Salam buat semua, semoga kita
semua dalam rahmat Allah.
Amma ba’d.
2013 sudah sampai ke
penghujungnya. Apa yang kita lalui dalam tahun ini diharapkan menjadi titik
tolak untuk lebih maju menghadapi hari-hari mendatang.
Tahun 2014 ini menyaksikan ramai
sahabat-sahabat saya yang akan bernikah. Tahniah saya ucapkan. Semoga Allah
memberkati perkahwinan kalian hingga ke jannah. Mungkin disebabkan ramai yang
sudah tamat pengajian atau sudah berada di tahun akhir pengajian, memang elok
sangat disegerakan urusan pernikahan ini.
Negara kita bakal menyaksikan
banyak harga barang dan perkhidmatan akan meningkat. Ini adalah kezaliman regim
pemerintah yang menyeksa rakyat. Allah adalah sebaik-baik pembalas kepada
pemerintah yang zalim.
Apapun, kita secara individu
marilah sama-sama kita istiqamah untuk melakukan amalan baik dan konsisten
berpegang dengan prinsip-prinsip yang baik kita pegang selama ini.
Carilah ilmu, dekatkan diri
kepada Allah, tingkatkan taqwa, semoga Allah meredhai kita semua. Semoga 2014
membawa sinar yang gemilang dalam hidup kita semua.
Bulatkan azam, tempuhi cabaran
mendatang dengan mengharapkan rahmat dan redha Allah. Seeru a’la
barakatillah..:)
Credit to Google
Semoga tahun 2014 diisi dengan
warna warni kehidupan yang indah buat kita.
No comments:
Post a Comment