Salam kepada
semua sahabat, semoga Allah merahmati kita semua.
Amma ba’d.
Kenalkah kalian
kepada Dave Carroll? Dia adalah seorang pemuzik dari Canada. Ada satu peristiwa
menarik yang berlaku dalam tahun 2008 yang melibatkan dia dan syarikat penerbangan United
Airlines.
Pada suatu hari dalam
tahun 2008, dia menggunakan pesawat United Airlines (UA) dari Halifax, Canada
ke Chicago,USA (transit ketika dia dalam perjalanan ke Nebraska, USA). Dek kerana terlalu sayangkan gitar akustiknya, dia membawa
gitar tersebut ke dalam kabin pesawat. Namun, flight attendance tidak membenarkannya
berbuat demikian dan menyuruhnya menyimpannya dalam kargo pesawat. Lalu dengan
terpaksa dia bersetuju dengan syarat, jika berlaku kerosakan kepada gitar
tersebut, pihak United Airlines mesti menanggung kerugian tersebut. Pegawai penerbangan
bersetuju dengan bersahaja.
Dipendekkan cerita,
setibanya di Chicago, ternyata gitar tersebut rosak sepenuhnya lalu dia
menuntut ganti rugi dari pihak United Airlines. Malangnya, pihak UA tidak mahu
bertanggungjawab atas kerosakan gitar tersebut. Kecewa dengan layanan pihak UA,
lalu dia mengugut untuk menulis sebuah lagu tentang insiden itu.
Apa kesannya hasil lagu
itu? Kesan terbesar adalah saham UA menjunam mendadak sebanyak 10% yang
bernilai USD 180 juta.
Dalam hidup, kita mesti
mengambil tanggungjawab atas kesalahan yang kita lakukan. Jika kita lari
daripada tanggungjawab, padah yang lebih besar bahkan tidak terjangka mungkin
akan berlaku.
Boleh baca di sini kisah tersebut
No comments:
Post a Comment