan mencegah sebarang kemungkaran yang bercanggah dengan syariah MESTILAH dengan mempunyai kerajaan.” (dipetik dari blog UstazRidhauddin)
Saya hanya berpendapat, dalam kalangan sahabat-sahabat saya ada yang akan menjadi pemimpin, menteri bahkan mungkin ada yang akan jadi perdana menteri. Atas sebab ini, pentingnya system usrah ini berjalan dengan konsisten. Suatu hari nanti, kalau yang naik memimpin biarlah orang yang mengikuti usrah, tamrin, daurah, jaulah, rehlah dan katibah kerana kata-kata Saidina Umar Alkhattab:
“'faqihkanlah dirimu dalam hal agama sebelum kamu memimpin”.
Perlunya pemimpin-pemimpin di masa hadapan daripada kalangan orang yang menerima tarbiyah supaya dia tahu merawat penyakit yang melanda masyarakat. Saya sentiasa berharap daripada kalangan rakan-rakan usrah saya, akan ada yang jadi menteri dan pemimpin supaya masyarakat boleh menjadi baik. Ada suatu kata-kata (saya tak berapa pasti perkataan ulama’ atau hadith) yang berbunyi:
“al-ra'iyyatu 'ala dini mulukihim yang bermkasud rakyat berada di atas agama pemimpin mereka”
Hal ini bermaksud rakyat akan mengikuti jejak langkah pemimpin mereka. Jika pemimpin kaki rasuah, kita tidak pelik jika berleluasa rasuah dalam masyarakat kita. Jika pemimpin itu berakhlaq mulia, kita akan dapati bahawa orang bawahannya atau yang dipimpinnya juga berakhlaq mulia. Kepimpinan melalui tauladan.
Pokok pangkalnya, buat masa sekarang, sistem usrah harus diperkasakan kerana sistem pendidikan formal yang sedia telah terbukti gagal melahirkan insan yang cemerlang akhlaqnya.
Wallahu’alam.
Perkasakan tarbiyah, mantapkan fikrah. Kita mampu melakukannya.
1 comment:
Setuju dengan pendapat enta. Kalau tak dapat nak pandang jauh dan super optimis. Presiden sesuatu kelab mahupun ketua sesuatu organisasi di kampus or sekolah, walhal ketua rumah pun perlu ada asas agama dan faith tu sendiri supaya tak tersasar dalam memimpin orang lain. Bahkan kita sendiri adalah pemimpin kepada diri sendiri.Teruskan mentarbiyah dan ditarbiyah. Allah tak akan mensia-siakan usaha kita dalam membantu agama-Nya. fitrah manusia itu sememangnya adalah ke arah kebaikan. [Ar-Rum:30] Wallahu'alam. Keep on working bro!
Post a Comment