Friday, November 20, 2009

SeLamatKah kiTa?.......

Salam buat sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah SWT..

Amma ba’d..

Dunia globalisasi pada hari ini menyebabkan semua perkara harus dilakukan dengan cepat. Oleh itu,banyaklah kedai-kedai rangkaian makanan segera yang tumbuh untuk menjadikan masa makan menjadi singkat.Bercakap mengenai makanan, kita umat islam harus peka dengan sebarang benda yang hendak disumbatkan kedalam perut kerana jika perkara haram tumbuh menjadi darah daging kita maka neraka terlebih layak buat kita..Umat islam adalah umat yang hidupnya sistematik kerana adanya perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan (dos and donts). Bercakap soal makan,sudahkah anda memeriksa ramuan(ingredients) makanan anda..Hari ini umat islam diserang dari segenap pelusuk..Hakikatnya musuh-musuh islam sedar mereka tidak mampu mengalahkan Umat Rasulullah SAW dengan senjata, maka mereka menggunakan secara halus termasuk melalui makanan. Saya ada satu list kod-kod emulsifier yang mengandungi gelatin babi.

Disini saya pamerkan kod-kodnya:



contohnya jika sahabat-sahabat sekalian membeli snack,kemudian check di bahagian ingredients
ada:E476,E471...lebih baik jangan dimakan makanan itu walaupun ada logo halal.
 
Allah berfirman:

         "Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu."<2:168>


P/S: sebenarnya kod ini telah saya perolehi pada Disember 2008 tetapi memandangkan saya ingin memastikan apa yang saya dapat ini adalah sahih, jadi saya menunggu masa yang sesuai untuk menulis tentangnya.Terpulang kepada sahabat-sahabat sama ada ingin mempercayainya ataupun tidak...
Wallahua'lam...


5 comments:

iqbalsyarie said...

peringatan yg berguna.InsyaAllah sy akan lebih berhati-hati dlm memilih makanan kerana makanan yg memenuhi perut kita ini lah yg akan mempengaruhi perangai dan perbuatan kita

Nazrul Fazli said...

betul2.sebab tu ramai remaja sekarang malas belajar,x dengar cakap orng tua,benak dalam pelajaran dan malas beribdh...sebab benda haram ada dlm perut diorg...

suhaimi ramli said...

Thanks for the codes! (SOI)

fieqa said...

thanks for the info..

kadang2 x prasan jugak kan..

moge pas ni lebih berhati2..insyaAllah..

d0kt0r m@dhi@h said...

hmm betol2..kat sini kalo nak beli something kalo ade E mesti kena check dulu bru beli,,,anyway thanx for da information...ko menambah koleksi E yang aku tertinggal..
jzkk ;)