Kami pergi ke seberang pulau melalui jambatan dan terus ke Queensbay Mall yang terletak di Gelugor..di situ, kami menunggu kehadiran Khairil untuk menjelajah penang bersama kami...Kami masuk sekejap ke dalam Queensbay Mall dan keluar dari situ lebih kurang pukul 12.00 tengah hari...selepas itu kami terus ke balik pulau...kami singgah di puncak balik pulau untuk melihat keindahan bumi ciptaan Allah..Subhanallah tak dapat digambarkan betapa cantik pemandangan laut dari puncak balik pulau...sepanjang melalui jalan yang bagaikan ular dipalu itu kami dapat melihat dusun durian yang sedang berbuah...terliur kami dibuatnya namun apakan daya ianya milik orang...kenyang dengan melihat buah durian bergayutan di pokok....kami berhenti makan di satu restoran peladang yang makanannya sedap dan murah ditambah dengan pelanggan yang ramai menjadikan suasana di kedai tersebut bagaikan kenduri....apabila kenyang perut kami mencari masjid berdekatan dan menunaikan solat jama’ taqdim..saya dan Khairil menunaikan solat zuhur secara biasa memandangkan kami orang tempatan (tak cukup 2 marhalah)...namun ada berita sedih iaitu kami di khabarkan bahawa nenek Amin kembali ke rahmatullah pada hari tersebut...Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un..sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali....Al-fatihah buat nenek amin semoga rohnya ditempatkan di i’lliyin..
Puncak Balik Pulau
perjalanan di teruskan ke Teluk Bahang melalui jalan kecil yang mencabar dan lebih berliku..akif yang sentiasa duduk sebelah saya pucat mukanya melihat cara pemanduan saya yang agak berbahaya..akif diberi penghormatan untuk duduk di hadapan kerana dia merupakan ‘abang’ kami....Pemandangan sepanjang lereng bukit sungguh-sungguh indah..kami singgah di pintu masuk empangan Teluk Bahang...Apakah yang kami buat???Mestilah bergambar....kemudian, kami terus menuju ke Hutan Lipur Teluk Bahang(HLTB) yang terletak 2 kilometer dari empangan tersebut. Terdapat muzium hutan di HLTB ini..tujuan utama ke sini adalah untuk mandi sambil merehatkan minda..dan saya sungguh terkejut apabila orang ramai boleh ke Bukit Bendera melalui HLTB ini...walaupun sudah kali keempat ke HLTB ini namun baru kali ini saya perasan bahawa tempat ini merupakan alternatif bagi mereka yang ingin ke Penang Hill dengan mendaki....semua berasa sangat seronok sekali memandangkan airnya yang jernih selain airnya segar dari bukit bendera...
Selepas mandi, kami meneruskan pengembaraan kami ke Taman Negara Pulau pinang...Di sini kami hanya menghirup udara segar tanpa masuk ke dalam taman negara tersebut memandangkan kami kesuntukan masa...jika ingin masuk ke tempat ini, kami mesti memperuntukkan masa sehari untuk menjelajah ke dalamnya..kadar yang dikenakan untuk masuk kedalam ini adalah PERCUMA...Cuma perlu mengambil pas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dalam hutan...Perjalanan diteruskan ke pantai Shamrock..memandangkan kesemuanya telah mandi maka kami hanya bergambar..pantai ini terletak 1 kilometer dari pantai Miami..kedua-duanya terletak di Batu Ferringhi...selepas itu, kami pergi sembahyang ke masjid terapung pulau pinang di batu ferringhi.hanya saya dan kahiril menunaikan solat asar di sini memandangkan mereka yang lain telah melakukan solat jama’ taqdim...Pada mulanya, saya ingin, membawa mereka ke Tropical Garden tetapi memandangkan kami kesuntukan masa, kami terus ke padang kota lama untuk menikmati pasembor padang kota...makanan di sini memang mahal jika orang luar yang masuk dan tidak berbicara dalam slang saya...kami makan sambil berborak sehinggalah pukul 6.30 petang..
Padang Kota
Masjid Terapung Batu Ferringhi
selepas itu, kami pun berpisah dengan Khairil memandangkan Khairil tinggal di Pulau manakala saya tinggal di Seberang Perai...kami pulang semula ke seberang perai menaiki feri..saya begitu terkejut apabila feri begitu kosong..kebiasaannya pada waktu antara 5-7 petang merupakan waktu puncak dan feri sentiasa penuh...namun pada hari tersebut feri kosong dan kami tidak perlu menunggu untuk menaiki feri...semoga perjalanan kami di berkati Allah...sesampainya di seberang, kami terus mencari masjid terdekat untuk menunaikan solat maghrib...selepas solat maghrib saya bercadang untuk pulang ke rumah terus..namun Aiman bersuara “yun, kat mane boleh beli jeruk ye?mak cik aku suruh beli la.”..saya membalas”kalau macam tu jom kita pergi beli kat pekan rabu Kepala Batas.”..Lalu perjalanan diteruskan ke Kepala Batas..selepas membeli jeruk, kami pun pulang ke rumah saya...perjalanan pada hari itu sangat meletihkan namun kegembiraan mengatasi keletihan menyebabkan kami masih boleh berborak-borak selepas pulang...Sesungguhnya ukkhuwah antara kami semakin terasa kemanisannya...(bersambung)
Atas Feri
No comments:
Post a Comment