Thursday, March 24, 2011

HaDiah Dari LanGit..

Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Moga kita terus mendapat naungan rahmat Allah.
Amma ba’d.

Meminjam status FB Nur Ainina, maka terhasillah entri kali ini. Rochester, sebuah bandar yang terletak di utara New York dan berdekatan dengan Lake Ontario. Kesan kedudukan geografi Rochester yang berdekatan dengan Lake Ontario ini, keadaan cuaca di sini memang sukar dijangka terutama pada musim sejuk ini. Sepatutnya, sekarang sudah memasuki musim bunga tetapi  kerana dekatnya Rochester dengan tasik ini, ada satu fenomena dipanggil Lake-effect snow di mana angin sejuk bergerak sepanjang atas permukaan tasik lalu menghasilkan tenaga.Wap air yang tersejat lalu membentuk menjadi ais dan diterbangkan oleh angin ke permukaan pantai (Lake Ontario macam laut). Fenomena inilah yang berkemungkinan sebab turunnya salji di Rochester kelmarin walaupun sudah bulan Mac sekarang. Menurut seorang sahabat saya yang belajar di University of Manchester, hari terakhir salji turun di Manchester adalah pada 18 Disember tahun lepas dan sekarang bunga-bunga sudah mula kelihatan di UK.
                                               Kereta yang diselaputi salji


                                                         Lake Ontario (Ontario Beach)

Sebenarnya, bukanlah tujuan saya untuk menceritakan tentang salji ataupun musim bunga tetapi perkara yang ingin dikongsikan adalah persoalan syukur. Ya! Bersyukur merupakan perkara yang sepatutnya seorang hamba lafazkan terhadap Allah Rabbul Jalil. Bukannya apa, ada  status-status FB rakan-rakan disini seolah-olah mempersoalkan kenapa perlu turunnya salji, kenapa perlu nampak memutihnya salji yang sepatutnya nampak kehijauan rumput dan adakah berlakunya skipping season. Apa sahaja yang Allah beri adalah untuk kebaikan kita; tidak perlu merungut atau mempersoalkan kenapa. Layakkah makhluk yang diciptakan mempersoalkan kenapa perlu itu dan ini kepada tuhan yang menciptakan? Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7:

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (14:7)

Allah jelas menyatakan jika kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat kepada kita sebaliknya jika kita kufur maka azab neraka yang bergelojak sedia menanti kita. Ada satu lagi hadis berkenaan mencela angin.

Janganlah kamu mencela angin! Jika kamu melihat apa yang kamu tidak suka dari angin itu maka berkatalah: wahai Allah, kami mohon kepadamu kebaikan angin ini, dan berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, dan dari keburukan yang ada pada angin ini, dan dari keburukan yang angin ini dikirim". [HR. At-Tirmidzy dalam Sunan-nya(2252), Ahmad dalam Al-Musnad (5/123/no.21176)Hadits ini di-shohih-kan oleh Al-Albaniy dalam Ash-Shohihah (2756)]. 

Baik angin mahupun salji yang datang bukanlah dengan kekuasaanya melainkan dengan perintah Allah jua. Maka janganlah kita mencela setiap benda yang datangnya dari langit kerana ini adalah rahmat dan kasih sayang Allah buat kita makhluknya. Sepatutnya kita mukmin harus sentiasa optimis dan syukur dengan pemberian Allah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:

"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)


Khulasahnya, usahlah mempertikaikan apa saja yang datang dari Rabbul A’lamin kerana Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Apakah kita makhluk yang diciptakan lebih mengetahui dari Allah yang menciptakan? Kita juga yang membuat pilihan untuk belajar di Negara 4 musim,terimalah konsekuen beajar di Negara 4 musim. Saya memohon maaf andai ada pihak terasa hati namun teguran ini dibuat tanda sayangnya saya kepada sahabat-sahabat saya kerana Allah. Saya sudahi coretan saya dengan meminjam kata-kata seorang lagi sahabat:

I asked for strength...and Allah gave me difficulties to make me strong.
I asked for wisdom...and Allah gave me problems to solve.
I asked for courage...and Allah gave me obstacles to overcome.
I asked for for love...and Allah gave me troubled people to help.
I asked for favors...and Allah gave me opportunities..
“maybe I received nothing I wanted...But I received everything I needed”
(Muhammad Farhan Abd Razak, Vanderbilt University)

     Sabtu lepas kami dah mula main bola di padang. cair salji nanti, kita main lagi..:)

7 comments:

w@k said...

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi.(Yasin:82)

unguviolet said...

terfikir jgk nk buat post berkaitan smlm,mmandangkn terbaca stu status yg agk kasar psl weather smlm. tp xda kata-kata terbaik mcm nii.thanks for sharing.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

to wak n biha: hidup sebagai mukmin kena selalu mengingati satu sama lain.kita bersaudara..:)

Syariful Bahri said...

Salam,
betul tu yun. Kadang2 rasa annoying bila ada org complain, hujanlah, panaslah, n kalau case korang, salji etc etc.

Tak sedar ke mereka complain tentang apa yg Allah jadikan?

actually banyak je hikmah kan, cuma kita je yg tak berapa nak sedar.

jazakallah yun atas perkongsian :)

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

may be sebab kite hari ni duduk dalam serba kemewahan..:)

Qurratul Ain said...

Who knows we might not get the chance to feel this' hadiah dari langit' directly sent by Him fall onto our bare skin again..snow is such a unique gift given by Him to those who really understand it...:D

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

to Qurratul Ain: yup exactly sis.while He still gives us the chance to feel this hadiah, appreciate it..:)