Salam buat rakan-rakan yang dikasihi kerana Allah sekalian.Semoga semuanya sihat-sihat di samping keluarga,suami,isteri dan anak-anak tercinta.
Seperti mana kita tahu, kita akan melangkah ke tahun 2010 yang bakal menjelma lagi beberapa hari. Oleh yang demikian, kita harus sedar bahawa umur kita akan menginjak naik sekaligus masa kita dengan kematian semakin hampir. Baru-baru ini saya berkesempatan mendengar tazkirah maghrib oleh seorang ustaz dari Perak,Ustaz Mazlan Osman. Antara perkara yang beliau sebut dalam tazkirah beliau adalah:
“Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,lanie kita kena tiru orang puteh.depa nie kat mana-mana pon baca..baik dalam tandas,nak tunggu kereta api, dok tepi pantai..pendek kata kat mana saja depa mesti ada buku di tangan.
Tapi cuba tuan-tuan dan puan-puan tengok orang melayu kita..dia buat apa?kalau orang melayu kita dok sorang-sorang,dia kira nak tidoq. Kalau dok dua orang, dia sibuk nak mengata kat orang..kalau bertiga,dia nak makan..kalau dok tiga orang ni,sat sat dia kata.””ha,jom kita pi pekena kat warong pak maon tu””..jadi muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian kita kena buang segala perangai-perangai lama yang tak elok nie.”
Begitulah sedikit sebanyak celoteh ustaz malam tersebut.
Ilmu merupakan cahaya yang dapat menerangi jalan hidup yang penuh dengan ujian dan cubaan. Ilmu menjadikan manusia itu mulia disisi Allah dan makhluk jika ia membawa kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai. Dengan menuntut ilmu,seluruh makhluk sama ada di lautan mahupun di daratan akan mendoakan keampunan bagi kita yang menuntut ilmu..Ingatlah, kita manusia memang tidak terlepas daripada melakukan dosa dan khilaf..jika nak diharapkan kita beristighfar sebanyak 70 kali sehari sebagaimana dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW,mungkin sedikit sahaja dalam kalangan kita yang melakukannya..Oleh itu amatlah diharapkan makhluk-makhluk lain yang tidak berdosa memohon keampunan untuk kita.
Imam Syafie Rahimahullahu Taa’la pernah mengatakan bahawa untuk menuntut ilmu, seseorang itu perlu mempunyai enam perkara.
1) 1) Mempunyai Kecerdikan
2) 2) Bersungguh-sungguh menuntut ilmu(gigih)
3) 3)Haloba dalam menuntut ilmu(ingin menguasai semua cabang ilmu)
4) 4)Mempunyai harta
5) 5)Belajar dalam tempoh masa yang lama(tidak terbatas sehingga peringkat PhD sahaja)
6) 6)Bergaul dengan para alim ulama’(menghadiri majlis-majlis ulama’)
Inilah enam perkara yang digariskan oleh Imam Syafie bagi seorang penuntut ilmu. Ilmu ini juga merupakan cahaya Allah yang menerangi diri orang-orang yang mahu berfikir(ulul albab).Oleh yang demikian,ada beberapa perkara yang perlu dijaga dalam menuntut ilmu antaranya:
1) 1) Jaga pemakanan
2) 2) Beradab dengan guru,ilmu, tempat belajar,rakan-rakan sekuliah dan seluruh makhluk
yang lain.
3) 3) Berdoa dan bertawakkal.(pohon supaya Allah kurniakan ilmu yang bermanfaat dan
dengan ilmu itu juga menjadikan manusia yang lebih baik disisi Allah.)
4) 4) Mengamalkan ilmu tersebut dan sebarkan.
Hari ini kita dapat lihat kesan apabila ilmu diabaikan dari peringkat tertinggi sehingga terendah..Gejala rasuah dikalangan pemimpin, penyalahgunaan kuasa, pembuangan bayi,penzinaan, melakukan syirik dan gilakan pangkat,wanita serta harta. Kita juga dapati bahawa kita umat Islam ketinggalan jauh dari sudut teknologi mahupun inovasi ciptaan terbaru akibat mengabaikan ilmu yang hakikatnya milik kita sebelum ini.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain. Dalam hadis ini jelas,akibat ketandusan ilmu kita cenderung melantik pemimpin yang tiada asas taqwa dalam dirinya.
Sememangnya dalam perundangan islam, seorang pemimpin tersebut harus membela…
1) 1) Darah
2) 2)Harta
3) 3)Maruah
4) 4)Akal
5) 5)Agama
Apa yang ingin kita bincangkan disini adalah tentang yang keempat iaitu AKAL. Seorang pemimpin sebuah negara islam harus memberi pendidikan kepada setiap rakyat agar rakyatnya merupakan rakyat yang mampu menjadi perancang kepada pembangunan negara baik dari segi material mahupun rohani..Selain itu mereka(kerajaan) harus menyediakan segala bentuk kemudahan buat rakyat bagi menuntut ilmu..Penyediaan pelbagai institusi dan penyediaan biasiswa merupakan satu tindakan bijak namun ia harus dipantau bagi mengelakkan berlakunya ketidakseimbangan antara kualiti dan kuantiti..
Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu baik yang fardhu a’in mahupun fardhu kifayah..marilah menanam tekad untuk memenangi kembali agama Allah di muka bumi yang bertuah ini.Namun kita harus sedar, menuntut ilmu merupakan perkara yang kita akan melalui banyak ujian dan cubaan tetapi kita harus ingat bahawa bantuan Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar dalam mengeluarkan diri daripada kegelapan..Nabi bersabda “Sesiapa yang Allah sayang akan dirinya,maka Allah berikan dia kefahaman dalam agama”..Untuk memahami agama,tidak lain tidak bukan haruslah melalui proses BELAJAR..
Kita juga sedia maklum bahawa ayat alquran pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah:
“bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),”<96:1>.
perintah pertama Allah kepada makhluk bukanlah solat,zakat,menegakkan daulah tetapi membaca..Membaca ini adalah proses utama belajar ataupun menuntut ilmu.
perintah pertama Allah kepada makhluk bukanlah solat,zakat,menegakkan daulah tetapi membaca..Membaca ini adalah proses utama belajar ataupun menuntut ilmu.
Ingatlah bahawa umat Islam pada hari ini disuntik dengan pelbagai ideologi ciptaan manusia yang jelas merosakkan sistem kemasyarakatan itu sendiri..
"Ilmu adalah bahtera penyelamat"
Wallahualam
Alfaqir ila Rabbihi..
No comments:
Post a Comment