Posting saya kali ini adalah tentang isu yang melanda remaja khususnya remaja Islam berkenaan masalah couple. Bukanlah nak mengatakan diri ini baik ataupun lebih layak memperkatakan hal ini tetapi diri ini mempunyai sedikit kesedaran untuk memperbetulkan keadaan ini khususnya buat rakan-rakan yang saya kasihi.
BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya kebiasaannya walaupun tidak semestinya memasuki sebuah biduk pernikahan.
Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?
CINTA, Fitrah Setiap Manusia,MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firmanNya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (syurga) (Ali Imran: 14).
Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripadawanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
.Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalahperhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telahmengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.
ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
1. Menundukkan pandangan.ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya:Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30).Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH erfirman: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 31).
2. Menutup aurat.ALLAH berfirman: Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31). Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59).Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita.Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAWbersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).
5.Tidak melunakkan ucapan (percakapan).Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT: Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalamhatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
6.Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis.Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).HUKUM BERCOUPLE
Secara jelasnya hukum ber’couple’ adalah HARAM. Haramnya couple bukanlah dihukum oleh ulama’ yang mu’tabar secara melulu buta. Mereka(ulama’) duduk dan berbincang(berijma’) untuk mencapai kesepakatan(consensus) dalam memutuskan hukum couple.
Hukum haram ini berdasarkan surah Al-Isra’ ayat 32”dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk” Allah tidak berfirman bahawa”jangan melakukan zina”tetapi “jangan mmenghampiri zina”.mafhum firman Allah bukan setakat tak boleh berzina tetapi menhampiri zina itu pon haram.ada satu kaedah feqah”setiap perkara yang membawa kepada haram hukumnya haram”
Secara jelasnya hukum ber’couple’ adalah HARAM. Haramnya couple bukanlah dihukum oleh ulama’ yang mu’tabar secara melulu buta. Mereka(ulama’) duduk dan berbincang(berijma’) untuk mencapai kesepakatan(consensus) dalam memutuskan hukum couple.
Hukum haram ini berdasarkan surah Al-Isra’ ayat 32”dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk” Allah tidak berfirman bahawa”jangan melakukan zina”tetapi “jangan mmenghampiri zina”.mafhum firman Allah bukan setakat tak boleh berzina tetapi menhampiri zina itu pon haram.ada satu kaedah feqah”setiap perkara yang membawa kepada haram hukumnya haram”
Kebiasaannya muqaddimah couple dimulakan dengan sms,surat cinta, dan bertegur sapa antara laki perempuan.Mengikut Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majalah I keluaran oktober 2008 bahawa menulis surat cinta,SMS atau mengahantar e-mel walaupun niat asalnya baik tetapi tiada jaminan bahawa hal itu tidak mendatangkan tindakan susulan yang akhirnya boleh mendatangkan mudarat kepada kedua belah pihak selepas itu.
Wahai saudara-saudara yang saya sayangi,marilah sama-sama kita kembali meletakkan cinta kita kepada tempat yang sebenarnya seperti sebuah bait lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Mestica
“cinta yang sejati hanya cintakan illahi cinta ayah bonda tulus suci selamanya cintakan saudara masa berada hanya sementara Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan..”
“cinta yang sejati hanya cintakan illahi cinta ayah bonda tulus suci selamanya cintakan saudara masa berada hanya sementara Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan..”
Saya sedar sebagai makhluk Allah yang hina,terdapat banyak kekurangan pada diri saya justeru saya memohon ampun dan maaf daripada Allah Rabbul Ghafur agar mengekalkan Iman, Islam, dan Hidayah-Nya kepada kita kerana hanya iman & taqwa dapat membentengi diri kita daripada terjerumus ke lembah yang hina ini.Harapan saya kepada rakan-rakan yang telah ber'couple', tinggallah pasangan anda secara baik dan mohonlah ampun daripada Allah. Janganlah bimbang kerana jodoh,ajal,maut dalam kekuasaan Allah.
WALLAHUA'LAM
1 comment:
btol2. sgt setuju dgn post nie. mane ade kapel smua nie.
=)
tp ak tertanya2 nape bnyk sgt ruang kosong kat bwh post nie???
Post a Comment