Tuesday, March 1, 2011

MenJadI HaraPanKu..

Salam buat sahabat-sahabat sekalian. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah dalam setiap urusan.
Amma ba’d

Bagi yang sedang bercuti sekarang, selamat bercuti diucapkan. Rancanglah percutian kalian dengan baik dan buatlah aktiviti yang berfaedah.

Bagi saya, perjalanan di RIT ini memang diatur oleh Allah dengan rapi. Saya selaku khalifah di atas muka bumiNya hanya mampu melakukan yang termampu bersama teman-teman seperjuangan disini. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah atas kejayaan penganjuran program ISK di RIT. Harapan saya agar biah solehah di RIT dapat diwujudkan, seterusnya Islam mekar di bumi Rochester ini.

Saya masih teringat ketika pergi ke Muktamar di St. Louis lebih kurang 2 bulan lepas. Ada yang bertanya

“berapa orang peserta dari RIT?”

“kitorang datang dengan lima kereta”

“wah ramainya. Sebelum ini tak de pun students RIT datang ke Muktamar.sekali datang lima kereta”
 kami di rumah Dr Roslan, Pengarah MSD Chicago selepas program muktamar

Mungkin selama ini, RIT hanya kolej kecil yang terpencil di Rochester namun selepas kehadiran students RIT yang ramai ke muktamar dan kejayaan penganjuran program ISK yang pertama kalinya diadakan di RIT ini, menjadi harapan saya agar RIT tidak dipinggirkan lagi dalam program-program yang dianjurkan MISG dan sebagainya. Bukan saya ingin mengatakan bahawa selama ini RIT dipinggirkan oleh mana-mana pihak, tetapi keterlibatan pelajar-pelajar RIT memang kurang.

Apa-apa pun, saya selaku pengarah program bagi program ISK 2011 mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta-peserta dan speakers dari RIT, SUNY Buffalo, dan Penn State University. Saya juga memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan teknikal. Semoga Allah memberkati usaha kita dan Islam terus subur berkembang di bumi Amerika. Kepada committees ISK RIT 2011, tahniah dan terima kasih atas kerjasama dan kerja keras kalian mengadakan program kita kali ini. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita lebih kuat dalam perjuangan. Insha Allah
Seeru a’la barakatillah.

P/S: sasaran kami (RIT students) selepas ini adalah menjuarai permainan bola sepak dalam Midwest Game 2011 di Wisconsin nanti. Insha Allah..:)

7 comments:

sKiRafaRgEek said...

wawah..menjuarai midwest game bola..go for it..=)ISK was a good program. well organized. congratulation!

abid™ said...

bila la csm nk datg muktamar smpai 5 kereta kan......

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

to wani:insha Allah, target tu mau ada..haha
to wahid: aku boleh je bawak rombongan bukan setakat 5 tapi 7 kereta,tapi bukan gi muktamar la..gi makan kenduri kahwin..dengar cite,ade kenduri kawen..hehe

abid™ said...

kenduri kawen tue kena konfem dgn bad la bila dia nk buat.tp aritu dia kata spring break ktorg.so, marilah datg 10kreta skali pun takpa asalkan jgn lupe bawak khemah sebb kami tak ramai kat csm.tak muat plak rumah nnt.haha

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

ape lagi join venture la wahid..kalau dah ada calon tu,elok percepatkan..jangan lambat2..huhu

abid™ said...

insyaAllah kalau dh ada calon akn dpercepatkan.buat masa nie biarlah jd individu muslim dulu.lepas tue baru naik tagga maratib amal yg kedua (BM)

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

eh how can i trust someone like you dont have any nominee?hurm..btw, i'll pray for all my friends, may Allah give us the wife that will enlighten our life..:)