Salam buat semua, semoga hari ini lebih gemilang dari hari semalam.
Amma ba’d.
Apakah lughatul hubb ini? lughatul hubb bermaksud bahasa cinta; bahasa yang indah untuk dipertuturkan. Bila dan dimana bahasa cinta boleh digunakan? Sebenarnya bahasa cinta ini boleh digunakan bila-bila masa dan di mana saja. Kondisi yang saya maksudkan kali ini untuk menggunakan bahasa cinta adalah dalam medan dakwah. Ya, ramai dalam kalangan ‘orang agama’ hari ini menggunakan kaedah menghukum dalam berdakwah.
“ape kau buat ni, tau tak perbuatan ini haram. Allah berfirman bla bla bla..”
“ish, teruknye kau ni.takkan kau tak belajar pasal benda simple ni waktu kecik dulu.”
“dah nampak dah kau ni memang calon neraka.Allah kate jangan makan bende haram, kau sumbat jugak.”
Begitulah sebahagian cakap-cakap mereka yang ada ilmu agama lebih sedikit berbanding orang lain. Wahai sahabat nabi bersabda:
“Barangsiapa yang Allah mengehendaki kebaikan kepadanya, maka Allah akan memberi kefahaman agama kepadanya” (hadis riwayat Bukhari)
Di sini, Allah berjanji memberi KEFAHAMAN dalam agama. Kefahaman dalam agama bukan sekadar tahu. Sebagai contoh, seseorang sangat tahu untuk memasak ayam masak lemak cili api. Dia tahu berapa banyak cili api perlu dimasukkan, berapa banyak santan perlu dimasukkan, berapa batang serai yang diperlukan bagi menghasilkan ayam masak lemak cili api yang sangat sedap itu. Hendak dijadikan cerita, satu hari dia termasuk santan lebih daripada yang sepatutnya, apa yang sepatutnya dia lakukan? Disinilah kefahaman sangat diperlukan. Bagi orang yang sekadar tahu, dia hanya boleh memasak tanpa silap tetapi jika ditakdirkan kesilapan berlaku, maka masakannya yang dipuji ramai tidak akan menjadi kerana dia tidak tahu apa yang patut dilakukan bagi mengatasi kesilapan tadi. Bagi orang yang faham, dia mungkin boleh menambah air sedikit ke dalam masakan tadi bagi mengimbangi kepekatan kuah masak lemak cili api tadi.
Begitulah beza antara orang yang sekadar tahu dan orang yang tahu serta faham dalam agama. Apa kaitan dengan bahasa cinta tadi? Bezanya orang yang sekadar tahu dalam hukum fiqh tetapi tidak memahami diri seseorang yang hendak didakwahnya mudah untuk menghukum seseorang. Sebagai contoh:
“eh! Kenape kau tak bertudung. Kau tau tak tudung tu WAJIB dan perempuan yang tak pakai tudung BERDOSA dan masuk NERAKA. Rasulullah SAW bersabda:
“Dua golongan dari ahli neraka yang tidak pernah aku lihat : satu kaum yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, mereka jauh dari ketaatan kepada Allah serta mengajar yang lain tentang perbuatan mereka (tidak menutup aurat), kepala mereka seperti bonggol unta, mereka ini tidak masuk syurga dan tidak mencium bau syurga sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak ini dan ini.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
Rasulullah SAW kate tak cium bau syurga tau tak.”
Wah hebat betul “ustaz/ustazah” ini, siap berlapikkan hadis lagi. Betul, memang betul tudung itu wajib dan barang siapa yang mengingkarinya berdosa. Tetapi selaku dai’e, kita harus menggunakan pendekatan kasih dan sayang untuk mad’u kita. apabila kita melihat orang tidak bertudung (merujuk situasi di atas), perkara pertama yang mesti kita lakukan adalah MUHASABAH DIRI. Bagi kita yang FAHAM,Kita perlu bertanya kepada diri sendiri dahulu, adakah kita telah bertanya kepadanya kenapa dia tidak bertudung? Adakah kita sudah memberitahunya tentang kewajipan bertudung? Adakah kita telah menghadiahkannya sehelai tudung buat permulaan untuk dia pakai? Jadi disinilah bahasa cinta sangat diperlukan. Hampiri mad’u kita, makan sekali, bertanya kabar dan tanyakan kenapa dia tidak bertudung.
Sesetengah orang tidak bertudung kerana bi’ah (suasana) yang tidak islamik di rumah, ada sebahagiannya kerana tidak diberi pendedahan tentang agama sejak kecil dan ada sesetengahnya yang memang sukakan hidup bebas dari syaria’t agama. Di sini saya tertarik dengan konsep real problem vs presenting problem yang dikemukan oleh ustaz Hasrizal Abdul Jamil. dalam konsep ini, presenting problemnya adalah tidak bertudung dan real problemnya mungkin tidak tahu tentang kewajipan bertudung. Jadi yang perlu diselesaikan adalah pada real problem bukannya presenting problem.
Kita sepatutnya menggunakan bahasa-bahasa yang indah dalam menegur:
“Eh! Nur rupanya. Ape kabar hari ni? Muka happy je. Jom saye belanje makan. (dalam perjalanan ke kedai makan) Nur, saye nak tanye sikit la. Maaf la kalau menyinggung perasaan awak, kenape awak tak pakai tudung? Alhamdulillah, saye tengok makin ramai kawan kite dah mule pakai tudung. Saye yakin awak pun tahu tudung tu wajib (dengan senyuman di bibir)….”
Kesimpulannya, gunakanlah bahasa-bahasa yang lembut dalam menyeru orang lain kearah kebaikan. Janganlah sesekali menghukum seseorang atas kesilapan mereka kerana yang layak menghukum hanyalah Allah azza wa jalla. Fastabiqul khairat
Wallahua’lam.
P/S: situasi feminine yang digunakan di atas adalah bertujuan supaya mudah difahami.
No comments:
Post a Comment