Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hendaklah dia memuliakan tetamunya”(Riwayat Bukhari).
Baru-baru ini, saya telah dikunjungi oleh sahabat-sahabat saya yang tinggal berjauhan dengan saya..Ada yang dari Kelantan, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan..Tujuan mereka datang rumah saya adalah untuk bercuti di utara tanah air yang tercinta...
Akif sedang terbayang keindahan di utara
di dalam tren menuju ke Butterworth
Mereka tiba di stesen kereta api Butterworth pada pukul 4.20 pagi..sejurus ketibaan mereka di negeri pulau mutiara ini, saya bergegas ke sana bagi menjemput mereka..Saya terus membawa mereka ke rumah saya yang terletak di Penaga. Mereka semua keletihan selepas 8 jam lebih berada dalam koc yang sejuk..jadi sesampainya kami di kampung saya, kami terus menunaikan sembahyang subuh berjemaah di masjid. Selepas sahaja subuh kesemua mereka tidur kecuali Suhaimi kerana terlalu gembira untuk bercuti di tempat belajarnya (kedah).Saya memberitahu mereka bahawa kami akan bertolak ke Alor Setar,Kedah pada pukul 10.30 pagi (4/11/2009). Apabila pukul 9.30 pagi,saya memberitahu mak saya bahawa kami akan bertolak ke Alor Setar pada pagi tersebut, namun mak saya mencadangkan supaya kami pergi selepas zuhur selepas kami makan tengah hari di rumah saya..jadi ada sesetengah kami menyambung tidur semula dan ada menonton filem Geng Pengembaraan Bermula..
Selepas zuhur berjemaah di masjid, kami terus bersiap-siap untuk bergerak ke Alor Setar..Hujan renyai-renyai sepanjang pejalanan dan apabila masuk ke Sungai Petani, hujan turun dengan lebat sekali..namun saya optimis bahawa hujan ini akan berhenti..Alhamdulillah seperti yang di jangka hujan berhenti ketika kami memasuki kawasan Gurun..Kami pergi ke Alor Setar melalui jalan lama (not highway) kerana mereka ingin melihat padi yang menghijau di samping melihat keadaan kampung-kampung di Kedah..Destinasi kami yang pertama adalah masjid Al-Bukhary kerana kebetulan sampainya kami di Alor Setar, azan asar berkumandang...sebelum sembahyang kami mengambil kesempatan bergambar..apalagi!! semuanya bagaikan artis apabila nak bergambar...pelbagai pose yang ada untuk bergambar..kemudian saya terus bersembahyang asar berjemaah memandangkan rakan-rakan saya telah melakukan jama’ taqdim sewaktu solat zuhur di kampung saya..
di masjid Albukhary
Kemana destinasi kami selepas itu??kami terus meluncur pergi ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) kerana Suhaimi amat merindui sekolahnya..persoalan yang bermain di fikiran saya selama in terjawab..Kenapa Suhaimi seorang yang agak ‘skema’?? rupa-rupanya pelajar di sekolah tersebut diajar dengan disiplin yang tinggi..ketika riadah waktu petang,saya dapati mereka semua berbaju sukan putih dan semuanya memasukkan baju ke dalam (take-in)..walaupun sekolah saya(KISAS) dianugerahi sekolah kluster,namun keadaan disekolah saya jauh lebih longgar peraturan pemakaiannya berbanding SMSAH (kedua-duanya antara SBP tertua di negara kita)..macam biasa...bergambarlah kami di sana sini...pada pukul 5.40 petang, kami terus menuju ke rumah Che Nah, mak angkat suhaimi yang terletak atas lagi pada Pekan Jitra..saya berasa bertuah dapat berjumpa dengan orang seperti Che Nah kerana beliau kaya dengan pengalaman..banyaklah perkara yang kami bualkan dan kebanyakannya berkisar tentang sekolah Suhaimi memandangkan Che Nah ini kerani sekolah tersebut lebih 30 tahun..hanya saya dan suhaimi yang banyak bercakap memandangkan rakan-rakan yang lain kurang memahami perbualan kami..(kesian kat korang ye akif,aiman,riduan, dan amin)..kami dijamu dengan mee goreng..pukul 6.40 petang kami memohon izin Che Nah untuk berangkat pulang..cuaca yang mendung sepanjang petang itu menjadikan keadaan di Kedah sungguh menenangkan (berbanding cuaca panas)
Alhamdulillah.....kami terus pusing-pusing sekitar alor setar dan pada pukul 7.05 malam, sekali lagi azan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib..lalu saya membawa mereka menunaikan solat jama’ taqdim(maghrib dan isya’) di masjid zahir..memandangkan perjalanan kami hampir 100 kilometer, saya turut melakukan solat jama’ taqdim..sesi bergambar dilakukan selepas sembahyang solat jama’..selepas itu, kami terus ke souq al-bukhary yang terletak bersebelahan masjid al-bukhary..di sana kami hanya berjalan-jalan dan bergambar (this is compulsory.haha)..tepat pukul 8.25 malam kami bergegas keluar dari perkarangan souq al-bukhary untuk pulang semula ke rumah saya...saya mengambil keputusan untuk balik melalui lebuh raya...akif yang duduk sebelah saya kelihatan pucat kerana saya memandu agak laju dalam keadaan jalan yang licin di tambah jalan highway yang gelap,,memang sangat membahayakan..so,kepada rakan-rakan yang lain, jangan memandu laju ketika hujan..
di masjid Zahir
di souq albukhary
Kami keluar dari highway melalui exit sungai petani utara..perut mula berkeroncong mendendangkan lagu ‘Kami Yang Lapar’.haha...jadi, kami singgah di Lagenda Heights Sungai Petani bagi menikmati makanan di RFC(Radix Fried Chicken),,sebenarnya kawasan premis kedai di Lagenda Heights banyak dimiliki oleh syarikat HPA seperti Radix Oriental Cuisine,Radix Fried Chicken, HPA Inn,stokis HPA dan banyak lagi..kedai ini semua terletak di hadapan Village Mall sungai Petani..makanan di RFC lebih kurang sama dengan harga di KFC..kelebihannya ialah daripada bahan hinggalah cara penyediaan semuanya dilakukan oleh Muslim dan pekerja Muslimah di wajibkan menutup aurat dan menjaga waktu solat...saya juga difahamkan semua kakitangan HPA diwajibkan menunaikan solat sunat dhuha setiap pagi...ini yang menjadikan makanan ini selain lazat,ianya juga berkat...saya makan dengan lahap sekali kerana yakin ianya halal 100%. Kami menikmati makanan yang dihidangkan dengan penuh kenikmatan..pukul 10.10 minit malam,kami bergegas balik ke rumah saya dan tiba di rumah saya tepat pukul 11.00 malam..walaupun letih tapi keriangan sentiasa terasa...(bersambung)
di Radix Fried Chicken, sungai Petani
No comments:
Post a Comment