Salam buat sahabat, semoga sihat dan bertambah amal kebajikan serta berkurangan jahilliyah dalam diri kita.
Amma ba’d.
Kali ini saya tidak berhasrat mahu melencong lagi. Tajuk kali ini memang berkaitan cinta, baitul muslim atau yang sewaktu dengannya. Kebelakangan ini, saya lihat rakan-rakan semakin rancak berbicara isu kahwin. Satu pujian harus saya hamburkan buat sahabat-sahabat kerana semakin meningkat minda dan tahap kematangan. Kanak-kanak tidak akan memikirkan soal perkahwinan, berumah tangga, mencari calon dan sebagainya kerana mereka masih di dunia ‘main-main’.
Proses menuju ke tangga baitul muslim adalah proses menjadi bukannya proses mencari. Kadang-kadang kita sibuk mencari calon yang soleh/solehah dengan harapan baitul muslim yang dibina akan berkekalan bahagia hingga ke akhirat. Salahkah? Tidak salah sama sekali cuma sebelum itu marilah sama-sama kita bermuhasabah diri adakah kita sudah benar-benar soleh/solehah. Kita tidak boleh tentukan sama ada kita soleh atau solehah tetapi orang sekeliling kita lah yang boleh menilai sama ada kita soleh/solehah. Itupun penilaian manusia bukanlah penilaian yang hakiki kerana manusia hanya nampak apa yang zahir. Atas sebab ini, perkahwinan itu sendiri merupakan proses menjadi insan soleh dan solehah. Tidak perlulah mencari yang terlalu sempurna kerana khuatir apabila kita nampak kekurangan dan kelemahan pasangan kita selepas berkahwin kelak akan menimbulkan penyesalan.
Lebih kurang dua bulan lepas, ada senior senior saya bertanya kepada seorang sahabat saya di sini.
“Eh, Nazrul tu dah ‘ade’ ke?”
“Hurm.entahlah, die tu kuat berahsia sikit.”
Alhamdulillah, satu lagi pujian buat sahabat saya yang seorang ini atas jawapan yang sangat tepat diberikan. Saya sangat terbuka untuk berbincang mengenai agama,akademik,politik, ekonomi, sukan, movie, lagu hits terbaru dan sebagainya. Namun, apabila berbicara mengenai calon isteri (kalau dah ada), sahabat yang paling rapat dengan saya pun tidak akan tahu. Sahabat terapat saya boleh beritahu bila waktu saya happy, bila saya marah, saya suka makan apa, apa hobi saya, di mana saya berada pada waktu-waktu tertentu tetapi untuk mengcungkil rahsia saya yang satu ini, insya Allah mereka tidak akan tahu selagi masanya belum tiba.
Kenapa saya begitu berahsia? Saya mempunyai pendirian bahawa dalam bab ini, orang pertama yang berhak untuk tahu adalah kedua ibu bapa saya. Mana mungkin saya membelakangi pengetahuan ibu yang bersusah payah mengandungkan saya dan ayah yang siang malam bekerja keras menyara kehidupan saya. Kadang-kadang habis semua kawan-kawan di US, UK, Aussie, Malaysia dan di merata tempat lagi sudah tahu kita memang ada affair dengan sekian-sekian orang tetapi ibu bapa yang membesarkan kita dari kecil, dibelainya dengan kasih sayang, ditatangnya bagai minyak yang penuh tidak tahu tentang calon menantu mereka. Kenapa mereka perlu tahu? Mari kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW:
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”
Rasulullah SAW tidak menjanjikan keredhaan Allah melalui keredhaan selain keredhaan ibu dan ayah. Kadang-kadang saya memerhati sesetengah pasangan muda bercinta bagai nak rak, berjanji sehidup semati tetapi kesudahannya berkahwin dengan orang lain. Atas dasar ini, sesiapa dari kalangan kita yang rasa telah bertemu calon pilihan hati, jangan pernah segan untuk luahkan kepada ibu bapa kalian; kawan-kawan kemudian pun tidak mengapa. Ingat keredhaan Allah terletak pada keredhaan mereka. Jika tidak hadir redha mereka dalam hidup kita, bahagia yang ingin dikecapi hanyalah sebuah angan-angan. Saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, jangan main belakang.
Wallahua’lam.
setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerana kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam.
segaris luka di hati ibu kerana kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam.
7 comments:
baca buku Men from Mars, Women from Venus.highly recommended
jazakallah qak for the suggestion..memang dok mencari selama ni..kat mane ade?
setuju dgn post ni.
maybe boleh dikatakan sebagai jihad jugak kan. jihad hati. =)
exactly wahee.kena mujahadah..
saya setuju...saya tengok ramai org sekeliling yg lupa tentang hal ini. mungkin mereka x sedar telah membelakangi ibu bapa mereka..terutama soal kawin/cinta..
bgtau jela cepat2 kat mak ayah tu..dok simpan takut apa taktau..haha
salam..thanks atas ingatan entry ini..tetiba teringat abah di kampung, semoga tidak membelakanginya..anyway buku Men from Mars, Women from Venus memang terbaik..kat mana2 kedai buku di Malaysia pun ada, malah syarikat penerbitan buku PTS pun ada buat terjemahannya..tapi if kat luar negara cik ayu x bape pasti..sayounara :)
Post a Comment