Monday, December 14, 2009

OooOO..paTuTla.....


“Eh! Name awak sape?”

“name saye bla..bla..bla”

“awak tinggal kat mane?”

“saye tinggal kat bla..bla..”

“awak sekolah kat mane dulu?”

“saye sekolah kat bla..bla..”(dalam hati:alamak,ni yang aku malas ni)

“Oh!patutla cakap tunduk2 je..malu2 je”

“err..tak la”

Perbualan di atas adalah berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui..Memang sudah menjadi kebiasaan apabila kita di tempat baru akan diadakan sesi taa’ruf ataupun ice breaking. Seronok apabila kita dapat berkenalan dengan teman baru namun ada sesuatu benda yang kalau boleh saya nak elakkan..Perkara tersebut ialah apabila ditanyakan “Kamu dulu sekolah kat mana?” Bukan tidak bangga dengan sekolah yang telah melahirkan ulama’-ulama’ di Malaysia namun malas dengan stigma-stigma daripada orang yang baru dikenali.

Soalan ini sering saya elak terutama apabila yang bertanya itu adalah girls.

    Apabila saya bercakap dengan seseorang perempuan, saya akui bahawa saya tidak akan memandang straight ke muka perempuan tersebut. Sama ada saya tunduk atau saya memandang ke tempat lain.Cuma sesekali sahaja saya akan memandang ke mukanya sebagai tanda saya mendengar apa yang diperkatakannya.Persoalannya kenapa saya berbuat begitu. Saya membuat begitu kerana memang sebagai umat Islam, saya cuba sedaya untuk menjaga hati saya daripada difitnah.Umumnya kita tahu Syaitan laknatullah akan sentiasa mencari jalan supaya bani Adam A.S lalai daripada mengingati Allah. Jadi Allah telah memberi jalan bagaimana ketika ingin bermua’malat dengan kaum hawa berdasarkan firman-Nya:

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.”<24:30>

“dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka.....; <24:31>

     Berdasarkan dua ayat dari surah an-nur ini,jelaslah kepada kita bahawa kita hendak memelihara hati dari memandang perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah..Kalimah “pandangan” yang digunakan dalam ayat ini dalam bahasa arabnya adalah “absor” iaitu yang berasal dari kata dasar “basor”.Basor ini maksudnya secara spesifik adalah pandangan hati..jika pandangan mata kasar,dalam bahasa arabnya dikenali dengan “ro a” seperti yang biasa kita dengar  hadis yang berbunyi “man ro a minkum munkaran...”.maksudnya “siapa sahaja yang melihat kemungkaran...”

     Kebiasaannya bekas budak sekolah agama sering dikaitkan dengan cakap tunduk-tunduk,malu-malu, dan sebagainya..bagi saya,amatlah malang jika perkara ini tidak diberitahu..sebenarnya pelajar sekolah agama tunduk ketika bercakap kerana sedikit sebanyak faham cara yang diajarkan alquran; bukan kerana dia budak sekolah agama.Sebenarnya tidak ada beza antara budak sekolah agama dan bukan sekolah agama melainkan pendedahan tentang agama. Saya juga mesti akui ada sesetengah budak sekolah agama yang lebih teruk daripada budak bukan sekolah agama. Sekolah tidak menentukan sama ada seseorang itu baik atau tidak tetapi penghayatan agama lah yang membentuk seseorang itu menjadi ulul albab atau dengan erti kata lain generasi modal insan..

Semoga kita menjadi generasi ulul albab...

 

11 comments:

Muhammad Shairani bin Ramli said...

kt kisas lain (+), kt luaq lain (-).
tp hg dpt istiqamah, baguih la

Nazrul Fazli said...

haha..lawakla hg matt..nak istiqamah susah la matt oii...setakat yang boleh jaga kita jaga la..yang x boleh serahkan (tawakkal) kat Allah ja..hehe

aB!d said...

salam~

tapi realiti kehidupan kita (lelaki) zaman sekarag nie kalau kita tengah cakap dengan diorang (perempuan) tapi xtengok dekat muka atau lebih specifik kat mata mesti diorang kata kurang rasa hormat pada mereka..

pernah jugak berdebat dengan mereka sehingga kuar ayat yg kat dlm post tue tapi still certain drpd mereka mempersoalkan..

"bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai apa2 niat ?...hanya untuk menunjukkan yg mereka menghargai atau menghormati seseorang ketika berbicara"

tapi realitinya salah kan? correct me it i'm wrong..dan mereka juga mempersoalkan perbezaan diantara memandang dan juga merenung..rasa2nya ada beza ker??

hanya bertanya kepada yang lebih pakar..=)

Nazrul Fazli said...

in my thought, kalau x de apa2 niat,just nak tunjuk hormat (memang x de timbul syahwat) x pe.x de masalah..tapi kita ni bukan golongan yang dah berkahwin..haha..sebab tu kalau kita tengok ustaz2 yg tua cakap ngn org2 muda pompuan,diorg pandang staright ja...konklusinya, x de masalah kalau x timbul sesuatu perasaan ataupun istilah feqahnya dikenali sebagai 'mailun qalb'...

iqbalsyarie said...

salam saudara!
erm,teringat balik minggu lepas saya ke PC fair.TAK BOLEH nak tundukkan pandangan sbb kalau tundukkan pandangan,maka akan nampaklah peha-peha pompuan yg tak reti nak hormat orang islam tu!terpaksalah meninggikan pandangan(pandang syiling) semasa bejalan bg mengelakkan melihat ap yg tak patut tu...hadui...

Yup!sekolah agama dgn sekolah biasa mmg tak menjanjikan kemuliaan seseorang kerana Allah telah menjanjikan bahawa org yg paling mulia ialah org yg paling tinggi ketaqwaannya...

btw,lama tak dengar kabar berita...~

Nazrul Fazli said...

haha..saudara iqbal,itulah yang dimaksudkan dengan alquran.kita sekarang ni memang susah nak tunduk secara haqiqi..maksud tunduk dalam alquran tersebut adalah tunduk pandangan hati..maksudnya kena jaga hati..yang tu yang susah tue..

saya baru-baru ni balik shah alam untuk settlekan urusan-urusan yang trtangguh selama 5 hari..
ape2 pun..terima kasih sebab selalu lawat blog ni...ukkhuwah fillah abadan abada

tulip putih said...

salam..
apbila lelaki2 berbicara..=D
hoho..terasa nak bg opinion jugak.selaku ppuan..hoho..

best post nie..something to ponder jugak..
pe2 pon, kirenye klo nk tgk realiti masyarakat skrg,
ade bbrapa glongan la kan.
first, golongan y faham kenapa kena buat, n 2nd glgan y x faham knpa kene buat.

so, when it comes to interaction btwin both parties y faham.bgus la kan.so the best, mngkut ajaran alquran assunah kedua2 pihak kne apply bnde y sama..
but what if one party je y buat, on the other side seems x buat even dia faham..pe2 pon, berbalik pd diri..if x buat tu dia benar2 faham ke..huk.menasihati diri sndiri..

then, when it comes to interaction y one party je y faham..
so, sometimes, mybe pihak y x faham tu, perhaps, ade y akan terasa tak direspect/kecik hati n so on, so how eh?..perhaps, di mana bumi dipijak, di situ la kita pndai nak apply kot..
berbalik pd diri..
jaga niat n hati la kan the best way..

btw, skong pndpat iqbalsyarie.
diri y ppuan pon ni pon naek rimas tgk~..huhuhu

btw, sekolah agama ke tak sekolah agama..
nmpak cam dah sekular sket kot kat situ..
supposedly islam itu diajar/disebarkan ke seluruhnya kn..tak kesah la jenis sekolah ape pon..
tp perhaps,this is one of the ways to slowly build strong muslims.
as we know, kebanyakan sistem di negara n di dunia, tak menjunjung agama islam tu, or we can say, islam tu tak tertegak pon kat atas muka bumi tu.
so perhaps, dgn tertubuhny sek agama salah satu platform ntok bina generasi ulul albab..but again, it depends on individual himself la.. nak grab ke x..

pe pon, berbalik pd diri individu muslim tu, to what extend penghayatan n pengamalan ajaran islam tu sendiri.
n takdir ALLAH jua y menurunkan hidayah2 ke hati2 mereka..alhamdulillah..

p/s- err.sory ye.cam byk pulak comment..hoho

Nazrul Fazli said...

to fieqa: ade dua point menarik yg awk tulis..

1)jaga niat n hati the best way..
2)sekolah agama ataupun x dah tengok macm sekular je..

dua dua points tue memang tepatlah...

faiz aizudeen ismail said...

pnjng seyh fieqa mengayat... memang cikgu TESL laa plak beliau ni... i-Allah to-be ye x...

erm,,, yun... igot da same situation too... tp tulah.... bnda sama gak... kdng2 bley bawa fitnah tu... erm... sama2 cuba buat yg terbaik dalam membela agama... i-Allah...

Nazrul Fazli said...

to faizudin:Rasulullah beersabda yang mafhumnya lebih kurang,"tidak akan berlaku kiamat sehingga terjadinya fitnah"..x de ape sangat yang boleh kita buat melainkan cube tingkatkan diri dengan kefahaman agama bagi menyesuaikan diri kita dengan zaman ni...

Leenoh said...

Salam.

Perbincangan yang bermanfaat.