salam kepada sahabat semua,
semoga dalam pemeliharaan Allah.
Amma ba’d.
Imam Al Ghazali pernah bertanya
kepada anak-anak muridnya tentang apakah yang paling berat di dunia ini? Lalu dijawab
oleh mereka dengan pelbagai jawapan. Kesemuanya menjawab tidak seperti apa yang
dikehendaki beliau.
Imam Al Ghazali menjawab, amanah
adalah perkara yang paling berat untuk ditanggung. Ya amanah.
Amanah adalah perkara yang akan
dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Amanah sebagai seorang Muslim adalah
solatnya, puasanya, zakatnya serta segala tuntutan fardhu yang lain. Amanah sebagai
seorang anak, ayah, ibu, pemimpin, sahabat, ahli masyarakat serta siapa sahaja
yang bergelar manusia, pasti akan memegang amanah.
Semakin kita meningkat dewasa,
semakin banyak kita akan menerima amanah.
Harta, pangkat, dan wanita
merupakan cabaran besar bagi mereka-mereka yang memegang amanah. Berleluasanya segala
bentuk penyelewengan dan ketirisan kerana terangkatnya amanah daripada diri
seorang pemegang amanah.
Perbanyakkan berdoa kepada Allah,
supaya dikekalkan amanah dalam diri kita.
“Ya Allah, Engkau kekalkanlah
amanah dalam diri kami. Janganlah engkau angkat sifat amanah dalam diri kami
sehinggalah kami mati”
No comments:
Post a Comment