Tuesday, April 12, 2011

One Step Taken, One Step Closer

Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah azza wa jalla. Bersempena musim bunga yang tiba di negara-negara empat musim di hemisfera utara ini, marilah kita sama-sama menghayati kebesaran Allah yang menciptakan bunga-bunga cantik bagi mereka yang berfikir. Sesungguhnya memandang bunga-bunga, langit, laut dan alam sekeliling sangat menenangkan kerana mereka sentiasa berzikir dan bertasbih kepada Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (13:28).
Amma ba’d.

Entri kali ini dikeluarkan khas atas permintaan akhi Abdul Wahid Munif yang sedang berada di Colorado School of Mines, Colorado. Saya kira akh Wahid lebih mengetahui tentang perkara ini namun mungkin beliau ingin melihat pendapat saya dan dalam masa yang sama kami boleh bertukar-tukar pendapat. Persoalan yang ingin kita rungkaikan kali ini adalah berkaitan khitbah. Saya sangat memahami bahawa umur 20 hingga 25 tahun merupakan zaman kritikal (critical time) bagi seseorang kerana zaman ini, kita harus membuat pilihan yang mana pilihan-pilihan ini akan mempengaruhi kehidupan kita  apabila berumur 30 an, 40 an, 50 an dan begitulah seterusnya sehingga datangnya malaikat Izrail untuk mencabut nyawa.

 Apa itu khitbah?  Khitbah bermaksud peminangan seorang lelaki terhadap perempuan yang mahu diambilnya sebagai permaisuri hidup atau dalam bahasa lebih mudah ialah bertunang. Bertunang tidak bermaksud segala-segalanya halal melainkan dalam beberapa perkara. Rasulullah SAW bersabda:

Dari Mughirah bin Syu’bah berkata “Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW
bersabda, ‘Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih sayang antara kalian
berdua.” (HR Nasa’I, Ibn Majah dan Tirmidzi).

Disini Rasulullah SAW menyuruh kita melihat wajah gadis yang ingin kita peristerikan supaya tidak menyesal sesudah perkahwinan nanti. Jadi melihat muka adalah harus supaya kita berpuas hati dengan pilihan yang dibuat kerana perkahwinan bukan proses yang singkat tetapi ia memerlukan komitmen sehingga ke syurga. Ramai orang yang berkata, rupa tidak penting asalkan ada agama. Bagi saya pernyataan ini harus diperbetulkan kepada asalkan ada agama dan sedap mata memandang. Setiap orang mentakrif kecantikan dari perspektif yang berbeza. Ada berkata yang hitam manis itu menawan, ada yang berkata yang putih melepak itu menarik, dan ada yang berkata yang berkulit kuning langsat itu cantik. Jadi, terpulanglah kepada kehendak masing-masing. Jika ditanya saya yang mana menjadi pilihan hati, jawapan saya adalah asalkan ada agama dan sedap mata memandang. Ustaz Ridhauddin pernah berpesan kepada saya.

“Nanti kalau Nazrul nak cari isteri, cari yang pakej. Cari yang solehah, cantik dan sama fikrah.”

Segala pesanan Ustaz Ridha kepada saya sebelum berangkat ke bumi asing ini memang sentiasa terpahat kukuh di sanubari saya.

Bertunang vs Coupling

Ada soalan dari seorang sahabat baru-baru ini.

“Yun, macam mana kalau kita saling menyukai dengan orang perempuan tu dan kita tak nak jatuh ke lembah coupling?”

“ha, itu pasal lah kita kena bagitau kat mak ayah kita kalau kita berkenan dengan seseorang. Pastikan mak ayah kita tahu dan mak ayah yang sebelah sana pun tahu. Sebab benda saling menyukai ni fitrah.”

Hari ini kita sangat sedih dengan budaya coupling dalam kalangan muda mudi yang begitu bebas ke mana sahaja tanpa batasan. Mereka keluar ke taman, panggung wayang, shopping mall dan makan-makan sekali seolah-olah sudah mempunyai hubungan yang sah. Bahkan ada yang lebih teruk pada itu apabila syaitan dan nafsu menguasai diri, ibu bapa sudah tidak diingati, ‘perkara’ yang paling kita takuti itu pun terjadi. Wana’uzubillahimin zalik.

Apabila bertunang, kita sudah mendapat restu dan redha dari ibu bapa. Apabila bertunang, kita boleh keluar bersama asalkan ada mahram yang menemani dari pihak perempuan. Kita boleh bertanya khabar dengan syarat tidak berlebih-lebihan. Tetapi sangat tidak digalakkan bagi mana-mana pihak untuk bermalam sama ada di rumah lelaki atau rumah perempuan selagi ikatan pernikahan belum dimerterai.

Namun bagi yang bercouple, mereka bebas keluar ke mana bersama-sama bernaungkan kemurkaan Allah. Emak dan ayah seolah-olah tunggul kayu di rumah kerana mereka tidak dikhabarkan perihal anak yang mereka lahir dan besarkan. Mereka berjanji bersumpah setia, sedangkan redha dan restu ibu  bapa belum diminta. Tidak malukah kita mengusung anak dara orang ke hulu hilir tanpa pengetahuan orang tuanya? Yang paling patut dimalukan adalah, tidak malukah kita melanggar larangan Allah yang sentiasa memberi rezeki dan melihat kita?

Malu Tapi Mahu

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak boleh bagi seorang lelaki melamar tunangan orang lain sehingga ia menikahinya atau
meninggalkannya ".
(HR Bukhari dan An-Nasai)

Dalam hal ini, kita tidak boleh melamar seseorang yang sudah diketahui menjadi tunang orang. Atas dasar ini, perlulah kita selidik terlebih dahulu. Bagi yang berani, dia akan berterus terang.

“Sebenarnya, saye dah lame menaruh hati kat awak. Sudi tak awak menjadi isteri saye?”

Tapi bagi orang-orang yang pemalu, khidmat orang tengah sangat diperlukan. Orang tengah pula bukanlah orang yang jenis tangkap muat tetapi haruslah orang yang menjaga agamanya. Seafdhal-afdhalnya sudah tentulah dari kalangan orang yang berkahwin sendiri. Maksud menjaga agama disini adalah yang mempunyai akhlak yang bagus baik dari segi tingkah laku,perbuatan dan tutur kata.

Tempoh pertunangan ini tidak perlulah dilamakan kerana khuatir ada orang-orang yang dengki kepada kita akan melakukan sesuatu yang akan menggagalkan impian menuju mahligai impian. Dibimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadakan pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat ditemani oleh Mahram. Seharus-harusnya tempoh pertunangan juga harus dirahsiakan. Rasulullah SAW bersabda:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Situasi yang boleh dilihat pada masa kini terutamanya di Facebook adalah pasangan-pasangan ini sudah meletakkan status “in relationship”, “engaged” dan sebagainya. Bagi saya status yang sesuai hanyalah “married” apabila benar-benar sudah berkahwin. Sebab itu saya tidak meletakkan sebarang status sama ada single,it’s complicated, in relationship dan sebagainya di Info FB saya bagi mengelakkan spekulasi-spekulasi yang akan timbul.

Mungkin orang-orang yang malu ini jugak bertanya macam mana nak memulakan hal perkahwinan ini dengan ibu bapa. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dikurniakan emak dan ayah yang sentiasa berminda terbuka untuk bercerita tentang hal ini, Alhamdulillah.

“Tak payah tunggu sapa lahir dulu. Kalau angah dah ada, angah la naik dulu” kata emak pada suatu hari

Mungkin cara yang boleh saya sarankan adalah cuba bersembang hal sebegini dengan ibu bapa kalian.

“Mak, ada kawan angah yang sampai kat US ni dah kahwin dah”

Ayat ini boleh dijadikan permulaan untuk memulakan topik perkahwinan ini bersama ibu bapa kalian.

Pesanan Buat Diriku dan Dirimu

Kita harus ingat, cinta makhluk hanyalah alat untuk menyampaikan cinta yang sebenar-benarnya kepada Allah. Andai tidak memiliki bunga yang kita dambakan itu, yakinlah Allah telah menyediakan kuntuman bunga yang lebih harum dan indah mewangi. Perkahwinan itu selain memenuhi fitrah, ia juga mesti mempunyai matlamat dan matlamat itu biarlah bersambung kepada kebaikan Akhirat kita. Niatlah di hati moga perkahwinan kita diberkati Allah dengan anak-anak yang soleh dan solehah yang dapat mendoakan kebahagiaan kita di alam barzakh sesudah kematian kita kelak.

Kepada Wahid, saya memohon maaf jika terdapat kekurangan pada tulisan saya. Semoga apa yang baik boleh diamalkan, dan yang kurang baik, saya memohon keampunan daripada Allah dan jauhkan kami daripada mengamalnya.

Satu langkah diambil, satu langkah menghampirinya.

Wallahua’lam.

untuk Wahid, terimalah lagu ini

16 comments:

miss asnida hani said...

Aku cakap gak kat mak aku "ade kawan kak ngah kawen " even aku xde calon. Kot2 la ade lg org merisik aku. Jap g mak aku cakap jangan nak mengada-ngada kawen awal. Keje dulu. Mcm mane tu? Hahaha.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

maksudnye ko kene sambung sampai abis degree dulu la..aku cakap kat mak aku, lepas tu mak aku cakap "kalau dah ade jalan dulu"..haha..anyway, nice try..please try again later..huuhu

abid™ said...

thanks a lottttttttt :)

great post and bertambah la jugak ilmu pasal bnd ni.yg lain2 kalau nk tambahan lagi kena bnykkn membaca lg la nampaknya and carik jawapan kalau ada soalan2 yg belum terjawab.

thanks again :)

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

welcome wahid.. i just shared what i know, the rest only Allah knows..May Allah guide us to His right path..:)

Nazierah Rosman said...

mak abah ckp, "kalau rasa nak kahwin, kahwin je..mak abah pn kawin muda.yg penting hubungan tu halal"

tapi kita ni perempuan.kalau ayat tu untuk anak laki sesuai la..diorang boleh decide :D

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

to iejan: eh, bukan perempuan lebih perlu ke kawen awal supaye lebih secure..btw, terpulangla kan..jodoh ajal maut semua sudah tertulis di lauh mahfuz..pena telah diangkat, dakwat telah kering..:)

Encik Macho said...

yaa itu dia parent yun dah tau dah tu..insyaAllah undangan akan menyusul ;)

to wahid: dah btau parent lom? alang2 walimah skali dengan yun kan jimat. haha

lg satu, tak kirala sape lahir dulu..ada kereta jalan dulu la.. peace!

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

ya..kita mesti mengamalkan dasar berjimat cermat especially time minyak naik ni..alang2 kite 3 3 sekali la..huhu

abid™ said...

hahaha.idea itu sgt bernas akeym dan yun :D

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

MISG boleh sponsor tak?haha

Aizat Azizan said...

nice post yun ;) aku segan nak ckp pasal kahwin ni dgn parents. heh.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya..belum cuba, belum tahu..huhu..cakap je,diorang mesti faham since kite dah kat oversea ni..:)

run azeefah nirsim said...

nice article. thanks for sharing. tumpang baca skali wlaupun dedicate specially utk wahid. :)

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

sekadar yang termampu..feeza, mane blog? private kah?

run azeefah nirsim said...

tula..xada bahan menarik untuk dishare. berehat sebentar. huhu

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

oh ye ke..x pe,ade berite2 menarik dari columbus, share2lah di blog ye..huhu