Wednesday, November 11, 2009

KemBaRa UkkHUwah-bhg akhir(Seberang Perai)

Kembara hari terakhir(6/11/09) dimulakan selepas solat jumaat memandangkan sepagi pada hari tersebut hujan turun tanpa henti..Semuanya bangun awal untuk solat subuh berjemaah dan pada pukul 7.30 pagi, kami bersiap-siap untuk ke Pantai Merdeka yang terletak di Sebelah Kedah. Perjalanan ke sana hanya mengambil 10 minit dari rumah saya...sebenarnya rumah saya bersempadan dengan Kedah yang dipisahkan oleh Sungai Muda...Selepas solat jumaat kami terus ke Pantai Merdeka dan di sana kami tidak mandi memandangkan masa yang suntuk di tambah hujan yang turun renyai-renyai. Perjalanan ke sana memerlukan kami untuk melalui kawasan sawah padi yang menghijau..sahabat-sahabat saya begitu teruja dengan kehijauan sawah di sepanjang perjalanan sehingga mereka berkata “Kedah ni,kau campak saje benihnya kat mane-mane,pasti tumbuh padi”...saya menyokong kenyataan ini kerana tanah yang sekangkang kera pun padi tumbuh dengan suburnya...

Di pantai Merdeka

Jalan nak ke pantai merdeka

Tepat pukul 3.00 petang,kami memulakan perjalanan ke rumah sahabat yang terletak di seberang perai tengah..cuba teka rumah siapa??Rumah sahabat yang saya maksudkan ialah rumah Hizamy....kami tiba di rumahnya lebih kurang pukul 4.10 minit petang....di sana, kami dijamu dengan mee udang yang dibuat sendiri oleh mak Hizamy....kami makan dengan penuh lahap seolah-olah tidak makan dua hari...selain berborak-borak kami melakukan perkara wajib yaitu sembahyang jemaah di rumah Hizamy dan bergambar..”pelik betul korang ni, selama aku duduk kat sini tak pernah aku bergambar kat sini,korang bergambar ye” kata Hizamy...”biaq la kat depa zami oi..bukan selalu depa nak mai” saya berkata kepada Hizamy..selepas makan, solat dan semestinya bergambar kami memohon diri untuk beransur..

di rumah Hizamy

Saya yang pada mulanya mencadangkan untuk pergi ke Sunway Carnival Mall telah bertukar fikiran untuk pergi ke Jusco Aeon yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam....Di Jusco, Akif membeli sweater untuk digunakan pada waktu malam ketika dalam tren...Pada pukul 6.38 mint petang kami keluar dari Jusco Aeon dan menuju pulang ke rumah saya memandangkan sahabat-sahabat saya perlu bersiap-siap untuk pulang pada malam tersebut...sekali lagi saya memecut kereta untuk memastikan mereka semua tidak terlepas tren pada pukul 9.00 malam...



Di Jusco Aeon,Bandar Perda

Kami sampai di rumah saya pada pukul 7.15 malam dan mereka semua terus menunaikan sembahyang jama’ taqdim berjemaah di rumah saya...selepas berkemas-kemas dan menyiapkan segalanya,mereka pun mengucapkan terima kasih kepada emak saya yang sudi menerima mereka sebagai tetamu..tepat pukul 8.15 malam,saya terus memecut kereta memandangkan waktu begitu hampir dan lebih kurang 20 minit selepas itu kami selamat sampai di stesen kereta api Butterworth..kami bergambar buat kali terakhir dan bersalam-salaman serta berpelukan..tren bertolak dari stesen Butterworth tepat pukul 9.17 malam....

dah nak naik tren...

Sesungguhnya perjalanan ini dipenuhi dengan kegembiraan selain dapat merapatkan ukkhuwah yang terjalin lebih setahun...Semoga segala yang telah kami lalui dapat mematangkan kami untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah dengan lebih baik....Tamatlah sudah kembara ukkhuwah...

2 comments:

iqbalsyarie said...

Salam..wah....best g umah zamy?umah dia dekat ngn pantai ek?

erm,ramai manusia yg suka travel..tapi alhamdulillah kerana org muslim bila travel,dia takkan travel dgn sia-sia kerana apa yg dia lihat disekeliling pasti dia akan ingat Allah

Nazrul Fazli said...

best gi umah dia..mak dia jamu mee udang...rumah dia kat prai..jauh dari pantai..tu la..mudah-mudahan travel kami diredhai Allah..