Sunday, November 1, 2009

Dah kAweN??

Salam buat rakan-rakan sekalian…semoga semuanya sihat dan baik-baik sahaja.

Bagaimana dengan study kalian??semoga semakin baik. Saya berharap cuti dua bulan ni dapat saya manfaatkan dengan sebaiknya..

Kebelakangan ni saya banyak membaca blog rakan-rakan saya. Saya pelik kenapa banyak sangat blog mereka yang berbicara tentang cinta,kahwin,kasih sayang dan sebagainya..Selepas berfikir sejenak, baru saya perasan bahawa kebanyakan kita rupanya dah semakin meningkat umur (most of us are 19 years old already). Ini bermaksud perembesan hormon progesterone dan testosterone semakin ‘galak’ menyebabkan timbulnya rasa ingin dicintai oleh pasangan yang berlainan jenis..Bulan puasa yang lalu juga, saya mendapat email melalui Facebook yang berbunyi lebih kurang begini:

                                       “salam yun, dengaq cerita hang dah kawen dengan budak kuantan.betoi                                              ka?kalau...Dah kawen habaqla.kita kan kawan.”



Beginilah bunyi mesej yang saya terima. Saya tidak terus menafikan soalan ini tetapi saya terus bertanyakan 3 soalan.1) siapalah budak kuantan tu.2)siapa yang menyebarkan berita ini.3)dah tersebar luas ke cerita ni. Untuk kali ini saya tidak mahu bercerita tentang mesej ini dengan lebih lanjut tapi saya mahu membicarakan keadaan atau situasi remaja sekarang ini.

Bercakap tentang remaja sekarang adalah satu perkara yang menggerunkan kerana remaja-remaja sekarang terutamanya melayu yang beragama Islam ini semakin hari semakin hilang nilai-nilai insaniah dan nilai islami itu sendiri dalam diri mereka..persoalan pokok dalam hal ini adalah,kenapa sampai begini teruknya?adalah salah ibu melahirkan atau salah ayah yang memancut air maninya?(this is a qoutation from ustaz Shah Kirit.hehe). ya! Mereka boleh membentangkan sesuatu tajuk tentang agama dalam kelas IS(Islamic Studies) tapi apabila keluar kelas seolah-olah mereka tidak pernah tahu bahawa apa yang mereka buat itu salah..baiklah,spesifiknya saya ingin berbicara tentang rakan-rakan yang sedang ‘hangat dilamun cinta terlarang’ atau dalam erti kata lainnya bercouple..kali ini saya tidak mahu membincangnya dari sudut agama atau hukum kerana sudah ada dalam satu post yang telah saya kupaskan.(klik di sini untuk membaca post tersebut).

Mungkin ada dalam kalangan yang membaca post kali ini akan berkata:

“ala! Kau tak payah la sibuk nak jaga tepi kain orang.kau ingat kau bagus sangat?”

“dia ni poyo la. Bajet bekas budak sekolah agama baguslah”

Wallahi, saya tidak pernah merasakan diri saya bagus malahan saya akui diri ini hamba Allah yang tak putus-putus berbuat dosa dan maksiat. Jadi jawapan saya mudah, saya adalah khalifah Allah di bumi ini. Sudah, menjadi kewajipan dan tanggungjawab bagi saya untuk menjaga hak-hak Allah yang tidak pernah memutuskan rezeki-Nya kepada saya.Alhamdulillah a’la kullihal..Allah juga berfirman dalam kitab-Nya yang tiada keraguan padanya:

“dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman.”<51:55>

Saya tidak pernah menghalang rakan-rakan saya yang non-muslim untuk membuat apa-apa yang mereka suka sekalipun bertentangan dengan agama Islam selagi mana mereka menjaga hak-hak hidup bermasyarakat. Tapi kalau yang melakukannya ini rakan-rakan muslim,saya kurang sedap kalau bersama mereka tetapi saya tidak akan meminggirkan mereka.kami boleh main futsal sekali, pergi  picnic sekali,pergi shopping sekali dan banyak lagi....

Kembali kepada perbincangan asal,Bercouple..budaya kuning dari barat ini juga yang remaja kita nak ambil.budaya baik yang lain tak nak pulak ambil..hairan! hairan!..apakah implikasi daripada bercouple ini??

1)      1) Bercouple boleh merosakkan institusi rumah tangga.Bagaimana? saya selalu membaca kolum dang setia dalam akhbar metro dan setiap minggu ceritanya lebih kurang sama.“Kepada dang setia, saya mencintai si B dan hubungan kami tidak berkekalan kerana bla..bla..bla.kemudian saya mencintai si H dan hubungan kami membawa ke alam perkahwinan. pada mulanya hubungan kami sangat baik namun selepas setahun setengah,kami semakin dingin,ini kerana si H semakin sibuk dengan kerja..dalam masa yang sama si B datang kembali menagih cinta saya dan saya rasa telah kembali jatuh cinta dengan si B,lagipun si B mengambil berat tentang saya melebihi si H....”

Dari cerita begini sudah nampak bahawa bercouple mampu memusnahkan institusi perkahwinan.

2)      2)Bercouple boleh membawa kepada lembah yang hina..lembah hina yang saya maksudkan adalah zina..mula-mula:”kami keluar aje.tak buat pun benda pelik-pelik.”kemudian terpegang sikit-sikit..kemudian....#@$%#$. Ingat!! syaitan tak pernah putus asa untuk melihat umat yang agung ini melanggar hukum Allah. Lepas ni siapa yang nak tanggung??lelaki??komfem cabut..maka tanggunglah sendiri wahai insan yang sudah kehilangan madu..

3)     3) Bercouple melahirkan insan yang tidak serius dalam kehidupan. Mula-mula dengan si A lepas 2 3 bulan,macam tak best je si A ni. Bercouple pulak dengan si G...huih bestnnya si G ni...pada suatu hari dia dapat masuk satu U..uih, lagi ramai awek/pakwe kat sini..maka si G ditinggalkan..kesian si G.haha..tak de komitmen langsung dalam perhubungan. Adakah saya bercakap kosong??tidak sama sekali kerana perkara-perkara ini terjadi kepada rakan-rakan saya sendiri..mereka menceritakan masalah mereka kepada saya,so saya nasihat lah supaya tinggalkan benda ni..insaflah 2 3 hari n then dia cari yang baru..semoga Allah memberi mereka hidayah-Nya..

4)     4) Bercouple melahirkan insan yang sentiasa di awang-awangan(berkhayal)..kita sepatutnya berhadapan dengan dunia realiti..berkhayal akan menyebabkan kita ketinggalan.sepatutnya kita menghabiskan masa dengan banyak berfikir untuk kemajuan ummah,agama dan diri.ini tak,”dia makan ke tak ini..” ”haih,kalau la aku dapat bawak dia jalan-jalan di tepi tasik,mesti romantik kan..”mulalah membayangkan diri dengan si dia berjalan sambil berbual-bual. Berkhayal dari bangaun tidor hingga nak tidor balik malamnya

Sebenarnya banyak lagi tapi cukuplah 4 sahaja kesan-kesan buruk cinta terlarang ini. Pernah kawan saya tanya..”Yun, ko tak pernah couple ke?”saya balas: “dalam hati ni ada je yang pernah tersangkut,tapi aku ada tanggungjawab yang perlu aku utamakan,so aku lupakanlah bab2 couple ni”. Saya sentiasa ingatkan diri saya, Rasulullah SAW bersabda:”daripada kebaikan seseorang mukmin itu dia tinggalkan apa yang tidak bermanfaat bagi dirinya”(Bukhari).” Saya sedaya upaya menolak perkara-perkara yang membawa keburukan dalam hidup saya supaya Rasulullah SAW kenal saya sebagai umat-Nya di hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah dan syafaat nabi Muhammad SAW. “so, kalau ko nak kawen nanti ko mesti bercinta dulu kan?” saya balas: “wei! Aku gentleman la..kalau aku dah berkenan sangat kat pompuan tu, aku terus lamar dia untuk jadi isteri aku(selepas menepati syarat2 isteri yang saya idamkan)..cinta belakang ibu bapa ni aku tak main la..”

Saya masih ingat waktu awal-awal masuk intec dulu..apabila mereka bercakap tentang couple saya cakap tentang kahwin..mereka kata: “yun ni tak abis2 cakap pasal kawen”...”yun ni gatal la” haha..saya hanya gelak sebagai respons..niat saya satu,yang diorang cakap(couple) itu haram..saya bercakap perkara yang halal(kawen)...itu tujuannya. Saya calon pun tidak ada lagi..dan tak mencari pun...sebab saya serahkan perkara ini kepada Allah(saya berdoa hampir setiap kali sembahyang agar dapat calon isteri yang saya nak). Dalam doa saya,tak pernah saya minta supaya Allah kawenkan saya dengan si fulanah binti si fulan tetapi saya berdoa dengan menyebut sifat-sifat isteri yang saya nak..Alhamdulillah seorang kawan saya sudah bertunang(setakat yang saya tahu)..saya bersyukur kepada Allah sebab dia mengambil jalan yang berani....siapa-siapa yang rasa nak bercouple, tunang lebih bagus dan bila dah grad atau tahun akhir nanti terus kawen..realistic and relevance

Kepada rakan-rakan saya yang berkromosom XX, saya mengingatkan bahawa jangan mudah terpedaya dengan manusia berkromosom XY..suatu masa yang ditetapkan,akan datang jugak mr right..yakinlah Dengan janji Allah.





Belajar dan membebaskan diri daripada kejahilan adalah tanggungjawab umat Islam di Malaysia..di Palestin saudara kita mengangkat senjata melawan yahudi laknatullah..jadi, adakah di sini kita sibuk nak melawan hukum Allah??

Semoga Allah membimbing kita dengan hidayah-Nya....

 

 

11 comments:

wafiy said...

yun,ape khabaq?lme x dgar cter...
fuh mantap r tazkirah hang...
da lme x dgar..

mge2 kt dpt manfaat

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

Alhamdulillah ana sihat...x de mantap tapi sekadar yang tahu cerita la sikit2..haha..lama menyepi??

Unknown said...

saya pelik, mengapa blog2 kwn saya bincang psal couple?
rupa2nya owner blog ni smakin meningkat umur,,
ini bermaksud....

saja melawak ja yun.. ahaha

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

hai matt,ini bermaksud apa matt oii??haha...

SUHAIMI RAMLI said...

Assalamualaikum yun.
Aku tertarik ngan post hg kali ni. Terima kasih banyak sbb bnyk benda yg aku belajar drp hg selam nih. Aku agak iri hati bila mana melihat kemampuan ko dlm usha berada di jalan Allah. Aku sedar yg hidup kat dunia ni mcm2 dugaan dtg. Aku pun kdg2 terasa nak bercouple sepertimana org lain. Sapa tak rasa tercabar kan. Tapi Alhamdulillah perasaan tu masih dapat aku pendamkan. Yun, aku berharap sgt moga2 dalam doa ko sehari-hari ko tolonglah doakan kejayaan aku sekali dalam mencapai keredhaan Allah. Aku nampak matlamat hidup ko ni jelas. Tu yg menyebabkan aku agak cemburu. Minta maaf! Tapi itulah realitinya. Aku selalu cuba nak jadi mcm ko. Tapi aku tewas nagn dosa2x aku yg sering mnghantui hidup aku. Aku cuba bngkit dari kegelapan dosa, tapi aku jatuh balik dalam lembah tu..justeru aku harap ko tolong lah bimbing aku. Aku berdoa moga2x segala yg ko impikan kat dunia n akhirat di permudahkan Allah. Aku gembira sgt sebab dlm hidup aku kat dunia ni, Allah bagi kesempatan berkenalan ngan ko.. ni bukan nak mengampu tapi anggaplah cabaran utk ko terus berbakti kat golongan remaja mcm aku n remaja kat luar sana...satu lagi moga2x ko jumpa ngan wanita yg ko dambakan selalu tu..InsyaAllah.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

sebenarnya tak perlu jeles sesama kita.ape yang perlu, kita gunakan kelebihan kita untuk baiki kekurangan orang lain and vice versa..hidup ini mudah jika semuanya berlandaskan Al-quran n As-Sunnah...
hakikatnya,kita mesti tahu tujuan kita diciptakan...like i wrote, i am being sent by Allah as His 'Khalifah'..so, dah memang tanggungjawab khalifah adalah memakmurkan muka bumi dengan manual guide yang diberi oleh 'Penghantar'

mahirah said...

salam ziarah..like dis post.. yup,,hidup ni mmg penuh ngan dugaan. doa je la iman kte kuat utk hadapinya.

---> Kepada rakan-rakan saya yang berkromosom XX, saya mengingatkan bahawa jangan mudah terpedaya dengan manusia berkromosom XY..suatu masa yang ditetapkan,akan datang jugak mr right..yakinlah Dengan janji Allah. ~~sgt2 setuju! btw,,sorry 2 say,,but mmg sush nak cari lelaki yg baik.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

ye!!susah nak cari lelaki baik..tetapi janji Allah tak pernah dimungkiri....rujuk <24:26>....

izzatnaqib said...

haha..yun,yun....dh besaq hg ek...

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

ye mesti arr dah besar..tapi still x mampu nak pikul tanggungjawab yang berat ni...banyak benda yang still kene belajar...nak belajar dari ustaz izzat naqib..kate belajar al-azhar...mesti power kan??haha

izzatnaqib said...

nak blajaq dari aku?? huh,blajar ilmu langit r kamu t..hehe