Tuesday, March 27, 2012

Perihal Anak Angkat...

Salam kepada ikhwah dan akhawat yang saya kasihi kerana Allah. Semoga Allah menetapkan hati-hati di atas landasan dakwah Islam yang mulia ini.
Amma ba’d.

Dalam hidup, tidak ada sesautu pun yang patut kita bimbangkan kerana semuanya telah tertulis di lauhul mahfuz. Andai kita memahami hakikat ini, tiada kesedihan yang akan melanda kita. Yakin dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya kita akan rasai bahawa aturan Allah ini begitu cantik.


Sebenarnya, saya tidak ada apa sangat untuk dicoret kali ini Cuma sengaja ingin mengisi masa lapang sebelum masuknya asar. Alhamdulillah, baru-baru ini emak dan ayah saya dapat lagi anak angkat; kali ini semuanya lelaki. Jumlah anak angkat emak saya sekarang ada lebih kurang tujuh orang. Anak angkat yang pertama diambil pada tahun 1993 dibawah program anak angkat yang dianjurkan oleh USM Pulau Pinang. Kami sekeluarga kenalinya dengan panggilan Kak Za. Sewaktu itu Kak Za yang masih belum berkahwin, sampai sekarang sudah ada tiga anak tidak pernah miss balik kampong saya setiap kali tibanya raya. Anak sulungnya juga, Aiman sudah berumur 16 tahun. Subhanallah, masa berlalu begitu pantas. Kak Za dan suaminya Abang Lan, kedua-keduanya mengajar di salah sebuah sekolah di Kelantan.

Anak angkat yang kedua, Kak Nurul, orang Pendang, kedah. Kak Nurul menjadi ahli keluarga saya pada tahun 2004. Ada seorang lagi anak angkat yang diambil pada tahun yang sama tetapi saya tidak ingat namanya (yang seorang ni orang Kajang dan saya tidak pernah berjumpa dengannya). Dua orang ini juga diambil di bawah program anak angkat USM Pulau Pinang.

Baru-baru ini, emak saya dapat lagi empat orang anak angkat. Kali ini dari Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh. Kesemuanya lelaki. Saya call  emak saya semalam dan emak menceritakan tentang mereka. Setakat yang saya tahu, mereka semua muda daripada saya setahun.
 Ahli Keluarga Baru

Alhamdulillah, dibawah program Aqsa Syarif, saya sendiri turut mempunyai seorang anak angkat (seperti yang pernah diceritakan di entri ini). Saya berharap di masa hadapan, apabila sudah mempunyai ekonomi yang kukuh, saya akan pergi cari sendiri anak angkat di Palestin. Dari pengamatan saya, anak-anak Palestin, sebahagiannya adalah anak para syuhada’ yang sudah mengalir ruh jihad yang mantap dalam tubuh mereka. Jika mereka diberi peluang pendidikan dan kehidupan yang baik, saya yakin potensi mereka untuk menjadi pemimpin Islam yang hebat di masa hadapan sangat tinggi. Atas sebab ini, saya terfikir mungkin dengan cara ini, kita dapat membantu saudara-mara kita di sana.

4 comments:

El-Azwar said...

MasyaAllah, bagusnya. Moga usaha mulia dlm menyantuni anak yatim terus mengalir hingga kalian bertemu di sana.

I found about Muslim Care, one of the NGO's working on the masjid in Gaza (if not mistaken. a remarkable one.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

Muslim care yang bawah ustaz riduan md noor ke?ke yang base kat UK tu?thanks akmar for the info.

El-Azwar said...

Bawah Ust Ridhuan, once pernah tanya Ust himself pasal Friendship Bakery yg ingatkan mainly under Aqsa Sharif tp baru tahu yg the paper work is originally by Muslim Care (you know who), so Muslim Care to me is quite established and is a big NGO's in Palestine even in tanah air and internationally. Banyak NGO's yg volunteer in their project, so salah satunya Aqsa Sharif. Tak tahu pulak yg base di uk mcm mna.

Admit that perkara ni mcm sounds tak brp penting, maybe I care about 'referencing' too much. ^^

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

oh ye ke.pasal paper work tu baru tahu.huhu