Friday, October 28, 2011

Human Capital...

Salam buat semua, semoga Allah memberkati kehidupan seharian kita.
Amma ba’d.

Saya mulakan entri kali ini dengan menyingkap secebis sirah untuk kita sama-sama mengambil pelajaran.
Pada suatu hari Saidina Umar Alkhattab RA berkumpul dengan para sahabat yang lain dalam sebuah bilik.

 Lalu Saidina Umar RA bertanya, “Apakah kalian mahu bilik ini dipenuhi?”

Lalu jawab seorang sahabat.”saya mahu bilik ini dipenuhi dengan harta agar dapat diinfaqkan ke jalan Allah”

“saya mahu bilik ini dipenuhi dengan emas dan permata agar dapat digunakan ke jalan fi sabilillah” Jawab seorang sahabat yang lain.

“kami tidak tahu apa lagi yang kami impikan. Wahai amirul mukminin, apakah yang kamu inginkan bilik ini dipenuhi?” Tanya seorang sahabat.

“aku mahu bilik ini dipenuhi dengan pemuda seperti Abu Ubaidah bin Aljarah dan Muaz bin Jabal agar aku dapat menggunakan mereka untuk membangunkan ummah” jawab Saidina Umar RA.

Subhanallah, betapa jauhnya pandangan dan pemikiran amirul mukminin Saidina Umar RA. Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, Nampak tak apa mesej yang cuba saidina Umar RA sampaikan? Mesej utama dalam sirah ini adalah berkenaan peri pentingnya  human resource atau human capital  yang sering kita dengari pada masa ini. Harta yang banyak akan habis apabila kita gunakan tetapi sumber manusia jika kita betul-betul mengoptimakan penggunaannya, kita akan dapat lihat wujudnya sebuah tamadun (civilization) yang ulung di abad ini. Jadi, persoalannya, bagaimana kita boleh mewujudkan human resource  yang berkualiti dari pelbagai aspek? Pada pendapat saya, segala-galanya harus bermula dari PENDIDIKAN ataupun TARBIYAH.

Dalam kehiduapan seorang insan, untuk insan tersebut menjadi sebenar-benar insan, dia mesti melalui satu proses pentarbiyahan agar sifat insaniyah terbentuk di dalam dirinya. Atas dasar ini, USRAH memainkan peranan penting dalam melahirkan insan-insan yang terdidik dengan sifat-sifat kemanusiaan. Jangan sesekali sangka bahawa dalam usrah kita akan jadi tok wali atau masyaikh besar dalam bidang fiqh, hadith atau usul fiqh tetapi usrah membentuk jati diri kita menjadi muslim yang berkualiti. Jadi selepas terbentuknya individu muslim yang berkualiti, kita akan dapati segala amanah, gerak kerja membangunkan ummah dan Negara dapat dibangunkan dengan gemilang. Jika yang mengepalai organisasi, pertubuhan hatta Negara itu terdiri daripada individu muslim yang cemerlang akhlak, akademik, sahsiah dan kefahaman siyasahnya, insya Allah kita akan dapati bahawa sesuatu organisasi atau Negara itu akan bangkit dengan sebuah tamadun yang agung dan gemilang.

Jadi sekadar peringatan buat diri saya dan kalian, kita sebenarnya tiada masa lagi untuk bermain-main, lalai, memikirkan gossip sana sini, dan berpeluk tubuh; hanya bertepuk tangan apabila Islam sudah di atas. Dengan apa cara sekalipun serulah insan-insan yang masih teraba-raba mencari jalan keluar dari permasalahan umat yang kronik kepada seruan ad dinul haq (Islam). Bantulah mereka untuk membentuk diri mereka menjadi human capital yang pernah Rasulullah SAW hasilkan 1400 tahun yang lalu. Ajaklah mereka untuk menyertai usrah agar mereka dapat merasai kemanisan hidup dan agar kita bebas dari penghujahan mereka ke atas kita di akhirat kelak.

4 comments:

sKiRafaRgEek said...

"kita mahu melahirkan generasi yg faham agama melalui usrah bukan generasi yg a'lim dlm ilmu fiqh dan sebagainya kerana kita ada institusi lain utk itu..."

PuteriBonda Anis said...

"tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah.." insyaAllah....

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

To Salwani & Hanisah: jazakumullahu khairan kathiran atas pandangan dan perkongsian..:)

unguviolet said...

http://www.youtube.com/watch?v=dz6cJN1jU44
Rasulullah SAW tidak tinggalkan mashaf tapi Baginda tinggalkan para SAHABAH. Islam teguh dlm hati-hati mereka. jom graduate dlm school of tarbiyyah!(atau universiti bak kata penulis) ;)Allahuakbar.