Salam buat semua ikhwah dan akhawat yang dikasihi kerana Allah. Semoga semua mengekalkan dan meningkatkan momentum untuk terus berbakti kepada ummah.
Amma ba’d.
Ada seorang sahabat bertanya.
“Yun, kau nak pakai kereta ape nanti?”
“Insha Allah, ade rezeki aku nak pakai BMW 7 Series.”
“pergh gile mantap. Ape hebatnye kereta tu?”
“kereta tu of course la laju dan smooth. BMW ni nampak elegan la.”
“hurm.macam tu lah dakwah kita yang sepatutnya sekarang.”
BMW 750 Li
Ikhwah akhawat sekalian mesti tertanya kenapa kereta (baca:kenderaan) diibaratkan macam dakwah. Di jalan raya kita boleh lihat ada yang menunggang motosikal, ada yang memandu kereta, ada yang memandu lori dan treler, dan ada yang membawa kontena. Semuanya mempunyai matlamat dan hala tuju masing-masing. Berbalik kepada soal dakwah yang ingin kita bincangkan ini, begitulah keadaan orang-orang yang ingin menyeru manusia kepada Allah. Kita ada satu matlamat yakni ingin menyeru orang kembali kepada jalan Allah. Ada yang sangat laju; program sana sini, usrah sana sini, meeting sana sini. Ada juga yang sederhana; adakala datang program adakala tidak, adakala on usrah adakala off usrah. Gerak kerja dakwah kita pada hari ini menjadi laju sebagaimana lajunya BMW 7 Series yang meluncur laju di I-90 (lebuhraya di US). Laju yang sebagaimana? Laju dalam menyusun gerak atur dakwah mengikut awlawiyyat (keutamaan) atau dalam erti kata lain tidak berlengah dalam mengorak langkah bagi melahirkan insan-insan rabbaniy. Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 148:
“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu.” (2:148)
Allah menyuruh kita agar berlumba-lumba dalam melakukan khairat (kebaikan) agar menjadi saham kita di akhirat kelak.
Saya juga terkesan dan tertarik dengan apa yang disampaikan oleh seorang ikhwah dalam usrah. Katanya, dalam khutbah wida’ (khutbah terakhir) Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa:
” Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.”
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.”
Bagaimana kita memahami ” Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.”? Biasa kita dengar ustaz-ustaz di masjid mengatakan sebelum sesi ceramahnya tamat, “sampaikanlah kepada sesiapa yang tidak bersama kita malam ini”. Sebelum ini saya memahami bahawa, saya hanya perlu sampaikan kepada kawan-kawan yang tidak datang usrah, kawan-kawan sebilik yang sibuk dengan assignment nya, ataupun sampaikan sewaktu sembang-sembang kosong di kedai kopi (Tim Horton, kedai kopi yang best untuk melepak di US).
Namun, malam tersebut ikhwah ini menyatakan bahawa para sahabat Rasulullah SAW memahami maksud baginda dengan begitu mendalam. Mereka keluar dari bumi arab dan bertebaran di seluruh dunia seperti Saad bin Abi Waqas yang berdakwah hingga ke China, Amru bin Al Asr ke Mesir dan ramai lagi kerana ingin menyampaikan kepada ‘orang yang tidak dapat hadir pada hari Rasulullah SAW menyampaikan khutbah terkahirnya’. Subhanallah, ceteknya pemahaman saya dalam berdakwah, hanya disampaikan kepada rakan sekeliling sahaja. Sepatutnya, dakwah yang dilakukan tidak hanya kepada kaum kerabat dan teman sekeliling tetapi perlu dengan sesiapa sahaja yang kita temui. Ataghfirullahal adheem.
Khulasahnya, dakwah pada hari ni perlu selaju BMW 7 Series dan bersifat holistik serta global.
No comments:
Post a Comment